Heboh di media sosial baru-baru ini apabila beredar khabar angin bertebaran mengatakan pelakon Jepun, Yumiko Kokonoe, yang pernah memegang watak Miss Comet siri awal telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun khabar angin itu kemudiannya disahkan tidak benar.
Kredit Foto: Carian Google
Khabar angin itu tercetus apabila surat khabar berbahasa Jepun, Japan Today telah mengumumkan kematian seorang pelakon wanita lain bernama Kirin Kiki tetapi tersilap memuatkan gambar Yumiko Kokonoe menyebabkan ramai netizen menyangka pelakon siri terkenal Miss Comet itu yang meninggal dunia.
Kredit Foto: Carian Google
Kirin Kiki adalah pelakon siri Shopliters dan pernah memenangi anugerah Palme d'Or di estival Filem Antarabangsa Cannes. Selain itu beliau juga membintangi siri TV Seven Grandchildren, Family Kantaro Terauchi dan It’s Time. Yumiko Kokonoe pula adalah pemegang watak Miss Comet, sebuah karya komik Mitsuteru Yokoyama yang kemudiannya diadaptasi ke dua siri drama dan satu siri animasi.
Kredit Foto: Carian Google
Siri drama Miss Comet yang pertama diterbitkan pada tahun 1967 dan dialih bahasa ke Spanyol dan ditayangkan di negara Mexico, Venezuela, Costa Rica dan Panama. Siri drama 43 episod itu diarahkan oleh Mamoru Kanbe. Siri drama yang kedua pula dipasarkan ke beberapa negara Asia termasuklah Malaysia manakala siri animasi hanya ditayangkan di TV Tokyo sekitar tahun 2001 hingga 2002.
Kredit Foto: Carian Google
Miss Comet menceritakan kisah seorang pengasuh wanita yang ditugaskan menjaga dua kanak-kanak yang punya telatah nakal. Istemewanya, Miss Comet bukan orang biasa, dia sebenarnya seorang Puteri utusan dari planet bintang Beta, yang telah dihantar ke bumi sebagai denda kerana kenakalannya menggunakan tongkat saktinya.
Nampaknya kehadiran Miss Comet masih dinanti-nantikan, harap ada mana-mana stesen TV yang menyiarkan siri TV kegemaran ramai ini untuk mengubati kerinduan peminat. -CARI |