View: 2110|Reply: 5
|
Hari Tarwiyah - Kelebihannya
[Copy link]
|
|
Soalan: Apakah maksud dan kelebihan hari Tarwiyah? |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Kita masih berada pada 10 hari terawal bulan Zul al-Hijjah dan umum mengetahui akan kelebihan 10 hari terawal ini, yang mana ia merupakan di antara hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah SWT bagi orang yang melakukan amal soleh padanya. Ini merujuk kepada sebuah hadith yang sahih: |
|
|
|
|
|
|
|
- Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata; Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun’’.
[Riwayat Abu Daud (2082)] [Sanad hadith ini adalah sahih mengikut penilaian Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]
Tambahan pula, hari ini merupakan hari yang kelapan di dalam bulan tersebut dan ia juga dinamakan sebagai hari Tarwiyah. Untuk itu, Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menjelaskan berkaitan hari Tarwiyah serta kelebihan yang ada padanya.
Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasululah SAW bersabda,
صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan(dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ad-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus (2/248).
Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Ini kerana, sebahagian perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta. Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali). Tambahan pula, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu. Begitu juga Imam al-Syaukani dan Ibn 'Arraq al-Kinani.
Kami cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dinilai sebagai pendusta.
Walaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif dan menjadikannya sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah adalah disebabkan sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha’if (lemah) di dalam bab fadhail al-A’mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.
Justeru, tidak terdapat hadith yang sahih menceritakan amalan tertentu yang boleh dilakukan pada hari Tarwiyah melainkan ia termasuk di dalam umum hadith yang menceritakan akan kelebihan melakukan amal soleh pada 10 hari terawal bulan Zul al-Hijjah dan ia juga termasuk di dalam kelebihan beramal pada bulan-bulan Haram. Berpuasa atau ibadat-ibadat yang lain merupakan salah satu daripada bentuk amal soleh maka ia termasuk di dalam umum hadith.
Penutup
Kesimpulannya, hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan di dalam bulan Zul al-Hijjah dan tidak ada dinyatakan kelebihan yang khusus atau amalan yang khusus untuk dilakukan pada hari tersebut berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima segala amal soleh yang kita lakukan pada hari-hari yang dicintai oleh Allah SWT ini. Amin.
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah baca info dan selamat berpuasa sunat mod, moga2 amalan hari ini membawa kita ke syurga Allah swt..Aminn
|
|
|
|
|
|
|
| |
|