View: 1777|Reply: 10
|
Duit Habis, Tekad Jalan Kaki Balik Kampung
[Copy link]
|
|
Edited by nazzse at 27-4-2020 05:57 PM
"SAYA nekad pulang ke kampung semalam kerana sudah kehabisan wang untuk meneruskan hidup di Shah Alam," kata Muhamad Noor Ramlee.
Muhamad Noor, 29, memberi reaksi itu ketika ditanya tujuannya berjalan kaki pulang ke kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan.
Kisah itu mendapat perhatian selepas Muhamad Noor berkongsi pengalamannya berjalan kaki menerusi hantaran dan aplikasi Live di Facebook (FB), hari ini.
Bercerita lanjut, bapa tiga anak itu berkata, dia bekerja sebagai tukang masak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam serta tinggal di asrama disediakan majikan di Seksyen 7.
Namun, dia mengambil keputusan pulang kerana tidak mampu menyara diri dan nekad ke Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS), semalam, berbekalkan wang RM100 yang ada disimpannya.
"Sebaik tiba di TBS, saya dimaklumkan tiada tiket bas menghala ke Pantai Timur dijual dan ikutkan mahu bermalam di terminal saja tetapi tidak dibenarkan pihak pengurusan.
"Jadi, saya ambil keputusan membeli tiket bas ke Gopeng, Perak dan bertolak jam 6 petang sebelum tiba jam 9 malam.
"Namun, saya hanya memulakan perjalanan pulang ke kampung dengan berjalan kaki pada jam 7 pagi tadi bermula dari Pusat Transformasi Luar Bandar Gopeng, Ipoh," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Berkongsi pengalaman, Muhamad Noor berkata, dia cuba menahan kenderaan termasuk lori untuk mendapatkan bantuan pulang ke kampungnya.
Bagaimanapun, katanya, tiada yang berhenti untuk menumpangkannya.
Malah, Muhamad Noor berkata, keluarga terutama isterinya, Siti Noor Fateng Sefeai hanya mengetahui tindakannya itu selepas dia memuat naik hantaran dan berkongsi pengalaman di FB.
"Mulanya isteri tidak tahu tetapi dia ada menghubungi saya selepas menonton siaran 'Live' di FB kerana risau.
"Saya cuba menahan kenderaan tetapi tiada satu pun yang berhenti mungkin kerana mereka takut untuk menumpangkan saya.
"Walaupun lapar dan dahaga, saya cuba bertahan untuk berpuasa tetapi akhirnya terpaksa berbuka dengan minum air tengah hari tadi," katanya.
Menurutnya, dia berdepan dua sekatan jalan raya di Gopeng dan Ipoh namun tidak dikenakan tindakan.
"Setibanya di Gerik, ada sebuah lori berhenti dan mujurlah pemandunya sudi menumpangkan saya dan kami menyambung perjalanan selepas waktu berbuka tadi.
"Diharap saya dapat tiba di rumah malam ini.
"Ini kali pertama saya jalan kaki sejauh ini dan tidak sangka kisah ini mendapat perhatian ramai," katanya.
Sementara itu, isterinya, Siti Noor Fateng ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu suaminya nekad berjalan kaki sehingga melihat hantaran dan video di FB.
"Masa dapat tahu saya terus hubungi dia untuk mengetahui keadaan sebenar.
"Kemudian kami sekeluarga terus ke balai polis untuk memohon surat pelepasan bagi mengambilnya di Gerik.
"Namun, kami tidak mendapat keizinan dan pasrah, cuma berharap dia pulang dalam keadaan selamat," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber BH
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
KOTA BHARU: Akibat hilang pekerjaan sejak sebulan lalu dan dihimpit masalah kewangan, seorang lelaki nekad pulang ke kampung halaman dengan berjalan kaki membabitkan perjalanan lebih 400 kilometer (km) dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Lelaki berusia 20-an yang berasal dari Kampung Lawang, Jedok Tanah Merah itu dikatakan memulakan perjalanan sejak kelmarin selepas mendapati bas ekspres ke Kelantan di Bandar Tasik Selatan (BTS) tidak beroperasi, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lelaki itu menganggarkan perjalanannya mengambil masa tiga hari 20 jam untuk tiba di kampungnya sekiranya hanya dengan berjalan kaki.
Lelaki berkenaan yang dipercayai bekerja di Shah Alam pada asalnya mahu pulang mengikut jalan biasa iaitu Lebuhraya Karak, namun sesat sehingga melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan tiba di Ipoh, Perak petang semalam.
Tindakan nekad itu dikongsi sendiri oleh pemuda berkenaan melalui Facebook miliknya yang dikenali sebagai Matnoe Poksu Din.
Menerusi status yang dimuatnaik pemuda berkenaan, dia berjalan kali dari Kuala Lumpur sebelum berhenti tidur di Ipoh selepas sesat dan terlalu penat selain kasut yang dipakai juga terkoyak.
Lelaki berkenaan turut memaklumkan sepanjang perjalanan di Lebuhraya PLUS, dia cuba menumpang lori untuk menumpang balik, namun gagal.
Difahamkan, sebaik tiba di Ipoh, ada anggota bomba yang simpati dan mahu menghantarnya sehingga ke Gerik, memandangkan kisah pemuda berkenaan sudah tular di media sosial.
Lelaki itu turut memaklumkan pada jam 11 malam tadi, sebuah lori ayam dari Pulau Pinang turut membantu menumpangkannya dari Gerik ke Tanah Merah.
Difahamkan, lelaki berkenaan sudah tiba di kampungnya awal pagi tadi.
ementara itu, menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa memaklumkan suaminya mengambil keputusan untuk pulang selepas sebulan tidak bekerja.
"Suami aku buat kerja gila, jalan kaki balik kampung. Sekarang ni dalam perjalanan ke Gerik.
"Gila kepala memikir. Duduk Kuala Lumpur pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja kan.. Tauke pun halau la dari rumah yang dia beri duduk tu. Duit pun tak ada nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki nak balik rumah," katanya menerusi status di Facebook. |
|
|
|
|
|
|
|
Contradict antara statement TT dgn post atas...dr TT mmg mention beliau beli tiket ke Gopeng,
press BH punye statement beliau nk guna jln karak tp tersesat ke ipoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-4-2020 12:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jengkoil replied at 28-4-2020 03:55 AM
Sumber BH
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
Kan, ada baca jgk tadi. Artikel ni drp Harian Metro. Tak tahu mana betul cerita asal. Logiknya klu pakai gps mcm mana boleh sesat dari kl sampai ke perak?? Sah2 ada papan takda di sepanjang highway tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dari berita awal, dia beli tiket bas ke gopeng ang mula jalan dr situ
I pun hairan, dr gopeng boleh ke jalan balik ke kelantan. Sikit punya jauh tu.
Kena lalu highway timur barat yg banyak gajah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib ler dah selamat sampai juga kerumah katanya |
|
|
|
|
|
|
|
balik dari sana lagi tinggi chances jumpa orang/kenderaan yg ke kelantan you since banyak barang keperluan kat kelantan ni dtg dari utara contoh ayam.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian betul.. kejam jugak taukeh dia halau keluar dgn x bagi saguhati sikit utk blk kampung. seb baik selamat sampai dah. cari kat kelantan je la awe oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kann..kejamnya tauke dia..
Kuat btul semangat dia..nasib selamat sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Metro make sense utk explain mcm mana beliau bleh smpi ke perak... cuma cara dia smpi tu dgn bas ke gopeng? biar betik? bas masih lg beroperasi?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|