|
Pengusaha2 di Terengganu boleh menjalankan perniagaan dengan lebih sempurnalah kalau kita tukar ke bil ni. Terutamanya penduduk yang mempunyai perniagaan keluaran tempatan yang penting, lagi2 set2 kita yang niaga batik Ganu ke, tak pung songket, kraf kayu dan tembaga. Caj untuk perkhidmatan kedua - dua utiliti, air dan pembentungan digabungkan dalam bil bersepadu yang bermula pada 1 Januari 2020. Terengganu jadi negeri pertama yang gunakan bil bersepadu ni untuk mudahkan proses pembayaran caj perkhidmatan air dengan pembentungan. Perkhidmatan akan mula dengan 20,661 penduduk yang mewakili 7 peratus daripada keseluruhan pemilik akaun pembentungan di Terengganu. Akaun-akaun ni tertumpu dekat kawasan pusat bandar dan pinggir bandar. Kalau keluarkan bil macam ni, bukan saje kita boleh jimat kertas, ye dok. Ye lah, apa salahnya kan ada sistem baru macam ni. Ni salah satu daripada inisiatif kerajaan nak tolong kita selaraskan hal gini. Jadi moh le kita baki sokongan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|