Lebih 100 orang dilihat berhimpun di hadapan sebuah premis yang dipercayai ada membuat agihan barangan keperluan makanan oleh sebuah syarikat kosmetik di Jalan Dato Keramat, Tumpat, Kelantan.
Ini berikutan tindakan seorang individu yang dipercayai pengusaha syarikat kosmetik mengagihkan barangan keperluan harian di situ.
Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook
Situasi itu jelas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung dan ini memaksa pihak berkuasa menyuraikan perhimpunan itu.
Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook
Ketua Polis daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata inisiatif mana-mana individu untuk membantu golongan memerlukan dengan mengagihkan barangan asas dalam tempoh PKP ini dialukan namun perlu dibuat mengikut saluran yang betul.
Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook
"Terdapat wakil pemimpin di setiap daerah yang boleh dijadikan wakil untuk penyerahan itu sekaligus orang ramai patuh akan PKP. Pengagihan barangan boleh dibuat dengan cara yang betul," katanya menurut laporan Harian Metro.
Warga maya turut bersimpati dengan penduduk kawasan tersebut yang berkemungkinan telah terputus bekalan makanan tetapi menyelar kaedah pengasas produk memberi sumbangan.
Kredit foto: Facebook Harian Metro
Namun, ada komen menyatakan bahawa pengasas produk berkenaan telah mengikut prosedur ditetapkan namun keadaan menjadi tidak terkawal usai pengagihan sumbangan bermula sehingga terpaksa meminta pertolongan pihak berkuasa menyuraikan perhimpunan itu.
Kredit foto: Facebook Harian Metro
Pengasas produk turut menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku menerusi F@cebook beliau.
Kredit foto : Facebook Farhana Zahra
Pengagihan sumbangan terpaksa dihentikan kerana keadaan telah bertukar menjadi perhimpunan. Sedangkan pada peringkat awal hebahan sumbangan, Farhana meminta bakal penerima datang mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Namun, keadaan menjadi tidak terkawal di mana orang ramai tidak mengikut peraturan sehingga Farhana terpaksa memberhentikan agihan tersebut. Pihak berkuasa terpaksa menyuraikan keadaan.
Teringat pula warga Jepun yang kekal berdisiplin beratur dengan baik semasa mendapatkan stok makanan dan keperluan ketika bencana tsunami melanda dulu.- CARI |