CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3077|Reply: 12

Arthritis

[Copy link]
Post time 26-2-2020 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by energyhealer77 at 26-2-2020 08:27 PM

Pengenalan


Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

  • Kerosakan Sendi
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit yang diwarisi
  • atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

OSTEOARTHRITIS(OA)

  • Jenis yang paling lazim dihidapi
  • Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan
  • Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua
  • Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
  • Menjadi lebih sakit di penghujung hari

RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)

  • Lebih kerap dihidapi kaum wanita
  • Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
  • Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi
  • Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
  • Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.

ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN
  • Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman
  • Anda selalunya demam dan menggigil
  • Selalunya menyerang satu sendi sahaja
GOUT

  • Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi
  • Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur
  • Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki

Tanda-Tanda Arthritis

  • Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)
  • Sendi bengkak
  • Kekejangan sendi
  • Susah untuk bergerak seperti biasa
  • Sakit apabila bergerak
  • Perubahan kepada sendi
  • Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
  • Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthritis lutut
  • Sakit bila sekeliling sendi ditekan

Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis
  • Peningkatan usia
  • Badan terlalu gemuk:
    • bagi penyakit osteoarthritis lutut
  • Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis:
    • terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’
  • Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)
  • Kecederaan berat contoh bersukan
  • Mencangkung bagi osteoarthritis lutut
  • Pekerjaan:
    • Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh
    • Osteoarthritis punggung bagi peladang

Rawatan

  • Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi.
  • Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.

Langkah-langkah mudah untuk kesihatan sendi
  • Penghidap arthritis harus peka tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit tersebut
  • Kurangkan berat badan
  • Senaman sendi
  • Menjalani program senaman yang membolehkan sendi bergerak dengan lebih lancar dan otot menjadi lebih kuat.
  • Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang.

Perlindungan Sendi
  • Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya
  • Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi
  • Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil
  • Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi
  • Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.

Penahan Sakit

Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh digunakan semasa sendi sedang mengalami radang. Ubat-ubatan boleh diberi untuk disapu atau dimakan:
  • Ubat sapu contoh salicylate
  • Penahan sakit contoh paracetamol
  • Ubat anti- radang kerap diberi bagi meredakan sakit dan keradangan contoh bagi penyakit arthritis rheumatoid dan osteoarthritis
  • Bagi kes yang teruk, ubat boleh disuntik terus ke sendi yang sakit
  • Bagi arthritis rheumatoid, ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit (’disease-modifying anti- rheumatic drugs) juga diberi awal untuk mengelakkan kecacatan.

Menangani Tekanan
Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.
  • Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.
  • Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.
  • Seimbangkan rehat dan aktiviti

Pembedahan
  • Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan, pembedahan adalah salah satu jalan penyelesaian.
  • Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.

Pencegahan
  • Kurangkan berat badan- ini mengurangkan tekanan pada sendi
  • Kerap bersenam- senaman membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan
  • Makan makanan yang seimbang – mustahak untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout
  • Pelihara sendi anda- kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul . Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.

Bagaimana ubat alternatif selamat?
Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui. Mungkin ada interaksi dengan ubat-ubatan lain yang diambil dan ubatan alternatif. Ianya juga mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.

Bersikap positif
  • Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.
  • Walaupun arthritis adalah sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ianya boleh dirawat dan anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko untuk mendapat arthritis.
  • Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.
  • Menjadi ahli persatuan sepertiArthritis Foundation Malaysia dan Persatuan SLE Malaysia juga boleh membantu.


Semakan Akhir
:
26 April 2012
Penulis
:
Penyemak
:


Cut & Paste: energyhealer77



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 12:43 PM | Show all posts
kuman apa yang boleh menyebab kan Arthritis

macam mana nak check kalau kita ada Arthritis?

Thanks and good info... baru tau ada macam2 jenis
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 03:05 PM | Show all posts
intanazlynna replied at 27-2-2020 12:43 PM
kuman apa yang boleh menyebab kan Arthritis

macam mana nak check kalau kita ada Arthritis?

jika arthritis kita disebabkan oleh jangkitan kuman, ianya di panggil septic arthritis, dan ini agak berbeza dari arthritis laincontoh kuman yg cause septic arthritis ialah Staphyloccus albus, staphyloccocus aureus dan a few more

jika nk tahu ada arthritis ke tak, kena tgk symptoms kita..joint pains kat mana, bila sakitnya eg pagi2 atau2 bila after buat kerja etc.. kena ambik xray and some infalmmatory blood tests jugak. overall, jika teruk atau pelik, elok jumpa rheumatologist
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 12:35 PM | Show all posts
ipes2 replied at 27-2-2020 03:05 PM
jika arthritis kita disebabkan oleh jangkitan kuman, ianya di panggil septic arthritis, dan ini ag ...

Dr Ipes,

pada tahun 2018, saya telah di berikan antibiotic bernama Moxifloxacin by IV dan oral,


saya baca ada side effect moxi ni teruk, sekarang ni tapak kaki saya sakit, mula2 sakit sebelah kanan, lepas tu kiri pula, nak berjalan memang sakit, my eye sight pun kabur2


adakan saya ada masalah tendon akibat pengambilan moxi antibiotic?


saya baru lepas laparoscopy, selepas laps, berat badan naik dalam 10 kgs- adakah ini juga menjadi punya tapak kaki sakit?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 04:43 PM | Show all posts
intanazlynna replied at 28-2-2020 12:35 PM
Dr Ipes,

pada tahun 2018, saya telah di berikan antibiotic bernama Moxifloxacin by IV dan oral, ...

saya nak tanya lah.. you ada arthritis ke amik ubat ni?  
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2020 05:33 PM | Show all posts
intanazlynna replied at 28-2-2020 12:35 PM
Dr Ipes,

pada tahun 2018, saya telah di berikan antibiotic bernama Moxifloxacin by IV dan oral, ...

levofloxacin mmg boleh rosakkan sikit some soft tissues
yg diketahui umum ialah putusnya achilles tendon.. hadoiii ngeri

moxi adalah kazennya ie geng geng fluoroquinolones (FQ).. dikata mungkin boleh wat issue sama
tapi jika ada nerve damage, sbb ini pon dia boleh cause jugak, bleh la dpt symptoms mcm dikaki  tu

FQ ni dtg dgn warnings tau
kami tak guna unless really needed

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2020 05:34 PM | Show all posts
zafira replied at 10-3-2020 04:43 PM
saya nak tanya lah.. you ada arthritis ke amik ubat ni?

tu antibiotics jetakdiguna utk arthritis
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 10:23 AM | Show all posts
ipes2 replied at 10-3-2020 05:33 PM
levofloxacin mmg boleh rosakkan sikit some soft tissues
yg diketahui umum ialah putusnya achilles ...

itu lah, saya lepas buat hystreocopy pun di berikan cipro ( beberapa dose )

lepas tu saya google nama2 antibiotic tu, memang toksin dan ramai yang merana hidup nya

adakah saya salah seorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2020 10:25 AM | Show all posts
zafira replied at 10-3-2020 04:43 PM
saya nak tanya lah.. you ada arthritis ke amik ubat ni?

tak ada ( mungkin ) , tak sure baru nak baca2
saya ada medical condition yang lain

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 10:56 AM | Show all posts
ipes2 replied at 10-3-2020 05:34 PM
tu antibiotics jetakdiguna utk arthritis

ok noted doctor.  

Doctor... saya nak tanya ni... saya rasa tak sihat lately...nak bangun punya seksa sebab badan sakit, otot sakit, semuanya sakit... bila buat blood test ESR saya rendah... camne tu? Enbrel pun dah jab last month...


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 03:57 PM | Show all posts
intanazlynna replied at 11-3-2020 10:23 AM
itu lah, saya lepas buat hystreocopy pun di berikan cipro ( beberapa dose )

lepas tu saya googl ...

cipro dan lain2 FQ nyer types of antibiotics, adalah sgt berguna dan sgt kuat
kami guna pada masa2 tertentu aje
mahal pon

sy agak (agak lah), awak punya symptoms tu mungkin tak lah 100% dari FQ tadi
tgk2 lah dulu
dinegara ini, bila google je FQ, ini yg top top skali kluar
jadi awak faham2 lah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 04:00 PM | Show all posts
zafira replied at 11-3-2020 10:56 AM
ok noted doctor.  

Doctor... saya nak tanya ni... saya rasa tak sihat lately...nak bangun punya ...

alhamdulillah ESR dah turun
biasanya, tinggi ke?
harap tak lah melampau sgt ESR dan pain score

embrel ie etanercept ie TNF-inhibitor ni, agak melemahkan jugak, kan?
sabarlah
nk tanya: berapa kos satu jab? sure mahal woo.. sini kemain mahal
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 08:57 AM | Show all posts
ipes2 replied at 13-3-2020 04:00 PM
alhamdulillah ESR dah turun
biasanya, tinggi ke?
harap tak lah melampau sgt ESR dan pain score

Jab enbrel kat sini pun mahal dalam RM2k per jab... ada sekali tu saya kena jab every 2 weeks... lps tu saya malas jumpa doktor every time saya sakit... saya jumpa doktor locum di hospital yang sama...  doktor tu jab painkiller aje... seperti biasa memang tak jalan ubat tu.. after 2 months saya jumpa doktor saya balik... terus  admitted... masuk 5 hari ...Ni tak sihat balik... so last friday pi jumpa doktor balik... sekali CRP 10, ESR 29... tension ooo doctor... dengan lutut sakit.. so kena enbrel lagi kat perut  & jab steroid kat joint ligament kat lutut.  Yang kat lutut tu dah lama sakit..like forever... buat ultrasound, letak hotpack pun tak jalan... ni tambah lagi dgn baker's cyst.. baker's cyst ni nak kena refer to orthopedic pulak...  macam2..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.067306 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list