CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 3

Perihal Rasulullah SAW diracun

[Copy link]
Post time 15-12-2018 10:57 PM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-317: PERISTIWA RASULULLAH SAW DIRACUN
DetailsUploaded by Admin PMWP Published: 15 December 2018http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2875-irsyad-al-hadith-siri-ke-317-peristiwa-rasulullah-saw-diracun?fbclid=IwAR2hLu5INJkpLMMnVeWskKv1vi4W6Aasi04dqbWHTXjXRVNwqRoMHNSiAAA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2018 10:57 PM | Show all posts
Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Benarkah Rasulullah SAW pernah diracun dan bagaimana kisahnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 10:58 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 15-12-2018 11:01 PM


Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Dalam menjawab persoalan ini, kami nukilkan daripada Syeikh Sofiyyurahman al-Mubarakpuri dalam bukunya, beliau berkata:


“Selepas Rasulullah SAW berasa tenteram daripada ancaman Khaibar selepas penaklukannya, Zainab bint Harith, isteri Salam ibn Misykam memberinya daging biri-biri panggang. Sebelum itu dia bertanya kepada orang ramai, bahagian manakah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW. Telah dikatakan kepadanya bahawa bahagian yang paling disukai oleh Baginda adalah bahagian paha. Maka Zainab lalu meletakkan racun yang sangat banyak pada bahagian paha tersebut. Kemudian bahagian-bahagian lain juga diletakkan sedikit racun. Selepas itu, dia membawanya kepada Rasulullah SAW.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 11:02 PM | Show all posts
Apabila hidangan tersebut diletakkan di hadapan Rasulullah SAW, Baginda terus mengambil bahagian paha. Baginda mengunyahnya sekali, tetapi tidak menelannya dan terus memuntahkannya. Kemudian Baginda bersabda:

إِنَّ هَذَا الْعَظْمَ لَيُخْبِرُنِي أَنَّهُ مَسْمُومٌ





Maksudnya: Sesungguhnya tulang kambing ini memberitahuku bahawa ia telah diracun.
Selepas itu Baginda memanggil Zainab binti Harith untuk menghadap dan dia pun mengakui perbuatannya. Rasulullah SAW bertanya: “Apakah yang mendorongmu untuk berbuat demikian?” Dia menjawab: “Jika engkau seorang raja, maka pasti engkau akan terus mati. Jika engkau seorang nabi, maka engkau akan diberi perlindungan oleh Allah.” Maka Rasulullah SAW membiarkannya.

Ketika itu Bisyr ibn Barra’ ibn Ma’rur ada bersama-sama dengan Baginda. Dia telah menelan daging, lalu dia terus meninggal dunia. Riwayat-riwayat yang lain, ada juga berbeza dalam berpendapat, adakah Rasulullah SAW membiarkan wanita itu atau membunuhnya. Jika dilihat kembali, pada awalnya Rasulullah SAW membiarkannya. Namun setelah Bisyr meninggal, Rasulullah SAW membunuhnya sebagai qisas.

(Lihat Zad al-Ma’ad, 2/139-140; Fath al-Bari, 7/497. Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 558-559)

Semoga Allah selamatkan kita daripada diracun dan disihir serta daripada mereka yang mempunyai hasad dengki. Amin.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061934 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list