|
hai,
I buat rumah baru special untuk mamat ni.. I tak kenal dia sangat sebab I bukan ganerasi instagram sebenarnya. tp, nampaknya mamat ni selalu jadi bahan cerita... dari kisah dia buat video parodi yang annoying, selalu gaduh ngan muhammad sajat,.gaduh ngan safiey ilyas,... dan terbaru beliau gaduh lagi ngan si Caprice after mamat tu kutuk parodi dia is like clown....
sebenarnya aku agak setuju ngan pendapat Caprice sebab byk jugak video dia yg viral, dan it is very not natural, annoying, macam budak terencat akal.. dulu2 ada jugak rasa funny, nak2 video dia potong potong yg sajad cakap seolah berdialog dgn sajad sambil selitkan ngan video pandangan dr penceramah lain.. tapi lama kelamaan itss tooo annoying..
hmmm....
berbalik pd hobi mamat ni suka gaduh, so aper hal, apa masalah pasal budak sAWIE MBR yerk???
I tempekkan keratan news about him....
* * * * * *
“Your Ex Boyfriend DM Me..”- Caprice Bagi Hint Awie MBR Pernah Jadi G*Y?
Last updated May 13, 2019
Semalam, Caprice telah berkongsi satu video di Instagram yang memberikan pendapatnya tentang cara dakwah Awie MBR. Caprice menyifatkannya sebagai bukan seorang pendakwah tetapi seorang pelawak pelik selain menyamakan lelaki itu seperti badut. Ia berikutan satu video teguran yang dibuat Awie MBR tentang gadis bertudung yang bergelek membuat TikTok baru-baru ini dan dianggap ramai seperti menyebarkan a1b.
BACA: “Ni Bukan Pendakwah, Tapi Pelawak Pelik” – Caprice Samakan Awie MBR Dengan Badut
Video Caprice itu sudah mendapat perhatian daripada Awie sendiri dan dia telah memberikan responnya di Instagram.
Apa Caprice rasa pasal dakwah Awie ni? Yang clown ni?
Awie seolah-olah ‘panas hati’ apabila disamakan dengan seorang badut seperti yang dinyatakan Caprice.
You are good man! I salute you! Tapi kenapa perlu tengok blue kalau boleh tengok video clip Caprice?
Berikut adalah respon daripada Caprice tentang muzik video berkenaan..
Saya takde apa nak sembunyikan.. saya suka rap
Video balas daripada Awie yang dikongsikan sejak 16 jam lalu telah meraih lebih 3000 komen netizen setakat ini. Ada yang menyokong dirinya, malah ada juga yang masih berpihak pada Caprice.
Namun, salah satu komen yang menjadi perhatian ramai adalah komen daripada Caprice yang seolah-olah memberi gambaran bahawa Awie dahulunya seorang yang bernafsu s0ngsang..
Your ex boyfriend atau skandaI lelaki you zaman dulu DM dan bagitahu he want to spill the tea
Malah komen Caprice itu turut dikongsikan Awie sendiri dalam satu posting barunya di IG.
* * * * *
“Ni Bukan Pendakwah, Tapi Pelawak Pelik”- Caprice Samakan Awie MBR Dengan Badut
Last updated May 12, 2019
Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial tentang cara berdakwah seorang individu ini yang terkenal di media sosial, iaitu Awie MBR. Meskipun mesej dan nasihat yang ingin disampaikannya adalah berguna, namun cara yang digunakan Awie disifatkan ramai agak kurang sesuai kerana sering meng4ibkan seseorang melalui video mereka. Itulah yang berlaku seperti baru-baru ini.
Awie telah berkongsi video gadis-gadis bertudung yang sedang bertiktok dengan tujuan untuk memberi teguran. Akan tetapi caranya itu telah diselar ramai netizen.
Sebagai seorang selebriti yang gemar memberikan pandangannya tentang isu sosial dan semasa, Caprice telah tampil bersuara tentang ‘pendakwah’ ini.
Ini bukan pendakwah, tapi pelawak pelik
Pada Caprice, Awie tidak perlu menunjukkan video yang meng4ibkan seseorang secara terang-terangan untuk memberi teguran tentang sesuatu perkara. Di hujung video, Caprice juga menyamakan Awie MBR seperti seorang badut.
Dia adalah badut, dan apa yang badut lakukan? Mereka hanya buat perkara b*doh
Pendakwah muda Aiman Bana antara yang menyokong pendapat diberikan Caprice.
Untuk isu ni, saya setuju.. apa2 pun, amalkan cara dakwah dalam Quran
Namun begitu, ada juga yang kurang bersetuju dan menyebelahi Awie. Pada mereka, Awie mempunyai cara dakwah yang tersendiri dan Caprice tidak patut menilainya sebegitu rupa.
Some people yang kena tegur dengan Awie dah berubah dah
Awie bukan buat lawak kosong.. ada mesej tersendiri
You tak boleh nak judge seseorang hanya sebab cara dia lain dari you
Sumber: IG capriceofficial
* * * * * *
Kisah lampau 'pendakwah' didedah, ramai mahu tumbangkan akaun Instagram Awie MBR, “Buat sampai dia senyap”
Selasa, 14 Mei 2019 1:22 PM
Oleh: MOHD IZZAT MOHD KHALIZAN
Wujud gerakan di laman sosial untuk memboikot Awie MBR susulan pelbagai kontroversi serta dakwaan melibatkan dirinya. -fotoAZLINA ABDULLAH
KISAH mengenai personaliti media sosial, Awie MBR yang dikatakan memfitnah seorang gadis menjadi perdebatan hangat warga maya.
Menerusi pendedahan yang dibuat Izzati Moffet, Awie atau nama sebenarnya Mohammad Badrul Ridzuan Mohamad didakwa membuat fitnah kononnya dia telah murtad.
Akibatnya, Izzati mendakwa dia menjadi mangsa kebencian ramai serta dipulaukan rakan-rakan sehingga terpaksa berpindah ke sekolah lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Kritik lakonan tak apa, kalau hal badan... bikin Awie MBR ‘panas’
Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, gadis itu memaklumkan menerusi laman Twitter bahawa dia sudah pun berdamai dengan Awie memandangkan kejadian itu berlaku sewaktu zaman persekolahan yang mana mereka belum lagi matang.
Bagaimanapun, pendedahan demi pendedahan yang dibuat di laman Twitter menimbulkan satu gerakan baharu untuk memboikot serta menumbangkan akaun Instagram Awie yang menggelarkan dirinya sebagai 'bukan pendakwah cuma pembuat parodi yang menyelitkan unsur dakwah'.
Carian di Twitter mengenai Awie MBR.
Disifatkan segelintir netizen sebagai penunggang agama, kebanyakan mereka turut meluahkan rasa kurang senang dengan kaedah dakwah yang dilakukan pemuda itu.
"Jika anda boleh tamatkan kerjaya James Charles (selebriti media sosial Amerika Syarikat) kenapa tak lakukan perkara sama ke atas Awie MBR yang menggunakan agama untuk kepentingan diri dan populariti?
"Buat sampai dia senyap. Dia merupakan contoh sebenar penunggang agama," tulis seorang pelayar Twitter sehingga menerima lebih 2,000 ulang kicau (Retweet).
Permohonan maaf yang dimuat naik oleh Awie terhadap gadis tarian K-Pop menerusi laman Instagram.
Baru-baru ini, nama Awie turut menjadi sebutan apabila dia memuat naik video seorang gadis yang sedang melakukan tarian K-Pop.
Awie pada Isnin bagaimanapun turut memuat naik permohonan maaf di laman Instagram terhadap gadis itu.
Sementara itu, seorang lagi individu turut tampil di laman Twitter sekali gus menambah kehangatan kontorversi melibatkan pemuda itu.
Satu lagi pendedahan yang didakwa melibatkan Awie di laman Twitter.
Dikenali sebagai @danyilyu, dia mendedahkan kononnya Awie pernah menjadi gay, suatu ketika dahulu.
Tweet itu sehingga kini menerima lebih 1,500 ulang kicau.
Menurut individu itu lagi, dia juga bercadang untuk mendedahkan gambar Awie dan bekas pasangannya jika tweet berkenaan mencecah 5,000 ulang kicau.
Individu ini turut mengugut untuk mendedahkan gambar lampau Awie.
Tags/Kata Kunci:
Awie MBR , Izzati Moffet , fitnah
|
|