CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/11/24)

[Copy link]
 Author| Post time 25-9-2024 12:11 PM | Show all posts
Hahaha…gurau je tahun depan tu. Tapi tang sibuk tu aku tak gurau. Nanti insyaAllah aku akan update cerita dari masa ke semasa. Cuma jangan ler nak harap bulan bintang pulak. Cerita Paksu ni pada aku biasa je, kot? Tak kebaboom macam cerita aku. Hahaha…masuk bakul angkat sendiri. Ok, tak nak buang masa…mari kita sambung cerita asrama kita.


Firasat

Hasni: Rohman (bunyi sebutan ‘man’ lebih kurang macam batman jugak), aku dengar ada budak asrama lelaki kena kacau?
Paksu: Woi, kau nak seru roh aku ke apa?
Hasni: Ala, aku gurau je…eh, jawab ler betul ke idak.
Paksu: Ajernye…pagi2 alam kamu udah ngajak ngumpat ye? Aku pun belum letak beg lagi ni.

Paksu duduk memasukkan beberapa barangan, meneguk air botol minuman sebelum termenung melihat ke luar jendela. Sehinggalah dia dikejutkan dengan kasut melayang di hadapan matanya akibat direjam Hasni.

Paksu tersengih memulangkan kembali kasut Hasni, “alah, aku bergurau je…takkan sampai nak melempor kasut.”

Paksu: Tapi memang ye pun…budak Seman tu kena kacau masa pergi tandas.
Hasni: Eeee…takutnya. Seman budak kelas kita tu?
Paksu: Mana ade Seman lain?

Tiba2 Fir menyampuk dengan meletakkan kedua2 siku yang dilipat di atas meja Hasni, “akulah yang jumpa dia pagi tadi. Dahlah taik berjela panjang, orangnya pulak pengsan. Nak tak nak kenalah aku pergi panggilkan ustaz. Takkan aku pulak nak bersihkan benda dah macam ekor tu?”

“Eiii…apa cakap kotor ni?” Hasni meleserkan belakang tangan pada hidung. Walhal bau tak sampai pun.

Fir atau gelaran penuhnya, Firasat. Sentiasa ada firasat2 yang tak berapa nak berguna. Contoh kejadian, pada hari Sabtu yang indah, cuaca yang sungguh baik…dia boleh cekak pinggang kata, “aku rasa hari ni nak hujanlah. Ni firasat akulah. Baik hangpa pi bagitau budak2 yang lain hari ni toksah nak basuh baju, kasut sekolah. Karang basah, naya sat gi.”

Kemudian dia duk canang satu dorm ke satu dorm yang lain memberitahu firasatnya tadi. Akibatnya budak2 junior langsung tak basuh baju dengan kasut sekolah. Cuaca baik habis macam tu je bila hari dah malam.

“Haih…macam mana firasat aku boleh salah? Biasa tepat mengena...ni aku syak la…mesti ada siapa2 pakat pi baling spenda ataih bumbung asrama. Pasai tu la jadi tak hujan,” katanya membela diri sebaik firasatnya tidak mengena.

Sungguh tidak logik sekali ye kawan2 semua. Siapa je yang boleh lempar spenda ke bumbung asrama? Sudah la bangunan empat tingkat tingginya.

“Takpa…takpa. Esok aku pasti dan yakin firasat aku mengatakan hari cerah. Pasai pa…spenda tu dah campak ataih bumbung, dia nak kait lagu mana? Hahaha…jadi hangpa semua toksah duk kalut la. Basuh ja baju apa semua malam ni, esok hari panas berdenting settle semua masalah,” kata Fir lagi.

Dipendekkan cerita, malam tu hujan punyalah lebat. Budak2 asrama pulak memang sedap tidur sampai tak sedar apa. Hujannya tu pulak berlarutan sepanjang hari dan membawak ke malam. Sudahlah bangun pagi sakit hati tengok pakaian, kasut sekolah basah lencun. Bila ramai2 mengamuk mengadap Fir, tau apa dia cakap?

“Hangpa semua dok kalut marah aku pasai apa? Bukannya salah aku, ni semua kuasa Tuhan. Siapalah aku ini untuk menidakkan ketentuanNya?” demikianlah Fir…minggu yang malang bagi budak2 junior.

Bukan saja pergi sekolah dengan pakaian dan kasut yang masih lembap, malah turut dimarahi pelajar2 senior sebab…errr faham2 jelah kalau dah jadi budak junior kat asrama. Memang kena buli itu ini, melawan je kena. Warden pulak pejam mata, buta mata hati.


*Kembali ke dalam kelas ketika Fir bercerita tentang apa yang dijumpainya pagi tadi…

Paksu menarik Fir menjauhi Hasni, “kau ni…kemendenya pergi cerita benda2 macam tu dekat perempuan? Kalau kau asyik cerita benda2 macam ni, sampai bila pun kita tak merasa ada adik angkat.”

Fir: Aih…kita ni baru form 2, hang kalut sangat pasai apa? Tu Hasni tu…dah la sebaya, satu kelas pulak dengan kita. Melalut apa nak buat jadi adik angkat?
Paksu: Ater…takkan aku nak pergi cari budak form 1 dengan darjah 6 pulak?
Fir: (Peluk bahu Paksu) Cenggini, kita tak payah la dok fikir benda2 macam ni dulu. Kita muda lagi, aku tau angkat mengangkat ni satu benda yang kita kena experience masa sekolah asrama. Tapi…

Tiba2 ada seorang pelajar lelaki kelam kabut berlari dan berhenti di hadapan pintu kelas, “hah…haahh…haahh…Fir, Kak Harlina lalu dekat bawah.”

“Naaaahh…apahal pulak bakal isteri aku buat dekat situ?” soal Fir sebelum berlari keluar mengikut pelajar lelaki tadi.

Paksu termenung melihat kelakuan Fir yang tak serupa bikin. Lalu berkata, “pun-tutttt (censored)”


Suatu petang yang damai…

Fir: Rahman, Hakim…hangpa dua buat apa ni?
Paksu: Apa lagi? Abang Farid kau suruh kitorang kira semua daun kat pokok ni.
Hakim: Entahlah…mati macam ni…

Hakim ataupun gelarannya batman. Di dalam celah lipatan kain bajunya terselit topeng batman lengkap bersama mantel. Aktiviti malamnya pula adalah memanjat bumbung pejalan kaki dan berjalan pada ruang kecil dekat tingkap belakang blok asrama perempuan. Walaupun dah beberapa kali nyaris terkantoi pun masih tak serik2 lagi.

“Ni…aku nak habaq kat hangpa…buat apa lurus sangat pi kira satu2? Dua2 mai ikut aku sat,” kata Fir sebelum membawa Paksu dan Hakim ke stor tukang kebun sekolah.

Apa yang dilakukan mereka bertiga? Mereka meminjam gergaji. Katanya pinjam lah…tapi tak bagitau sesiapa pun masalahnya. Kemudian, satu per satu dahan dipotong dek deme. Tinggalkan satu dahan kecil sahaja yang tak banyak daun. Lalu Paksu dan Hakim memberitahu kepada senior tadi berapakah jumlah daun yang ada.

Farid: Hei, korang jangan buang masa aku…takkan pokok besar tu ada banyak ni je daunnya?
Paksu: Betul…dua, tiga kali kitorang kira tadi.

Farid membawa dua orang kawannya untuk memastikan apa yang dikatakan Paksu dan Hakim, “kalau aku tengok, bukan banyak ni daunnya…siaplah korang. Tidur bawah pokok tu nan…eh?”

Ketiga2 pelajar senior terkejut melihat keadaan pokok. Segala bukti telah pun dilenyapkan oleh Paksu, Fir dan Hakim.

K1 = Kawan 1, K2 = Kawan 2

K1: Macam mana ni, Farid? Aku rasa macam nak balik mintak alasan emergency pun ada ni.
Farid: Boleh lepas ke? Aduh…budak2 junior ni buat hal betul lah!
K2: Aku tak nak ada kat asrama malam ni. Kita fly nak?

Paksu dan Hakim seheran2 melihat kelakuan senior2 mereka. Kelaku mereka saling tak tumpah ketika Seman melastik sarang tebuan berhampiran padang sekolah dua bulan lepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2024 01:11 PM | Show all posts
Insiden sarang tebuan

Fir: Hang lastik ja…mengikut firasat aku, sarang ni sebenaqnya kosong. Menyemak mata je dok tergantung lagi kat atas pokok.
Hakim: Mana hang…eh, mana kau tau kosong tak kosong?
Fir: Tsk! Hang ni kalut lah…cuba hang pikiaq, selama ni ada ka sapa2 yang kena sengat dengan tebuan? Habaq mai kat aku sat…satu lagi, pernah ka hang nampak tebuan berterbangan kat sekolah kita?
Hakim: Macam logik.
Fir: Hah, tu lah…lain kali pikiaq guna kepala hotak, you know? Don’t…don’t apa, hah? Aaahhh…jangan dok guna kepala punkoq!
Hakim: Setan…kau cakap aku fikir guna…

Belum sempat Hakim menghabiskan kata2, Seman tidak sengaja terrrr…katanya ter lah. Dia tak nak mengaku tertipu dengan dakyah Fir. Dipendekkan cerita, Seman terlepas getah lastik yang mengandungi sebutir batu. Katanya tangan dia lenguh, katanya lah kan? Tapi sasarannya cantik kemain, sampai jatuh ke bumi sarang tebuan.

“Hah…kan aku dah habaq? Ini Fir lah…firasat aku 190% tepat,” ucap Fir dengan bangga.

Tebuan2 mengambil masa untuk keluar dari sarang, kemudian barulah bertebaran terbang mencari setan budeg yang mana menyerang sarangnya.

“Huih…kemain laju larinya. Kamu idak ke nak bagi budak2 tu try masuk team bola sekolah?” ujar salah seorang pelajar yang sedang bermain bola bersama rakan2nya.

“Tak tahu ler teman…ater, deme tu puasa ke idak? Cergas semacam je?” tanya kawannya.

“Hoh, Shisho perginya!” kata seorang lagi.

Begitulah juga ketika tiga ekor hantu itu berlari di sebelah padang ragbi, masing2 kagum melihat kepantasan mereka berlari. Seperti mahu menyelamatkan nyawa dari sesuatu. Sehinggalah mereka melihat pemain2 bola juga sedang berlari pantas seperti tiga ekor hantu tadi. Apa yang menjadi persoalannya, apa dikobak bulan puasa main bola dengan ragbi? Idak ke penat?

“Tebuan! Tebuan!” jerit salah seorang pemain bola.

A: Apa dia cakap?
B: Berbuka malam ni lauk ikan jaket lagi.
A: Ooo…makan megi ler kita jawabnya.
B: Naik muak aku…berbuka tengah hari tadi dah melantak megi. Lepas tu nak makan megi lagi?
C: Woi, dia cakap tebuanlah!
A: Ooohh, tebuan…
B: Tebuan?

Giliran pasukan ragbi pula berlari bertempiaran. Begitu ramai sekali mangsa, tidak terhad kepada mereka yang berada di padang sahaja. Malah melarat sehingga ke dalam asrama. Tidak mengira asrama lelaki atau perempuan, semua turut diserang. Sehinggakan berlaku emergency terpaksa memanggil pembantu kesihatan bagi membuat rawatan kepada pelajar2.

Mujur tiada yang terkorban, tetapi hampir kesemua pelajar mempunyai kesan sengat. Tetapi Fir, Seman, Hakim dan Paksu merupakan di antara
pelajar yang tidak disengat. Mereka dipanggil untuk menghadap pelajar2 senior pada keesokan malamnya.

Senior A: Kenapa kau pergi lastik sarang tebuan tu, setan? Tak tahu ke orang puasa? Habis batal puasa semua orang dibuat dek kamu
berempat, tau!
Paksu: Tapi…tapi…semalam saya kena denda basuh kolah.
Senior A: Ah, tak kira! Salah tetap salah! Pasei kamu semua lah mata aku sebelah ni bengkak. Terus kena reject dengan bakal adik angkat aku! Macam lah dia perfect sangat! Hidung dia pun bengkak kena sengat!
Seman: Tapi idak ke dia reject sebab abang curang dengan kakak dia?
Senior A: Ooo…nak bergosip? Dah porak perandakan satu sekolah, ada hati nak bergosip. Ni bulan puasa tau!
Seman: Bukan gosip, bang. Kenyataan!


Seman teringat kembali sesuatu yang dilihatnya secara tidak sengaja…

Senior A: Ah, sudah! Jangan nak flashback2. Cerita kali ni bajet ciput, nanti cerita yang lain tak boleh jalan!
Fir: Ni lah…mengikut firasat saya…
Kesemua senior: Pergi jahanam kau punya firasat!


*Kembali ke peristiwa pokok tua dahan nan sebatang

Ke ke ke ke ke ke ke… (Korang bayang sendiri bunyinya)

Malam itu satu sekolah tidak dapat melelapkan mata kerana kehadiran entiti ibarat ingin bertanya siapakah yang telah menjahanamkan pokok
tua biasa menjadi port melepaknya.

Mahu tak mahu, Ustaz Firdaus terpaksa tampil bersemuka dengan makhluk tersebut, “awak ni sebenarnya udah meluk bantal tadi. Tak pasei2
kena patah balik ke sekolah disebabkan mike.”

Makhluk itu menunjukkan ke arah pokok yang telah gondol dan hanya tinggal sedahan ranting sahaja.

“Ater nak buat cemane? Kamu pergi la tempat lain pulak. Takkan nak melepak sini juga? Ajernye biut…” pujuk Ustaz Firdaus.

“Janji…harus…ditunaikan…” makhluk tersebut sebelum pudar dan seterusnya hilang dari pandangan mata.


Di suatu tempat yang lain…

RA – Rakan asrama

Fir: Aku rasa…aku macam nak terkucil lah.
Paksu: Simpan jelah hajat kau tu. Tahan sampai esok.
Fir: Hang gila? Dibuatnya aku kena batu karang, macam mana?
Seman: Aku pun rasa nak ke tandas.
Hakim: Aku pun sama…
RA 1: Aku pun nak pergi jugak
RA 2: Nak ikut…

Seorang demi seorang menyatakan keinginan mereka ingin ke tandas.Penyudahnya Paksu pula yang tinggal seorang diri di dalam bilik asrama.

“Eh, tak boleh jadi ni. Lain macam ngeri sorang2 dalam bilik. Buatnya dikokaknya tengkuk aku karang…apah tak hei. Takde nak buang apa pun ikut jelah…” kata Paksu menyarung selipar mengikut di belakang.


Sebaik tiba di tandas…

Fir: Naahh…punyalah ramai umat yang tengah dok beratoq. Ni nak ke tandas ke nak beli karipap Munah Janda?
Paksu: Awei benor kamu belajor ke kedai janda, Fir.
Seman: Hah…ngikut juga?
Fir: Biasa lah tu…dia kecut dok sorang2 dalam bilik.
Paksu: (dalam hati: nak marah, tapi kena sabar...rasa nak marah, tapi kena sabar...)
Hakim: Takde gayanya kalau gini. Kita pergi tandas lain nak tak?
Fir: Tandas celah mana?
Paksu: Kau jangan main gila bawak pergi tandas senior. Berlubang perut kita kena tumbuk karang.
Hakim: Idak…ni bukan tandas senior. Kome ikut je ler, nak kencing pun kemain payah.
Ah Seng: Tandas mana? Saya ikut boleh ke?
Hakim: Err…ikut jelah.

Biarpun tak berkaitan, Paksu mengikut juga budak bertiga tu yang dikepalai Hakim. Mungkin sebab memang nak ke tandas sangat, sampai mereka bertiga terlupa apa kerja Hakim tu hampir setiap malam.

Di dalam kepalanya cuma ada satu persoalan yang besar, “apa dikobak anak cina ni nak ngikut sama?”

Ah Seng bukanlah orang lain, rakan sekelas mereka juga. Tetapi adakalanya dia merasakan Ah Seng ni selalu terjebak di dalam aktiviti tidak bermoral Fir, Hakim dan Seman. Sudah banyak kali terkena pun masih mahu mengikut sama, macam tak belajar sesuatu. Begitulah maksud fikiran Paksu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2024 01:37 PM | Show all posts
Fir: Lain macam sungguh jalan Hang bawak nak ke tandas. Tandas apa panjat bumbung, masuk bawah pagaq…
Hakim: Tu…kan aku dah cakap?
Fir: Naaah…tau2 dah sampai, celah mana tandas takdak orang? Tandas lain semua beratoq.
Seman: Dah ada tu guna jelah.
Ah Seng: Saya pun sudah tak tahan ni…saya masuk dalam dululah.

Meluru sahaja Ah Seng masuk ke dalam tandas tanpa mengira tandas tersebut gelap dan tidak ada orang.

“Bukan main laju lagi…meluru. Ni Seman, hang try cuit suis tu sat. Awat gelap semacam tandas ni,” ujar Fir.

Tak! Tak!

Seman: Tak mau menyala lah pulak!
Fir: Hah, sudah…apa pun tak nampak ni.
Hakim: Nah…aku ada bawak torchlight.
Fir: Cengginilah…hang ni memang A.

Selesai sahaja urusan di dalam tandas, kedengaran Fir bertanya, “awat aku rasa macam ada benda tak kena kat tandas ni?”

Lantas Seman mencelah, “tak kena apa pulak? Kau jangan macam2…malam ni malam jumaat.”

“Korok hang malam jumaat. Ni malam ahad!” marah Fir.

“Tulah…aku pun rasa ada benda yang lain kat tandas ni. Kenapa ada tong sampah?” tanya Paksu.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, tandas sekolah lelaki sememangnya tidak mempunyai tong sampah. Budak2 lelaki sememangnya lepas basuh tangan lap kat seluar atau dinding sekolah. Jadi mereka sememangnya tidak memerlukan tong sampah untuk membuang tisu sepertimana tandas perempuan. Dah ada tong sampah pun tersumbat jugak lagi mangkuk tandas. Cikgu yang cakap, bukan aku yang cakap.

“Hah…tu lah. Aku dah rasa dah awai2 tadi. Firasat aku kuat mengatakan tandas ni lain macam. Cuba tengok, mana tempat kencing berdiri?” ujar Fir pula.

Serentak mereka memandang ke arah Hakim, “setan, kau/hang bawak kami ke tandas perempuan?!”

Hakim hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Haiya…ini tandas asrama perempuan ka? Patutlah itu amoi banyak diam bila saya tegur,” ucap Ah Seng sambil membasuh tangan di sinki.

Kata-katanya membuatkan mereka berempat memandang tepat ke arah Ah Seng dengan penuh hairan.

Fir bertanya, “ni…amoi mana yang hang dok kata ni?”

Ah Seng menunjuk ke arah bilik tandas, “itu tandas hujung. Saya mau masuk tengok ada amoi…lepas minta maaf, saya guna tandas sebelah.”

Lalu dia terfikir, “haiya, patut awal-awal sudah fikir. Tak mungkin pula ada amoi dalam tandas lelaki…pasti kita sudah salah masuk tandas.”

Fir menolak belakang Seman, “hang pi check sat.”

“Gila! Kalau bukan amoi macam mana?” soal Seman.

“Mengikut firasat aku, tu memang betui perempuan. Hangpa pernah dengaq tak sleepwalking?” Fir membuka hujah.

“Tidur berjalan?” tanya Paksu.

“Hah…aku rasa…” belum sempat Fir menghabiskan kata2, Hakim terlebih dahulu berjalan ke depan.

“Amboi…kemain laju lagi hang melangkah, na? Aku belum sempat cakap habis,” tegur Fir mencekak pinggang.

Ah Seng menarik baju Fir bertanya, “tapi…saya ada fikir juga. Kalau itu amoi sebenarnya hantu macam mana?”

Fir membuat muka, “apa susah? Hang bacalah apa2 yang patut.”

Lalu ketiga2 setan itu tertawa berdekah-dekah saling tak tumpah macam kongkang tatkala Ah Seng terdiam seribu bahasa memikirkan
dimanakah lawaknya. Manakala Paksu pula menggelengkan kepala. Dia mula mempersoalkan pertimbangannya di dalam memilih kawan.

“Dah…dah…hangpa jangan bising. Satgi dia lari pulak,” kata Fir berjalan perlahan-lahan bersama Hakim dan Seman di sebelahnya.

Paksu bertanya di dalam hati, “nak lari ikut celah mana? Dah kita semua block jalan keluar? Takkan dia nak merangkak atas siling pulak? Eh, yang tu seram pulak aku...”

Melihat gelagat Seman, Paksu berkata lagi di dalam hati, “kau ni Seman…time ni laju kemain. Kalau
bab kerja sekolah, lumba lari atau pergi tandas sorang2 di tengah malam, kemain lembab lagi.”

Bismillah…bismillah…bismillah…

Fir, Hakim dan Seman serentak menoleh ke belakang, iaitu suara yang membaca bismillah tidak putus2 dari tadi. Kemudian Fir menegur, “awat hang dok baca bismillah dari tadi? Bilik ni kosong takda pa pun?”

Ah Seng menjawab, “bismillah…bilik tu memanglah kosong. Tapi saya nampak sesuatu di bilik tandas nombor tiga…”

Serentak Paksu menghentikan langkah, darahnya mula berderau tidak tentu arah. Hatinya pula berkata, “no it isn’t…”

Itu sahaja perkataan penolakan di dalam bahasa inggeris yang diketahuinya. Perlahan-lahan kakinya mula berundur ke belakang sambil mendengar Fir membebel, “ooo…dah pindah ke sini ka? Hang pun tak habaq awai2, tak pasai kami berdebaq dok intai tandas
kosong.”

Sambil berjalan ke tandas yang dikatakan, mulut Fir sempat lagi membebel, “apa anak cina baca bismillah…itulah, orang suruh pi kelas pendidikan moral, hang gatai pi ponteng dengaq kelas pendidikan Islam.”

Jantung ketiga-tiga setan itu bagaikan berhenti seketika sebaik melihat kelibat wanita berada di dalam keadaan terbalik dengan lidahnya panjang berjela sedang menjilat mangkuk tandas. Di telinga mereka pula hanya kedengaran suara Ah Seng membaca bismillah dengan lebih kuat serta berulang2 kali.

Fir mengeluh panjang lalu berkata, “ka ni na…ni amoi kepala hotak hang!”

Serentak mereka berlima berlari meninggalkan tandas perempuan sebelum terkejut melihat lembaga melintas dan mengilai di hadapan mereka, “ke ke ke ke ke ke...!”

“Depan ni tak boleh, kita konar sana,” kata Fir sebelum mendengar jeritan nyaring pelajar perempuan melihat kelibat lima budak lelaki di dalam perkarangan asrama mereka.

“Pulak dah! Tak mana nak lari. Sini menjerit, sana ketawa terkekek2,” rungut Fir menarik kawan-kawannya berlari ke tempat lain pula.

“Eh, Hakim...kau depan! Harapkan Fir ni mampus kita kena tangkap nanti. Dia bukan tau selok belok asrama pompuan ni,” cadang Paksu berdebar-debar.

“Ha’ah…ya tak ya juga,” ucap Hakim yang baru teringat dia selalu menjadi batman bagi melakukan kerja2 skodeng di asrama perempuan. Ketakutan telah membuatkan dia terlupa akan asal usulnya. Sekali lagi mereka mengikut Hakim memasuki bawah pagar dan memanjat bumbung sebelum menjejakkan kaki dengan selamat di dalam kawasan asrama lelaki.

Huh hah…huh hahh…

Hanya kedengaran suara tercungap2 mengambil nafas setelah berlari ke hulu ke hilir untuk menyelamatkan diri. Cukup sekadar berada di dalam pagar asrama, mereka merasakan diri mereka sudah pun selamat.

Bismillah…bismillah…bismillah…

“Ni hang dok baca bismillah buatpa lagi? Penat tau dak?” tanya Fir terbatuk2 mengambil nafas.

Jari Ah Seng menunjukkan sesuatu di atas kepalanya, perlahan2 Fir mendongakkan kepala melihat ke dalam kain wanita yang sedang berterbangan di atas kepalanya.

I see trees of green
Red roses too
I see them bloom
For me and you
And I think to myself
What a wonderful world…

Yes, I think to myself
What a wonderful…world
Ooh, yes…

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 11:04 AM | Show all posts
Haha terbaik ceritanya. Berdekah bacanya. Dapat bayang setiap detik cerita. Kalau buat filem memang dah setaraf cerita hantu nang nak thailand kelakarnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:25 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 16-6-2019 02:18 PM
Sementara menunggu konvo, aku pulang ke rumah opahku. Telah sekian lama aku tidak kemari, pelbagai k ...

Adoi teringat la rumah Opah keme kat Kuale nuun, mati idop balik pun tak kesior la nak tido sorg2 mcm ni haha TT ni berani beno

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2024 12:49 PM | Show all posts
Fuuuhhh bestnyee baca specially psl Pak Tahir & Pak Mud. TT mesti byk experience gn PT & PM kan tp taktahu nk cerita mcm mana nnt org tahu kobolehan tt.. kan…kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2024 09:14 AM | Show all posts
Queenmastani replied at 11-11-2024 12:49 PM
Fuuuhhh bestnyee baca specially psl Pak Tahir & Pak Mud. TT mesti byk experience gn PT & PM kan tp t ...

tak adalah kebolehan apa pun...kalau jadi pun sebab emergency & semua tu pun dengan izin Allah. kalau x jadi pun atas kehendakNya juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2024 09:27 AM | Show all posts
“Tak sangka sungguh na…rupa2nya hantu ni ada jantan betina. Yang aku nampak malam tadi, dia punya (suara semakin kuat) memang serupa habih dengan perempuan! Gila woo…!” cerita Fir.

Duduk di atas meja bak seorang penglipur lara dan yang mendengar dia melabun pula, budak2 lelaki sekelas dan ada juga dari kelas sebelah. Tidak tahulah sama ada budak2 ni memang tak ade kerja selain dari mendengar cerita Fir.

Lepas tu mula la soalan2 pelik yang keluar

BL – Budak Lelaki

BL 1: Ekau ghaso dio doh berpunyo ko tidak? (hah?)
BL 2: Apa jadi kalau kita ajak dia pergi ke semak? (apa? Apakah dan kenapakah?)
BL 3: Andai kata la…kita buat andaian ok, contoh…sekadar contoh…andaikan aku terlanjur dengan hantu tu, dia akan mengandung tak? (ok, kau ni memang ada masalah. Besar masalah kau ni…pergi kaunseling cepat!)

Fir dengan penuh minat menjawab soalan2 merepek mereka tanpa ragu2 dan penuh keyakinan. Tak tahulah mengapa…di antara mereka berlima, hanya dia seorang je yang tak demam. Sedangkan Paksu, Seman, Hakim dan Ah Seng masing2 menggigil di dalam kelas. Nak cuti demam pun tak boleh kerana sedang di dalam ujian pertengahan tahun.

“Tepi lah!” kedengaran suara nyaring menghalau Fir dari mejanya.

“Sembang kotoq, kaki goyang2…apa? Hang kesat punkoq kat meja aku ka apa?” soal gadis bernama Farhana.

Fir bangun, matanya mengerling ke arah Farhana di dalam keadaan kepalanya ditelengkan. Mendengar suara Farhana yang lantang, masing2 beransur. Tiada siapa yang berani terus kekal berhampiran dengan meja Farhana.

Tak tahulah sebab tak puas hati ke apa, Fir terus cari pasal dengan Paksu, “tu dia…janda hang.”

Tanpa memberi peluang, Paksu terus menghadiahkan satu sepakan ke tulang kering Fir.

Fir: Hang pasai pa? Sakit tau dak.
Paksu: Dah…diam (sambil menjeling Farhana)
Fir: Haaaaaaa lah…perempuan macam tu pun hang takut. Baik toksah jadi jantan.
Paksu: Aku katok juga dahi kau ni karang. Merasa kena sembur macam hari tu baru tau.
Fir: Alah, Farhana tu…sekali aku…

Tiba-tiba Fir dan Paksu disergah, “sekali aku apa? Hang yang cari pasai dok sembang kotoq dekat meja aku, sekarang ni nak buat apa kat aku? Hang ingat hang tera sangat?! Mak hang kalihamput, kokoot mat usin, toya mat amin, siru mat abas, maaruk sintok…”

Boleh dikatakan separuh yang keluar dari mulut Farhana langsung tidak dapat ditafsir Paksu. Sudahlah tak pasal2 dia sekali kena sembur sama. Dia mula mempersoalkan tindakan cikgu kerana meletak Fir di sebelah tempat duduknya.

Farhana merupakan satu-satunya lawan Fir, lawan mulut kategori perempuan lah. Kalau perempuan lain dah geram tak boleh lawan mulut, deme biasa lepuk je budak Fir tu dengan kasut sekolah. Paksu kata puas juga nengoknya walaupun tak selalu.

Beberapa hari kemudian, geng setan kembali sihat seperti sediakala.

“Korang! Korang! Budak kelas hujung sana kena rasuk!” lapor salah seorang rakan sekelas yang tidak diketahui apa dikobak merayau ke kelas lain.

“Lelaki ka pompuan?” laju je Fir bertanya.

“Pompuan…” jawab lelaki tadi.

“Nah geng…cepat! Kita musti kena tolong!” ujar Fir mengajak kawan-kawannya.

Seman berlari dengan begitu pantas sekali sambil membunyikan siren dengan mulut, “nenong…nenong…!”

Namun…

Zass! Zass! Zass!

Seorang demi seorang dilibas Ustaz Firdaus menggunakan rotan sebaik mereka tiba di tempat kejadian.

“Apasai ni, ustaz?” soal Fir mengaduh kesakitan.

“Oh, kome boleh tanya aku pasei ape? Ajernye bajang perangei masing2. Pergi balik ke kelas!” tengking Ustaz Firdaus menghalau Fir, Seman dan Hakim.

“Hah, kenapa kamu pandang saya rope tu?” soal Ustaz Firdaus.

“Ngapa pulak awak pun kena sama? Bukan ke tadi ustaz minta awak tolong bawakkan buku?” soal Paksu yang tak pasal2 turut dilibas sama.

“Er…aa…er…tersilap. Ater kamu berkawan rope macam tu, aku pun tersilap ingatkan kamu setan sama,” jawab ustaz sebelum menyelesaikan isu pelajar perempuan yang kerasukan tadi.

Demikianlah orang2 tua, susah benor nak minta maaf dengan yang lebih muda. Dek kerana terasa dengan sikap ustaz, Paksu berjalan pergi secara senyap2 meninggalkan kelas tadi setelah menyerahkan buku2 latihan kepada ketua tingkatan.

Bagi warden pula, mereka menganggap kejadian pelajar2 kerasukan ini hanya semata2 lakonan sahaja. Maklumlah tinggal berjauhan dengan keluarga ataupun mungkin rindu dengan bantal busuk masing2. Tiada sesiapa pun yang nampak masalah yang sedang berlaku. Sehinggalah pada suatu malam, berlakunya mass hysteria ataupun histeria secara besar2an.

Arrghhhhh…!!!

Kedengaran jeritan yang sungguh kuat datangnya dari asrama perempuan. Berapa kuat? Sehinggakan budak2 asrama lelaki turut terjaga dan berpeluh sejuk.

“Apa dah jadi?” soal Paksu.

Dia tidak pernah merasai pengalaman sebegini, bulu romanya meremang teruk bagaikan menghormati lagu negaraku. Bukan hanya dia seorang sahaja, malah pelajar2 yang lain turut sama merasainya. Kecuali Fir…

“Apa aih memekak malam2 buta. Esok orang nak sekolah tau dak. Aku kerja sekolah pun tak siap lagi ni...zzzz…” bebel Fir sebelum kembali tertidur.

“Seman, kau dah bangun ke belum?” Paksu menumbuk bawah katil Seman.

Kepala Seman keluar menjenguk ke bawah. Dia tidak berkata apa2, hanya tersengih dengan kedua2 biji matanya terbuka besar. Tidak tahu mengapa, hati Paksu berdebar lain macam ketika bertentangan mata dengan Seman. Seolah2 dirinya seperti boleh hilang kesedaran bila2 masa sahaja. Terpaksa dia menenangkan dirinya sendiri dengan menarik dan menghembuskan nafas.

Bam!

Pelajar di sebelah katil Seman terjun ke lantai di sebelah katil Hakim. Membuatkan Hakim terkejut dan memeluk Paksu. Belum sempat Paksu hendak berkata apa2, dia terdengar suara pelajar lelaki itu menderam saling tak tumpah bagaikan haiwan liar yang sedang marah.

Pelajar itu kemudiannya mengejar pelajar2 lelaki yang cuba menyelamatkan diri dengan meninggalkan bilik asrama. Dia mengejar menggunakan kedua tangan dan kakinya, tidak ubah seperti haiwan berkaki empat.  

Bam!

Seorang lagi pelajar dari katil di seberang sana juga melompat ke atas lantai. Tetapi kali ini pelajar itu menari tarian yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Tarian tersebut diiringi dengan suara nyanyian seorang lagi pelajar lelaki di katil tingkat bawah. Bahasa nyanyian itu juga tidak dapat dikenalpasti.

Sekali lagi Paksu mendengar suara, tetapi kali ini suara itu datangnya dari bawah katil, “bismillah…bismillah…bismillah…”

Serentak Paksu menegurnya, “Ah Seng, apa kau buat kat dorm ni?”

Dia menjawab, “saya lari maa…sudah tak tahu apa macam mau cakap dekat dalam saya punya dorm. Tapi sini pun sudah jadi sama juga…”

“Aku rasa kita tak selamat dekat sini, jom kita pergi surau,” cadang Hakim.

“Saya juga rasa itu cadangan yang baik,” kata Ah Seng.

“Eh, kau pulak yang kata tu cadangan yang baik,” kata Paksu di dalam hati. Tetapi dia tidak menyuarakannya kerana ianya akan menjadi lebih menakutkan sekiranya Ah Seng mengajak mereka ke tempat sembahyang berwarna merah di luar sekolah.

Baru sahaja mahu melangkah turun dari katil, mereka bertiga sekali dijenguk Seman dari katil tingkat atas, “nak pergi mana tu wuii…ater takkan tinggei je kawan ni?”

Mengikut cerita Paksu, boleh nak terkencing lah dengar nada suara yang bertanya. Langsung tak serupa dengan suara sebenar Seman.

Paksu membuat helah, “err…kami nak pergi kejap je. Kamu tengok2kan la si budak Fir tu.”

“Hihihi…janji balik sini balik tau. Jangan tak balik pulak…” ucap Seman sebelum naik ke atas kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2024 09:41 AM | Show all posts
Paksu sempat menoleh ke belakang dan melihat Seman mencangkung pada besi bahagian tepi katil. Bagaikan tiada daya tarikan graviti pula.

Sekali lagi dia bertanya, “awok nak ngikut boleh ke?”

Paksu menjawab dengan menggelengkan kepala.

Tidak lama kemudian, kedengaran suara Seman lagi, “ater bagi ler awok ngikut…tak baik tinggalkan kawan…”

Paksu memberanikan diri membalas, “pergilah kejutkan Fir dulu.”

Kelibat Seman hilang serta merta. Dapatlah mereka bertiga menghembuskan nafas lega buat sementara waktu. Tetapi keadaan di luar tidak begitu membantu, begitu huru hara sekali. Ada yang bertumbuk, ada yang menjilat dinding bagaikan aiskrim dan ada juga yang sedang bersilat. Bahaya sekiranya berada begitu hampir dengan mereka.

Kalau dekat dengan bersilat tu faham ler takut kena berlawan, tapi kalau yang jilat dinding tu…kome rasa ada harapan kena jilat dekat muka ke?

Sekali lagi mereka bertiga dijerkah makhluk yang telah merasuki tubuh Seman. Secara tiba2 sahaja dia muncul di tangga dan menegur mereka bertiga, “kawan udah cuba ngejutkan…haram dilayannya.”

Lalu bertanya soalan yang serupa, “ater boleh ke kalau nak mengikut sama?”

Kali ini Paksu tidak menjawab permintaan Seman. Sebaliknya hanya menunjukkan isyarat bagi mengajak Hakim dan Ah Seng untuk menggunakan tangga satu lagi. Tetapi dia tetap juga muncul bagaikan mahu menghalang mereka bertiga daripada menggunakan tangga.

Hakim berbisik, “tak boleh jadi ni…jom ikut aku.”

Seperti biasa, jalan yang digunakan Hakim adalah di atas bumbung laluan pejalan kaki. Sebaik sudah agak jauh dari bangunan asrama, barulah mereka melompat dan mendarat ke atas rumput.

“Eh, apa itu budak mau buat?” soal Ah Seng yang hairan melihat pelajar lelaki berdiri seorang diri dengan kepala mendongak ke langit.

Tepi muka pelajar lelaki tersebut boleh dilihat jelas timbul berurat2 dan matanya pula putih sahaja, sehinggakan tidak terlihat langsung anak matanya.

Serentak mereka bertiga mendengar suara pelajar senior berteriak, “cepat, tutup telinga!”

Waaarrgggghhh…!!!

Tiba2 pelajar tadi menjerit dengan begitu kuat sekali, hampir menyamai kekuatan jeritan yang membangkitkan mereka dari tidur tadi. Paksu dan Ah Seng sempat menutup telinga. Manakala Hakim pula sibuk melihat ke arah pelajar senior tadi, sehinggakan tidak sempat menutup telinga.

Tidak semena2 Hakim mula mengangguk2kan kepala sebelum mula menari kuda kepang. Jangan tanya, aku pun tak faham semua cerita Paksu ni. Dia cerita apa yang dia nampak je. Tapi kalau diikutkan cerita Paksu, Hakim tu mendengus dan meringkik sebiji macam bunyi kuda.

“Korang, blah cepat! Biar aku uruskan diorang dekat sini,” kata pelajar senior tadi.

Seterusnya dia tiba-tiba menari dengan melentikkan jari jemari serta bergerak mengelilingi pelajar yang sedang kerasukan.

“Lah…kesurupan jugak rupanya…” kata Paksu di dalam hati sebelum meneruskan perjalanan ke surau.

Melihat Paksu mengambil wuduk, Ah Seng turut sama mengikut setiap pergerakan yang dilakukan oleh Paksu. Setelah itu barulah mereka berdua menaiki anak tangga memasuki surau.

Suasana di dalam surau sungguh sunyi, hanya kedengaran bunyi tapak kaki mereka berdua berjalan memijak lantai yang diperbuat daripada papan. Paksu menghembuskan nafas lega sebaik melihat beberapa orang perempuan sedang berdiri memakai telekung di sebalik tirai. Setidak2nya tak adalah mereka berdua sahaja di dalam surau tersebut.

Psst… psst…

Kedengaran suara memanggil mereka berdua di sebalik tirai. Ah Seng segera menarik hujung baju Paksu.

Paksu: Shhh…buat2 tak tahu je.
Ah Seng: Saya mau buat2 tak tau…tapi dia sudah panggil nama.

Rahman… Ah Seng… Woi, tengok sinilah…!

Serentak Ah Seng mencapai sesuatu pada rak di hadapannya, lalu menunjukkan kepada Paksu, “ini apa macam sebut?”

“Ah Seng…kau kalau nak baca Quran ni kena belajar alif, ba, ta dulu. Mana boleh terus2 buka nak baca surah Ar-Rahman,” jawab Paksu.

Suara: Weh, aku panggil dari tadi korang buat bodoh je?
Ah Seng: Rahman, kau pergi tanya apa dia mau malam2 buta ni…?
Paksu: Shh…buat2 tak tahu…

Kelepuk!

Tiba-tiba sejadah yang telah digulung serta dilipat hinggap di belakang tengkuk Paksu.

Paksu berkata di dalam hati, “aaargh, dia main kasar pulak. Siap boleh baling2 barang.”

Ah Seng memberanikan diri, “woi, hantu. Jangan kacau kami sini. Aku tak tahu asal usulmu!”

Paksu: Woi, apa yang kau cakap ni?
Ah Seng: Betul maaa…saya memang tak tau asal usul dia. Tak macam itu Ustaz Firdaus.
Suara: Woi, korang ingat aku hantu ke? Aku Farhana lah!

Serentak mereka berdua menoleh ke arah suara tadi. Kelihatan sememangnya Farhana sedang mengintai di sebalik tirai.

Kini barulah mereka dapat menghembus nafas lega. Entah mengapa, Ah Seng tiba2 berlagak berani.

Ah Seng: Kau ni Farhana…buat terkejut orang saja. Lain kali nak panggil tu, berilah salam dulu.
Paksu: Eh, kau ni…kena sembur toya mat amin karang tak pasal2 je (dalam hati)
Farhana: Maaf lah…aku kelam kabut lari sini dari asrama perempuan. Asrama lelaki pun kena kacau ke?
Paksu: Sama je…eh, kau dengan siapa lagi?
Farhana: Aku? Sorang2 jelah…kebetulan aku pergi tandas, lepas tu dengar…
Paksu: Sekejap…aku tak faham ni. Kau dengan siapa dekat bahagian perempuan tu?
Farhana: Itulah yang aku cakap dari tadi, aku sorang je. Haaa…tengok.

Farhana menyelak bahagian bawah tirai bagi menunjukkan hanya terdapat dia seorang sahaja di ruangan perempuan. Sebaik tirai turun ke bawah semula, kelihatan jelas kelibat berdiri memakai kain telekung tadi.

Ah Seng berkata, “cuba kau selak lagi sekali…”

“Korang ni kenapa?” tanya Farhana sekali lagi mengibas bahagian bawah tirai pembahagi tersebut.

Kali ini Paksu dan Ah Seng benar-benar pasti, tiada sesiapa yang sedang berdiri di atas karpet surau. Tetapi sebaik tirai ditutup sepenuhnya, terdapat beberapa kelibat yang sedang berdiri memakai telekung. Tetapi kalau ikut logik, sekiranya perempuan tengah solat, pasti akan tunduk rukuk atau sujud. Ni berdiri tegak, qiam semata2.

Ah Seng: Mengikut pendapat kau…apa yang sedang kita nampak sekarang ni?
Paksu: Aku ni…aku datang ke sekolah bukan untuk belajar pasal benda2 ni. Jadi kamu toksah ler tanya dekat aku…
Farhana: Hangpa berdua dah kenapa? Bisik apa kat situ?
Ah Seng: Kau pasti tak ada penjelasan saintifik dekat sini?
Paksu: Satu2nya penjelasan saintifik yang aku nak benor tahu, kenapa aku masih ada dekat sini? Patutnya aku lepak dekat rumah, tak terlibat.
Ah Seng: Bukan cuti sekolah kau nak balik rumah.

Naik berang, Farhana bingkas bangun menuju ke arah mereka berdua, “aku tanya banyak kali. Tampaq satgi kalu, jangan tanya kenapa.”

Ah Seng menuding jari, “cuba kau tengok sana…”

Farhana tergamam seketika, lalu berjalan ke arah tirai dan menyelak tirai tersebut sekali lagi. Dia melakukannya beberapa kali lagi sebelum berjalan dan mengintai dari hujung langsir. Setelah benar2 pasti, dia segera menggulung tirai tersebut dan mencampakkan ke atas rel langsir.

Seterusnya dia berlari mahu bersembunyi di belakang Paksu, tetapi telah dihalang Ah Seng, “eh, jangan!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2024 09:53 AM | Show all posts
“Kenapa?” tanya Farhana dengan nada gementar.

“Nanti batal air sembahyang dia. Sini menyorok dekat saya tak apa,” jawab Ah Seng.

“Binawe punya kawan…masa macam ni pun boleh nak berkira?” marah Paksu di dalam hati.

Mereka bertiga saling terdiam buat beberapa ketika sebelum mendengar suara Farhana bertanya, “kau rasa…apa yang kita nampak tadi?”

Ah Seng: Itulah saya dengan Rahman tadi cuba mencari penjelasan saintifik kejadian…tapi macam tak jumpa. Terlalu banyak pembolehubah…
Paksu: Apa benda yang kau cakap ni, setan?! (dalam hati)
Farhana: Dahsyat lah hangpa…orang dah duk kalut tak tentu hala, hangpa boleh mencari penjelasan saintifik.
Paksu: Kau ni pulak…kenapa nak kagum dengan karut wal marut si Ah Seng ni…? Ajer letih aku duduk dengan kome berdua ni (dalam hati)

Mereka bertiga kembali senyap tidak berkata apa2. Sehinggalah Farhana bertanya, “kita kena duduk sini sampai pagi ke?”

Ah Seng menjawab, “mengikut penaakulan saya…”

Paksu mencelah, “eh, kome tak terfikir ke…”

Ah Seng membuat muka kerana Paksu telah memintas kata2 cerdik pandainya, “fikir apa lagi, Rahman? Kita tunggu sajalah…”

“Kalau kita turunkan tirai tadi, kelibat tu ada dekat sebalik tirai tu. Sekarang kita dah singkap tirai tu, tak ke kelibat tu sebenarnya ada tapi cuma kita bertiga tak nampak?” Paksu menyuarakan pendapatnya.

“Maksud hang…benda tu mungkin ada duk depan batang hidung kita, tapi kita je tak nampak?” tanya Farhana terketar2.

Serentak Paksu dan Ah Seng memandang ke arah Farhana. Dari raut muka mereka berdua, tergambar jelas kata2 hati mereka, “kenapa kau cakap macam tu pulak? Tak ke menambahkan rasa cuak berdepan dengan situasi merepek ni?”

Ataupun mungkin hanya Paksu seorang sahaja berkata sedemikian. Ada kemungkinan isi hati Ah Seng ketika ini sedang berkata, “haiya…muka takut pun cantik…”

Farhana: Kenapa hangpa dua diam? Nak aku turunkan balik tirai langsir tu ke?
Paksu: Baik jangan…
Ah Seng: Kenapa?
Paksu: Macam mana kalau kita turunkan, tengok2 dah tak ada?
Ah Seng: Sangat logik…kalau dah tak ada, kita nak cari dekat mana pula lagi, kan?
Paksu: Tak…kau tak perlu pun cari. Buat apa nak cari? (dalam hati)
Farhana: Habis tu…kita patut buat apa?

Gedegang!

Tanpa sempat mereka berfikir apa yang patut dilakukan selepas ini, kedengaran bunyi pintu di sebelah bahagian perempuan dihempas kuat. Bila masa bukanya pun mereka tidak sedar biarpun pintu itu berada di dalam lingkungan pandangan mata.

“Rasanya, baik kita pergi, kot?” cadang Paksu.

Ah Seng dan Farhana serentak bersetuju dengan cadangan Paksu. Perlahan2 mereka bertiga mengesot ke arah pintu di sebelah lelaki. Di dalam masa yang sama, kali ini mereka mendengar bunyi seperti orang sedang menyusun Al-Quran pada rak.

Laju sahaja kepala mereka bertiga menoleh ke arah rak yang terletak di hujung penjuru surau. Tetapi tiada apa2 yang sedang berlaku. Keadaan rak sama seperti yang dilihat mereka bertiga sebelum ini.

Farhana: Mak hang kalihamput…
Ah Seng: Jangan mencarut dekat hantu…nanti dia marah macam mana? Dia cekik kau...
Farhana: Kenapa cakap lagu tu? Tak sayang dekat aku ka?
Ah Seng: Sayang…mana ada tak sayang…
Paksu: Mampus lah korang. Aku nak cepat ni (dalam hati)

Ketika menyarung selipar, Farhana berkata, “sandal aku tinggai kat belakang sana. Tangga masuk perempuan.”

Paksu dengan mudah berkata, “Ah Seng, kau pergi teman dia. Aku gerak dulu, pape roger.”

Serentak belakang tengkuknya dicengkam Farhana, “Kau…teman sama. Sekarang!”

Suasana tangga surau di sebelah perempuan nampak lebih menakutkan kerana berada di sebelah belakang dan begitu sunyi sekali. Bukan itu sahaja, kelibat bertelekung tadi turut boleh dilihat pada cermin tingkap kaca di tingkat atas. Bagaikan sedang memerhatikan mereka bertiga.

Paksu: Cepatlah, Farhana. Perlu ke kau sarung sandal sekarang?
Farhana: Sabarlah…tadi aku boleh je tunggu hangpa dua pakai selipar. Tang aku, semua pun tak dan.
Paksu: Masa kitorang tadi tak ada benda alah nunggu dekat tingkap.

Farhana mengangkat muka, lalu segera berlari menuju ke arah pagar utama surau diikuti dengan Paksu dan juga Ah Seng. Akan tetapi mereka terpaksa berpatah balik sebaik ternampak langsuir terbang melintas sambil terkekek2.

“Macam mana kita ni? Naik atas masalah…keluar pagar pun masalah,” keluh Farhana di dalam keadaan menggigil.

Paksu melihat anak tangga di belakangnya, serba salah hendak naik semula ke atas. Mahu terus duduk di sini juga tidak kena. Tidak manis dipandang orang, tambahan pula terdapat seorang perempuan duduk rapat bersama dia dan Ah Seng.

“Saya keliru ni…orang kata kalau lelaki dan perempuan berdua2an, syaitan di tengah2. Sekarang ni saya syaitan ke sebab duduk di antara Rahman dan Farhana?” Ah Seng mula mempersoalkan kewujudan insaniahnya. Tubuhnya juga tidak kurang menggeletar setelah terserempak dengan lembaga tadi.

Tiba2 mereka dikejutkan dengan suara lelaki, “woi, apa kamu bertiga buat dekat tangga surau tu?!”

“Cikgu Azhar,” ucap Paksu bingkas bangun.

“Kamu tak dengar ke pengumuman cakap semua pelajar berkumpul dekat dalam dewan?” tanya Cikgu Azhar.

Mereka bertiga serentak menggelengkan kepala.

“Cepat, pergi dekat dewan sana,” gesa cikgu.

Tanpa membuang masa lagi, mereka terus melangkah selaju dan selebar yang boleh menuju ke arah dewan dengan menundukkan pandangan supaya tidak melihat apa2 yang tidak sepatutnya di sepanjang perjalanan.

“Hah, ada lagi. Ingatkan semua dah ada kat dewan,” tegur suara lelaki.

Kali ini suara tersebut datangnya daripada Ustaz Firdaus, “kamu tak dengar ke pengumuman saya buat tadi? Mintak semua pelajar berkumpul dekat dewan?”

Paksu bertanya di dalam hati, “eh, macam pernah dengar ayat ni tadi.”

“Tadi Cikgu Azhar ada bagitau…ni yang kami nak lekas pergi ni,” jawab Farhana.

“Hah, leghaih sikit…” ucap ustaz sebelum menyambung langkah.

Tetapi langkahnya terhenti untuk bertanya, “sekejap…kamu kata Cikgu Azhar?”

Sebaik ketiga2 menganggukkan kepala, dia berkata, “kamu jangan nak berseloroh waktu macam ni. Kamu lupa ke Cikgu Azhar dah meninggal lima, enam bulan lepas?”

Tanpa berkata apa-apa, Farhana terus jatuh pitam. Nasib baik ketika ini mereka sedang melintasi padang rumput. Sekiranya di atas simen atau tar, pasti kena hantar hospital kerana kepala terhentak. Paksu dan Ah Seng sebenarnya masing2 merasa serba salah mahu menangkap tubuh Farhana di hadapan ustaz.

Mereka bertiga saling berpandangan di antara satu sama lain sebelum mendengar Ustaz Firdaus berkata, “sudahlah, pergi panggil perempuan. Minta tolong diorang angkatkan budak ni.”

Ah Seng berkata, “tu perempuan…”

Laju Ustaz Firdaus menoleh ke belakang, “mana?”

Akan tetapi perasaannya kecewa sebaik melihat perempuan yang ditunjukkan pelajar berbangsa cina tadi sebenarnya adalah langsuir. Sebaik dia memandang ke arah Paksu dan Ah Seng kembali, mereka berdua dilihat telah pun berada jauh. Sedang menyeret tubuh Farhana dengan masing2 menarik setiap lengan.

“Binawe dua ekor setan tu…langsung tak tunggu aku. Bior je aku ngadap setan ni sorang diri,” marah Ustaz Firdaus.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 12:19 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 25-11-2024 09:14 AM
tak adalah kebolehan apa pun...kalau jadi pun sebab emergency & semua tu pun dengan izin Allah. ka ...

Apapon citer ko best bro..tak bosan baca..

Yaayyyy ada citer baru
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 01:25 PM | Show all posts
cerita tt tak pernah mengecewakan...tak sesia masuk benang selepas sekian lama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.147980 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list