Haikal Omar memuat video pengalaman yang ditempuh sendiri dalam satu majlis akad nikah yang dihadirinya baru-baru ini.
“Hendak guna telefon tu boleh. Tapi janganlah buat macam ini pada kami.
“Moment pengantin itu untuk kami persembahkan dalam bentuk video. Jadi macam ni, tak tau la hendak kata apa,” katanya.
Beliau berkata biarpun tripod sudah ditinggikan namun keadaan itu tidak diendah pemilik telefon meskipun tahu ada kamera di belakangnya.
Lantas teguran diterima Haikal daripada Norardilla yang berpengalaman mengurus majlis perkahwinan, mencadangkan Haikal perlu membuat
pengumuman sebelum majlis agar tugasan mengambil video menjadi lebih lancar.
“Selama jaga majlis kahwin, kebanyakkan orang buat macam tu, sebab tak nak orang ganggu jurufoto mereka. Jadi amaran awal-awal. Kita bayar jurufoto bukan mereka,” tulis Norardilla.
Rata-rata yang melihatkan ciapan tersebut memberi maklum balas berunsur usikan agar Haikal tidak terlalu tertekan memikirkan tugasan berbayar itu.
“Bisik kat tok kadi, minta maaf tok, tunggu sekejap. Pastu cubit dia, suruh tepi sikit jangan kacau orang buat kerja.
“Dengan sopan, tapi cubit,” usik Rafidatul Aishah.
Sementara itu, penerbit TV Al-Hijrah juga berkongsi pengalaman sebagai orang media yang sering berhadapan situasi seumpama ketika membuat liputan.
“Kalau jurukamera media tengah buat liputan sidang media menteri ni, dah kena lepok dah telefon tu. Tak pun kena jerit “pakai telefon tepi sebelum aku pijak telefon tu!” kata Hanan Mohd Said, penerbit rancangan Assalamualaikum.
Dilihat isu terpencil, namun perkongsian Haikal mendapat lebih 5,000 tanda suka dan dikongsikan lebih 8,700 kali.