CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2059|Reply: 4

eehamm.. eehhamm --> Tak sabar nak menantu, bapa dari AS iklan cari jodoh 3 a

[Copy link]
Post time 21-12-2018 02:55 PM | Show all posts |Read mode

IMPIAN untuk melihat tiga anak lelaki mempunyai kekasih dan seterusnya mendirikan rumahtangga mendorong seorang bapa menjadikan percutian keluarga untuk mencari jodoh buat anak-anaknya.
Tambah menarik lagi, bapa kepada tiga pemuda ini mengiklankan di akhbar The New Zealand Herald untuk mencari pasangan buat anak-anaknya.
Mesej yang disampaikan kepada ibu bapa di New Zealand yang mempunyai anak gadis yang masih solo untuk dijodohkan dengan anaknya.
Menyifatkan trio itu sebagai "hebat, berjaya, kacak, dan bujang", Neil Schifberg berharap ada gadis di negara Kiwi itu yang berminat untuk menjadi pasangan anak-anaknya.


Lima sekeluarga dari Oregon, Amerika Syarikat itu akan terbang ke New Zealand pada 26 Disember ini termasuk tiga jejaka bujang - Benjamin, Jeremy dan Matthew.
Berusia antara 28 dan 32 tahun, Neil turut memaklumkan dia dan isterinya serta anak mereka akan berada di negara itu sehingga 7 Januari 2019.


Malahan, alamat emelnya, [email protected] juga disertakan untuk memudahkan sesiapa yang berminat dengan tawarannya itu.
Setakat ini, kira-kira 200 maklum balas diterima Neil dan dia terkejut menerima respons sedemikian.
Namun apa yang menariknya, tiga anaknya masih tidak tahu menahu mengenai iklan berkenaan.
Ketika dihubungi The New Zealand Herald, Neil berkata dia berhasrat untuk berterus terang kepada mereka mengenainya sama ada ketika dalam penerbangan atau sebaik menjejakkan kaki ke negara itu.- Unilad.co.uk




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 09:58 PM | Show all posts
mesti bapak mak tak sabar nak ada cucu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2018 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah tgk reality show married by mom and dad. Best citer tu. Tp skg mcm dh lama xde
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 06:24 PM | Show all posts
kelass ko jah. guna online email terus yach nak merisik berbincang dgn bakal besan. kemahen lagi ko ye nak menantu dari nz jahh.

btw, yg sebelah kiri dlm pic tu nampak hensem yach. iols taste gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2018 11:09 AM | Show all posts
anak2 dia biasa2 jek...

klu hensem2 x dan buat iklan dah bersusun gf nya...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.047491 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list