CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4976|Reply: 3

Dikenakan dokumen perjalanan, levi untuk ke New Zealand

[Copy link]
Post time 18-6-2019 10:55 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang ingin melawat New Zealand akan dikenakan bayaran bagi dokumen perjalanan dan levi untuk memasuki negara berkenaan.

Memetik laporan The Star, dibawah syarat baharu imigresen negara itu yang akan dilaksanakan mulai 1 Oktober depan, rakyat Malaysia yang berkunjung ke New Zealand perlu memiliki Electronic Travel Authority (ETA) dan membayar untuk International Visitor Conservation and Tourism Levy.

Tanpa dokumen terbabit, jabatan Imigresen New Zealand akan menhalang mereka memasuki negara berkenaan ketika mereka tiba.

Kos yang dikenakan bagi ETA dan levi adalah antara NZ$9 (RM24) dan NZ$12 (RM32) dan boleh dimohon menerusi dalam talian.

Menurut laman sesawang Kementerian Perniagaan, Inovatif dan Pekerjaan negara tersebut, syarat baharu itu bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko isu berkaitan imigrasi, penyeludupan dan biosekuriti.

“Langkah ini adalah untuk memperbaiki cara pemeriksaan pelancong sebelum tiba di negara ini serta membantu mengurangkan masa yang diperlukan bagi pemeriksaan dan meningkatkan keselamatan di sempadan.

“Levi yang dikenakan itu adalah bagi menyumbang terus kepada infrastruktur pelancongan dan membantu serta meningkatkan persekitaran semula jadi,” jelas laporan itu.

Dalam pada itu, jelas laporan tersebut, terdapat dua cara untuk memohon ETA sama ada melalui aplikasi mudah alih atau laman sesawang jabatan Imigresen New Zealand.

Laporan itu bagaimanapun memaklumkan permohonan melalui aplikasi mudah alih dan laman sesawang hanya boleh diakses mulai bulan depan.

Tambah laporan itu, permohonan menerusi aplikasi mudah alih lebih murah berbanding laman sesawang.

Pada masa ini, rakyat Malaysia yang melancong ke New Zealand bagi tempoh kurang daripada tiga bulan tidak memerlukan visa.

Malaysia merupakan antara 60 negara menikmati pengecualian visa untuk memasuki New Zealand.

Bagaimanapun, dengan pengenalan ETA, rakyat Malaysia kini perlu memiliki dokumen tersebut walaupun ketika perjalanan transit.

- UTUSAN ONLINE.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2019 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
2021 europe pulak. jgn lupa apply etias dulu ye. kena bayar berapa euro entah. nama kena banned dlm interpol, europol, eurodac dan segala mak nenek schengen system tak dpt apply
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:49 PM | Show all posts
Ramai yang buat perangai mana tak macam2 sekatan dan tapisan di kenakan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 06:17 PM | Show all posts
The United States tried to resolve the issue of simplifying entry into the territory of New Zealand. This question is very important for people who want to get a good investment and education. For example, Malaysian students are forced to use illegal resources to obtain information. Our teachers recommend this one resource that allows you to communicate with students in Europe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.138950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list