CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2040|Reply: 17

Dah 13 Tahun iPhone Di Pasaran, Tiada Tanda Jatuh Pun, "Makin Naik Adalah&q

[Copy link]
Post time 29-1-2020 11:17 AM | Show all posts |Read mode




Siapa sangka telefon pintar iPhone boleh menguasai dunia?



Pada permulaanya, jenama Apple sekadar mahu menjadi alternatif kepada telefon bimbit lain. Sehinggalah pengasasnya, Steve Jobs membeli syarikat FingerWorks yang memfokuskan kepada skrin sentuh membuatkan Apple berfikir teknologi kecerdasan buatan ini penting kerana ia adalah revolusi baharu buat telefon bimbit sekaligus mengubah kehidupan manusia.


twitter




iPhone kali pertama dilancarkan pada 10 Januari 2007, hasil cabaran Steve Jobs kepada Tony Fadell dan Scott Forstall membangunkan teknologi mengenal pasti jenis sentuhan yang ada pada masa kini.


Masalahnya ketika itu Apple sebenarnya masih belum mendapatkan kelulusan dari badan berwajib disebabkan Steve Jobs khuatir produk mereka bocor sebelum dilancarkan. Tidak hairanlah jualan telefon pintar pertama ini lewat 5 bulan di pasaran selepas pelancaran setelah diluluskan oleh pihak berwajib.







Twitter



Lebih menarik ialah Apple mengharapkan iPhone menguasai 1% sahaja pasaran kerana ketika itu dunia sudah dikuasai oleh dua telefon bimbit gergasi iaitu Nokia dan Blackberry (RIM).



Google




Akan tetapi pada suku keempat tahun 2007, Apple mencanak naik dengan berada di kedudukan ketiga iaitu penguasaan pasaran sebanyak 6.5%, manakala Nokia dan RIM berada di kedudukan pertama dan kedua dengan mencatat 52.9% dan 11.4% (Sumber analyst)



Teknologi sentuh skrin ini membuatkan penerimaan pengguna pada telefon pintar pelbagai jenama terus meningkat namun masih tidak dapat mengatasi kehebatan iPhone itu sendiri.





Walaupun harganya mahal dan saingan dari pesaing yang lebih murah, iPhone masih mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengguna Malaysia.



Google




Sudah 13 tahun iPhone berada di pasaran  dan setakat ini tiada tanda- tanda untuk jatuh walaupun sebelum ini ia berdepan dengan kritikan dari peminat setia mereka. Ini kerana teknologi mereka sentiasa ke hadapan dan nilai eksklusif yang dirasai oleh penggunanya sendiri membuatkan telefon pintar ini semakin kukuh. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Iphone xjatuh sebab dino beli setiap minggu satu trolly
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa mula2 iphone nak kenalkan kat Malaysia.. Depa ada buka kaunter kat Intel.. Hahaha.. Aku masa tu aku wowwww
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:59 AM | Show all posts
mampu tgk je
jenama samseng je mampu beli
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:59 AM | Show all posts
Statement menyedapkan hati je ni.. Jenama lain pun naik gak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:08 PM | Show all posts
Pengguna iphone ni lebih kepada nak show of je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2020 01:15 PM | Show all posts
Setiap kali ada model baru diperkenalkan pasti tinggi harganya tak kira apa jenama pun.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:26 PM | Show all posts
dengar2nya next iphone bakal guna android.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai iphone tapi nak setup email pun tak reti baik takyah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 02:48 PM | Show all posts
no komen....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 03:20 PM | Show all posts
Dah dua tahun iouls pakai henpon cap kipas berharga bawak RM1000. Helok je noks walaupon anak iouls dah campak2 merata. Ex-boss iouls lagi sempi, masih kelek blackberry lama dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 03:23 PM | Show all posts
teringat dulu gi beratur panjang kt maxis ttdi first day nak dptkan iphone 3GS ..
smpai skrang masih pakai iphone walaupon tukar hanya lah 3 tahun sekali ... tak mampu nak tukar setiap tahun .. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mamatz19 replied at 29-1-2020 03:23 PM
teringat dulu gi beratur panjang kt maxis ttdi first day nak dptkan iphone 3GS ..
smpai skrang masi ...

Samalah. Ip6 ni dah 5tahun. Masih lg duk guna.storage pun dah full. Nk kena upgrade storage., kdg geram jgk sbb dah slow tp tulaaa,xmmpu nk tukar tiap2 siri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai handphone biasa yg baling byk Kali tak rosak lebih bermakna utk Aku..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2020 10:22 AM | Show all posts
x nak la tukar2 ...just update ios jeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2020 04:48 PM | Show all posts
iphone 12 gais gais
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
soalan noob ni, kalau sampai satu masa certain ios hanya dibenarkan upgrade utk certain model je, so lama2 jadi obsolete la kan apps2 mcm WA, insta, fb

ios dah tak boleh nak upgrade dah so tak boleh update apps. Boleh pakai utk surf net and other basic thing je la kan?

Ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
husna_amal replied at 29-1-2020 01:08 PM
Pengguna iphone ni lebih kepada nak show of je.

Terusss aku teringat pada mamat yang boleh tahan suka menunjuk ni. Di amiknye gambo anak dia (guna phone bini) tengah makan kat kedai sambil tengok phone (iphone bapaknye) dengan posisi yang sangat jelas untuk tunjuk kamera iphoneX tu dan ada orang komen "gambar seribu makna" haha. Baikkk punya sarcasm. Kerja biasa biasa aje oiiii. Bukan professional pun. Engineer dan manager atas dia pun hidup bersederhana jah. Heols pandai carik duit la tapi, side income bagai.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056026 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list