Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya.
Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya.
Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yang dijual Pak Pandir.
Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dengan harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yang dijual kedalam traknya.
Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah seraya memberitahu pembeli tersebut,
Pandir : "Minta maaf En! saya tak jadilah jualkan kepada en. durian-durian ini."