CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2097|Reply: 8

Kak Hasanah menyantuni OKU pula uolsss

[Copy link]
Post time 6-12-2019 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 6-12-2019 06:30 PM

‘Kak, Minta Maaf Ya Tanya, Tapi Ada Murah Lagi Tak? Wang Saya Tak Banyak’
Tidak semua insan di muka bumi ini bertuah untuk hidup dalam keadaan yang serba senang dan selesa. Kesusahan hidup yang dialami menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi menanggung keperluan harian untuk keluarga.
Perkongsian pengguna Facebook Nadia Denise Ibrahim ini bakal membuatkan anda tersentuh hati apabila dia berkongsi pengalamannya ketika dipertemukan dengan seorang insan yang sedang melalui kepayahan hidup baru-baru ini.
Nak cari ubat sapu

Malam tadi ada seorang bapa dan anak kecil around 5-6 years old masuk ke farmasi, nak cari ubat sapu untuk isteri yang seharian berkerja membasuh pinggan di kedai makan.
‘Saya kesian isteri saya bongkok-bongkok (sambil demo to us) basuh pinggan satu hari. Belakang dia sakit. Ada ubat sapu tak?’ Jadi saya tunjuk beberapa pilihan. Ada yang RM10, ada yang RM12, ada RM15 .
‘Kak, minta maaf ya I tanya, tapi ada murah lagi tak? Wang saya tak banyak.’ Jadi saya bagi ubat yang paling murah dalam RM5 ke bawah.
Ketika lelaki itu nak bayar, anaknya mahukan sesuatu di kaunter dan dia beritahu anaknya itu yang mereka tidak mampu untuk membelinya. Barang tersebut berharga kurang dari RM3.
Jadi saya tawarkan harga yang lebih murah kepadanya. Dan cuba teka apa yang dia kata. ‘Jangan, ini kedai berniaga. I kena bayar betul-betul.’
Orang kelainan upaya
Saya cakap tak apa tetapi dia masih bertegas untuk membayarnya sambil cari duit seringgit-seringgit dan syiling dalam wallet yang sangat lusuh.
Sambil nak bayar, dia bagitahu saya dan semua staff saya yang lain macam mana sukarnya dia untuk mencari kerja. ‘Susah sangat nak cari kerja sekarang’.
Dia adalah golongan OKU dan pergerakannya terbatas. Dia tunjukkan tangannya. Dia dah cuba pelbagai pekerjaan dan kini masih mencari. Tetapi dia tetap bersyukur kerana keluarga kecilnya dan isteri telah membantu dirinya. Isterinya tolong basuh pinggan di kedai yang berlainan, kedai makan pagi dan malam sementara dia pula menjaga anaknya.
Lepastu dia tanya saya, ‘kak saya ambil kotak dekat luar tu boleh?’ Mestilah boleh kan. Lama juga dia dan isteri lipat-lipat kotak dekat luar tu sementara kami melayan pelanggan kami dalam farmasi.
Ambil kotak

Lepastu saya tahu mereka tak boleh nak bawa kotak-kotak tu atas motor sebab ketika itu sedang bertiga (suami, isteri dan anak). Mereka nampak risau sangat. Kami boleh nampak dari dalam farmasi.
Jadi kami pergi ke arah mereka dan bagitahu yang kami boleh simpankan dulu semua kotak itu di dalam farmasi. Sebab mereka takut orang lain ambil kotak-kotak tu kalau bawa balik sikit-sikit.
Dan ya Allah, pertolongan yang sekecil itu telah menceriakan semula wajah mereka. Jujur saya rasa macam nak nangis bila tengok wajah isterinya.
Jujur saya cakap korang boleh tengok betapa gembiranya mereka bila kami cakap yang kami boleh simpankan kotak-kotak itu dan datang semula esok. Kotak tak banyak sangat pun, tapi truly one’s man trash is another’s man treasure. Sebenarnya sebelum farmasi tutup, mereka dah datang balik dan ambil baki kotak-kotak yang ada.
Menyentuh hati

Tapi saya betul-betul kagum dengan mereka. Saya offer untuk bayar kurang, tapi mereka tolak. Mereka usaha sendiri untuk dapatkan wang tu. Kotak-kotak tu kalau jual pun saya rasa paling banyak mereka boleh dapat ialah RM3-RM4. Mungkin mereka fikir itu dah boleh cover ubat sapu tu kan.
Usaha mereka yang menyentuh hati saya walaupun mereka boleh dapat barang percuma atau diskaun. Sangat mengingatkan saya supaya untuk terus berusaha dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Jadi, ia peringatan kepada saya untuk berusaha sentiasa dan mencari keberkatan. Keberkatan dalam hidup tu sangat penting.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2019 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 6-12-2019 06:16 PM

Ha...ha...kelakar kau boolat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2019 06:34 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 6-12-2019 06:31 PM
Ha...ha...kelakar kau boolat

hasil tunjuk ajar modngengade..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak rasa hasanah.. Aku rasa betul.

Kalau kita asyik dok anggap org lain hasanah.. Maka kita x nampak kebaikan dlm setiap cerita.

Sungguh pun hati aku hitam berkarat.. Tapi aku tak suka buruk sangka pada cerita kebaikan yg ditulis.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru betul-betul hasanah pada istilah Arab
Hasanah is kebaikan/pahala for direct translation

Hasanah istilah forum merujuk kepada kadar sukuk humblebrag
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau oku mmg susah sikit cRi kerja
Sekurangnya dia cari kerja juga kan
Biawak.hidup mintak topup kat bini patut bunuh diri je ..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Upgrade sikit la. Guna i sebagai kata ganti diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei ni bukan hasanah.denise ni junior sekolah aku.alamak kantoi la plak nnti org tau aku sape.kikikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 1.056887 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list