CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

[ILMU MUDAH]: COVID-19 / nCoV-2019 / CORONAVIRUS: Apakah ia, secara ringkas

[Copy link]
 Author| Post time 16-3-2020 12:11 AM | Show all posts
adila39 replied at 13-3-2020 10:54 PM
Terima kasih diucapkan kepada semua petugas kesihatan yang menggalas tanggungjawab besar ini tidak k ...

terima kasih adila
sebok disini kerana urusan covid ni hah
byk gak docs yg kena isolate kerananya

awak pon makse sure keep safe di kl tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2020 12:13 AM | Show all posts

terima kasih ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
imagine kalau pakai gini.. panass..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 15-3-2020 04:11 PM
terima kasih adila
sebok disini kerana urusan covid ni hah
byk gak docs yg kena iso ...

ye la. Faham. And you too jaga diri tau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya berminat nak tahu conclusive findings kenapa covid-19 menyebabkan low to mild effects to children vs severe in elderly.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 17-3-2020 05:58 AM
syadq replied at 16-3-2020 11:55 AM
Saya berminat nak tahu conclusive findings kenapa covid-19 menyebabkan low to mild effects to childr ...


Terdapat 2 teori yang menerangkan sebab di sebalik peningkatan jumlah kes dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak.

Risiko kematian pesakit Covid-19 meningkat mengikut usia

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) di China, dalam kalangan 44,672 pesakit, hanya 416 merupakan kes Covid-19 pada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

Jumlah tersebut merangkumi 0.9% daripada jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif.

Memandangkan Covid-19 mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, sukar untuk kita tentukan jika kanak-kanak yang terdedah mempunyai jangkitan tersebut atau tidak.

Ni article dari The FMT :

Tambahan pula, terdapat individu yang dijangkiti oleh Covid-19 namun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Dalam situasi ini, penyebaran virus boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa disedari oleh pembawa virus.

Bagi individu berusia di antara 10 hingga 19 tahun, kes kematian Covid-19 pada kanak-kanak hanya melibatkan seorang daripada 549 kes yang didiagnosis.

Seperti jangkitan lain, kadar kematian bagi mereka yang dijangkiti meningkat mengikut usia individu.

Mereka yang berusia 40 tahun ke bawah mempunyai kadar kematian kurang daripada 2%.

Apabila kita beralih kepada populasi yang berusia di antara 60 hingga 79 tahun, risiko kematian meningkat secara mendadak kepada 30%.

Konsepnya mudah sahaja.

Semakin lemah sistem pertahanan badan seseorang itu, semakin berisikolah mereka untuk mendapat jangkitan serius Covid-19.

Persoalannya, mengapa Covid-19 pada kanak-kanak sukar berlaku walaupun mereka mempunyai sistem imun yang lemah?

Mengapa mudah sangat jumlah kes positif dalam kalangan orang dewasa meningkat?

Terdapat dua teori yang diusulkan oleh ahli akademik berkenaan dengan sebab kepada peningkatan jumlah orang dewasa yang mendapat jangkitan tersebut.

Teori 1 – Sistem imuniti semula jadi vs sistem imuniti penyesuaian

Sistem imuniti badan, secara mudahnya, boleh dibahagikan kepada 2.

Sistem imuniti semula jadi (innate immunity) menggunakan sel darah putih bagi membanteras kemasukan bakteria atau virus asing ke dalam badan.

Jika dibandingkan dengan sistem imuniti penyesuaian, ia dianggap sebagai satu sistem yang kurang efektif untuk melawan mikroorganisma berbahaya.

Sistem imuniti penyesuaian (adaptive immunity) merupakan sistem pertahanan badan yang dicipta berdasarkan pendedahan terhadap agen berbahaya.

Sebagai contoh, kemasukan virus ke dalam badan buat kali pertama menyebabkan terhasilnya antibodi spesifik kepada virus yang menyebabkan permasalahan tersebut.

Jika badan diserang oleh virus yang sama buat kali kedua, antibodi akan bertindak dengan pantas.

Apabila usia seseorang itu meningkat, sistem imuniti penyesuaian mereka lebih efisien berbanding dengan sistem imuniti semula jadi.

Ini berbeza dengan golongan kanak-kanak yang lebih bergantung kepada sistem imuniti semula jadi untuk membasmi kuman.

Mekanisme bagi kedua-dua sistem ini agak berbeza.

Oleh sebab Covid-19 merupakan virus baharu, penghasilan antibodi baharu akan mengambil masa yang agak lama.

Kesannya, orang dewasa dan golongan tua lebih terdedah untuk mendapat jangkitan virus tersebut.

Bagi golongan kanak-kanak pula, hampir kesemua virus dianggap sebagai virus baharu.

Sistem imuniti semula jadi akan bertindak ke atas semua jenis jangkitan dengan menghantar sel darah putih sebagai agen pembasmi kuman utama.

Kesannya, kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan

Teori 2 – Pembawa Covid-19 dalam diam
Oleh sebab kanak-kanak jarang mendapat jangkitan, mereka boleh menjadi perumah kepada virus korona sebelum menular kepada individu lain.

Virus Covid-19 (termasuk dengan subjenis lain) merupakan virus yang lazim menjangkiti kanak-kanak menyebabkan simptom selesema.

Lebih parah lagi jika kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom.

Ibu bapa tidak akan membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya tiada tanda yang menunjukkan mereka dijangkiti.

Ini menjadikan mereka penyebar virus utama kepada orang dewasa terutamanya golongan berisiko tinggi.

Ini termasuklah orang tua, penghidap penyakit kronik dan mereka yang mengalami masalah sistem imun badan lemah.

Menurut Dr Malik Peiris, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Universiti Hong Kong, kanak-kanak masih boleh mempunyai jangkitan tersebut.

Namun mereka tidak sakit atau mengalami simptom berkaitan dengan jangkitan itu.

Oleh sebab perkara ini masih lagi baru, kajian lanjut perlu dijalankan bagi membuktikan keberkesanan kedua-dua teori yang dikemukakan.

Kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan.

Namun, mereka mampu menyebarkannya kepada individu lain sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

Terapkan amalan mencuci tangan secara kerap dalam kalangan anak-anak anda dan pastikan mereka mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya disyaki mengalami jangkitan.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Harap membantu. Artikal lanjut boleh email ke [email protected]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2020 08:14 PM | Show all posts
salam doc epis.

apa pendapat doc pasai corona ni.. adakah senjata biologi?
utk melumpuhkan ekonomi sesuatu negara.

sebab china/amarika/rusia kan tgh cuba nak jadi kuasa terbesar dunia.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 10:25 AM | Show all posts
Jom jaga kebersihan gais, jgn laa ambik ringan , duduk je la rumah, jgn degil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2020 02:02 PM | Show all posts
Ambik langkah berjaga - jaga, ni ha nak share boost app ada bagi life insurance for covid 19. Boleh la tgk - tgk mana yg takde insurans lagi tuh. Kena cepat tapi... ade limit tuu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:38 PM | Show all posts
Ade kedengonye coid nie menurunkan fungsi paru - paru sebanyak 30% walaupun dah sembuh... betul tk?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 11:38 PM | Show all posts
shadajie replied at 26-3-2020 02:02 PM
Ambik langkah berjaga - jaga, ni ha nak share boost app ada bagi life insurance for covid 19. Boleh  ...

Ade nampak ritu, tapi aku dah pakai insurans, tak pe lah buat kumpul coins je... Cukup redeem cashback.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2020 04:45 AM | Show all posts
syadq replied at 16-3-2020 07:55 PM
Saya berminat nak tahu conclusive findings kenapa covid-19 menyebabkan low to mild effects to childr ...

ha si adilla dah jawab tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2020 04:47 AM | Show all posts
bellaa replied at 21-3-2020 08:14 PM
salam doc epis.

apa pendapat doc pasai corona ni.. adakah senjata biologi?

waalaikumussalam
bukan senjata lah bella
just a mutation yg berlaku setiap saat semasa virus tu dicopy
setiap kali dicopy, ada je yg rosak DNA / RNA nye
mati la, tak kembang la etc etc
tapi lama2 if unlucky ada je yg sustained
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2020 04:54 AM | Show all posts
fidra replied at 26-3-2020 11:38 PM
Ade kedengonye coid nie menurunkan fungsi paru - paru sebanyak 30% walaupun dah sembuh... betul tk?

tak sure lagi complications dan long term outcomes nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2020 04:56 AM | Show all posts
saya penat doh
10 dah docs kitorang out
sikit je tinggal docs yg nak jaga semua patients
speciality structure sebelum ni dah collapsed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.106579 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list