View: 2605|Reply: 10
|
Aqidah Tauhid - beza roh suci dalam Islam dan Nasara
[Copy link]
|
|
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan Roh Suci (ruh al-qudus)? Adakah sama dengan apa yang difahami dalam Kristian? |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Definisi Roh
Menurut Ibn Faris, kalimah ruh berasal daripada al-rih (الريح) yang bermaksud angin. Menurut beliau, huruf (ي) ditukarkan daripada (و) untuk disesuaikan dengan huruf (ر) yang berbaris bawah. Kalimah ruh juga membawak makna nafas manusia. (Lihat Mu’jam Maqayis al-Lughah, 2/454).
Ibn Manzur berpadangan bahwa (روح), jama’nya (أرواح) berasal daripada kalimah (الريح) yang bermaksud angin, dan apabila digandingkan dengan manusia ianya bermaksud nafas. Ianya sebagai nafas yang dihirup oleh manusia yang mengalir dalam jasad manusia sehingga membuatkannya hidup (Lihat Lisan al-‘Arab, 5/356) |
|
|
|
|
|
|
|
Roh Suci dalam al-Qur’an Kalimah ruh al-qudus disebutkan dalam al-Quran sebanyak 4 kali iaitu dalam surah al-Baqarah, surah al-Nisa’, surah al-Ma’idah dan surah al-Nahl. Firman Allah SWT: وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَقَفَّيْنَا مِنْ بَعْدِهِ بِالرُّسُلِ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Surah al-Baqarah: 87) |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Syeikh al-Syanqiti, (وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ) adalah Jibril alaihissalam sebagaimana pandangan yang asah berdasarkan dalil Surah al-Syu’ara: 193 dan Surah Maryam: 93.
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَاعِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ وَعَلَى وَالِدَتِكَ إِذْ أَيَّدْتُكَ بِرُوحِ الْقُدُسِ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا وَإِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنْفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِي وَتُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ بِإِذْنِي وَإِذْ تُخْرِجُ الْمَوْتَى بِإِذْنِي وَإِذْ كَفَفْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَنْكَ إِذْ جِئْتَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ
Maksudnya: “(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata"
(Surah al-Ma’idah: 110)
قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ آمَنُوا وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam.”
(Surah al-Nahl: 102) |
|
|
|
|
|
|
|
(Surah al-Nahl: 102)
Imam Fakhruddin al-Razi dalam menyatakan terdapat beberapa pendapat mengenai perkataan ruh al-qudus dalam ayat ini:
Malaikat Jibril
- Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa alaihissalam.
- Kalimah yang digunakan oleh Nabi Isa alaihissalam untuk menghidupkan orang yang mati sebagai salah satu mukjizat baginda.
- Roh yang ditiupkan ke dalam Nabi Isa alaihissalam. Ia digabungkan dengan perkataan suci (al-quds) sebagai kemuliaan dan penghormatan kepada baginda.
- Imam al-Razi mentarjihkan pandangan (1) iaitu ruh al-qudus iaitu Malaikat Jibril sebagai pandangan yang terpilih dan itulah pendapat kebanyakan para ulama’. (Lihat Mafatih al-Ghaib 3/190-191).
|
|
|
|
|
|
|
|
Roh Suci dalam Kristian
Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, roh suci di sisi Islam adalah Jibril alaihissalam. Ini berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan dengan holy spirit dalam agama Kristian.
Dalam agama Kristian, Holy spirit disimbolkan dengan burung merpati sama ada secara literal atau perumpamaan, kerana merpati dianggap sebagai makhluk yang sangat tenteram, jinak dan bijaksana.
As soon as Jesus was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and alighting on him.
(Matthew 3:16)
Dalam Perjanjian Baru, holy spirit merujuk kepada manifestasi kuasa Tuhan yang dihantar kepada umat manusia untuk memahami hakikat Tuhan. (Lihat Introducing Christianity, m. 362).
Paul pula menggambarkan holy spirit sebagai suatu kesedaran atau kuasa yang tinggal dalam jasad seseorang yang berinteraksi dengan roh mereka dan kadangkala mampu berinteraksi dengan Tuhan.
But if we hope for what we do not yet have, we wait for it patiently. In the same way, the Spirit helps us in our weakness. We do not know what we ought to pray for, but the Spirit himself intercedes for us through wordless groans. And he who searches our hearts knows the mind of the Spirit, because the Spirit intercedes for God’s people in accordance with the will of God.
(Rom 8: 25-27) |
|
|
|
|
|
|
|
Perbahasan mengenai holy spirit pernah dibincangkan dalam beberapa persidangan seperti persidangan pada 381M memutuskan bahawa holy spirit adalah zat Tuhan yang membentuk akidah Triniti. Ianya bukan makhluk. Keputusan ini dicapai atas beberapa hujah antaranya konsep holy spirit tidak pernah disebutkan secara jelas dalam kitab suci bahawa ianya adalah makhluk tuhan dan ianya tidak menduduki sebarang tempat, berbeza dengan para rasul dan malaikat yang menduduki tempat tertentu.
Secara ringkasnya, terdapat dua perkembangan pemahaman konsep holy spirit dalam ajaran Kristian:
Perjanjian Lama: Ketika ini Bani Israel menggelar segala kuasa tuhan sebagai ruach (Bahasa Ibrani) dan segala perbuatan tuhan disandarkan kepada ruach. Perkataan ruach juga kadangkala dimaksudkan sebagai angin (1 Kings 18: 45), nafas (Genesis 7: 15, 22) atau roh yang bermaksud kehidupan seseorang atau perasaan (Genesis 41: 8; 45: 27). Ini sebagaimana tertulis:
But God remembered Noah and all the wild animals and the livestock that were with him in the ark, and he sent a wind (ruach) over the earth, and the waters receded.
(Genesis 8: 1)
Namun, tuhan menjanjikan bahawa akan tiba masa apabila tuhan akan meletakkan roh-Nya ke dalam jiwa hamba-hambaNya :
And I will put my Spirit in you and move you to follow my decrees and be careful to keep my laws.
(Ezekiel 36:27)
Bani Israel ketika ini memahami bahawa roh tuhan yang dimaksudkan adalah satu entiti lain yang terasing daripada tuhan, bukan tuhan sendiri. (Lihat Bridgeway Bible Dictionary, m. 69) |
|
|
|
|
|
|
|
Perjanjian Baru: Pada peringkat ini Jesus dikatakan memiliki holy spirit yang tidak terhad di dalam tubuhnya. Ketika inilah baru difahami bahawa Tuhan itu Tuhan di syurga, Jesus itu Tuhan di bumi dan holy spirit sebagai Tuhan yang datang daripada Tuhan dan tinggal dalam tubuh Jesus.
The Spirit of the Lord will rest on him. the Spirit of wisdom and of understanding, the Spirit of counsel and of might, the Spirit of the knowledge and fear of the Lord
(Isaiah 11:2)
Di sinilah perkembangan pemahaman holy spirit yang dibincangkan dalam beberapa persidangan membawa kepada konsep triniti iaitu holy spirit sebagai satu entiti yang berbeza dari tuhan namun tidak boleh dipisahkan dengan Tuhan dan Jesus. (Lihat History of the Christian Church Volume III: Nicene and Post-Nicene Christianity. A.D. 311-600, m. 576)
Kesimpulan
Islam dan Kristian mempunyai konsep pemahaman Roh Suci yang berbeza. Roh suci di sisi Islam adalah malaikat Jibril sebagaimana yang disimpulkan oleh Imam Fakhruddin al-Razi. Ia merupakan entiti yang terpisah daripada Tuhan. Manakala holy spirit di sisi Kristian pula diterima sebagai pecahan dari zat Tuhan yang membentuk akidah triniti.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami konsep sebenar Roh Suci dalam Islam. Wallahu a’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
so apa kesimpulan korang
dah tepat faham apadia sebenar benar ruh suci tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
nak susun ruh wajib ada mursid rabbani...
ruh ni benda rahsia
susunan akal nafsu ruh malaikat hanya guru mursid akan susun dgn izin Allah pada
muridnya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|