View: 673|Reply: 7
|
Dinobatkan Sebagai Manusia Terkaya Sepanjang Masa, Lelaki Ini Bawa 82,000 Orang
[Copy link]
|
|
Jika ditanya siapakah orang terkaya di dunia ketika ini pasti kita akan menerima berbagai jawapan. Tetapi tidak ramai yang tahu beratus-ratus tahun dahulu ada seorang lelaki dari Afrika Barat yang dikatakan kaya dan berkuasa di negara itu.
Seperti dipetik dari BBC News, pada abad ke-14 seorang lelaki yang bernama Mansa Musa dari afrika Barat telah menjadi orang yang berkuasa dan terkaya di atas muka bumi.
Profesor University of California bernama Rudolph Butch menjelaskan selain seorang yang sangat berkuasa, Mansa Musa juga telah dinobatkan manusia terkaya sepanjang masa yang pernah ada di dunia ini.
Menurut Profesor tersebut, harta kekayaan Mansa Musa tidak dapat dikira kerana sudah terlalu banyak. Dan ada yang menggangarkan kekayaan yang dimilikinya adalah sebesar 5,700 triliun. Jumlah yang tidak pernah dimiliki oleh mana-mana manusia lagi selepas beliau. Tetapi jumlah tersebut tidak dapat disahkan atau dipastikan oleh sesiapapun.
Mansa Musa dilahirkan pada tahun 1280 dari keluarga pemerintah dan abangnya, Mansa Abu-Bakr adalah pemerintah yang memerintah pada tahun 1300-an dan mempunyai perniagaan dalam bidang perkapalan.
Beliau dikatakan mempunyai beribu-ribu pekerja yang bekerja di 2000 buah kapal yang dimilikinya. Sumber kekayaannya adalah dari emas dan garam yang pada ketika itu garam adalah barang yang sangat mahal.
Mansa Musa sejak kecil telah diajar tent4ng agama Islam dan ilmu perniagaan dari abangnya itu sehinggalah dia mengikut jejak langkah abangnya.
Lama kelamaan perniagaan mereka bertambah besar dan kekayaan yang mereka miliki semakin melimpah ruah ditambah lagi dnegan emas dan garam yang telah mereka kuasai.
Mansa Musa adalah seorang yang muslim yang sangat taat dan kerana itu dia harus pergi menunaikan haji ke Mekah. Tetapi apa yang menariknya, Mansa Musa telah pergi ke Mekah bukan seorang diri tetapi turut sama membawa 82,000 orang pekerjanya melakukan perjalanan ke tanah suci itu.
Dalam perjalanan itu, dia turut membawa sejumlah pasukan, rakan-rakan perniagaannya, harta kekayaan, ribuan unta dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan dengan puluhan ribu orang yang mengikutinya disamping pelbagai harta benda kekayaan, beliau telah membawa seluruh bandar ke Mekah.
Dan sepanjang perjalanan yang melalui gurun sahara itu, beliau telah memberikan harta benda kepada mereka yang tidak berkemampuan dan orang miskin yang ditemui.
Selesai menunaikan haji, dia telah kembali ke negaranya dengan membawa sekali ramai ulama untuk menyampaikan dan mengajar tent4ng agama Islam di negaranya.
Tetapi, kisah kebaikannya itu tidak kekal lama. Pada tahun 1337, Mansa Musa telah pergi buat selamanya pada umur nya 57 tahun dan tiada yang mampu meneruskan kegemilangan dan kekayaan seperti yang dia miliki selepas kem4tiannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah dengar pon psal kisah ni... betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
terus aku google..
https://www.ancient.eu/Mansa_Musa_I/
Mansa Musa, like many other devout Mali rulers before and after, set off for a pilgrimage to Mecca in 1324 CE, but when he arrived in Cairo in July of that year en route, he caused an absolute sensation. The Mali ruler’s camel caravan had crossed the Sahara and when he arrived in Egypt, even the Sultan was astounded by the wealth this West African king had brought with him. In some accounts, each of 100 camels carried 135 kilos (300 pounds) of gold dust while 500 slaves each brandished a 2.7 kilo (6 pounds) gold staff. In addition, there were hundreds of other camels loaded down with foodstuffs and textiles, horse riders waving the huge red and gold banners of the king, and an impressive human entourage of servants and officials that numbered in the tens of thousands. In an extreme gesture of largesse, Mansa Musa would give away so much gold and his entourage spend so much shopping in the markets of the city that the value of gold dinar in Cairo crashed by 20% (in relation to the silver dirham); it would take 12 years for the flooded gold market to recover. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-8-2019 10:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ruffboyz replied at 14-8-2019 08:40 PM
tak pernah dengar pon psal kisah ni... betul ke?
Betuiiiik.. boleh tgok kat google |
|
|
|
|
|
|
| |
|