12 Apps Android Yang Berguna Semasa Bosan
Ada tak yang selalu tak tau nak buat apa bila dah bosan sangat? Dah lah bosan lepas tu takde pulak internet, alamak… Jom bersedia untuk masa-masa bosan yang akan datang dengan apps yang boleh didapatkan di Google Playstore untuk pengguna telefon Android. Yang guna iPhone boleh check kalau Apple store ada 12 apps ni.
1. Eye Exercises – Eye Care Plus
Zaman sekarang ni ramai yang kecil-kecil dah rabun, apa lagi yang selalu menghadap laptop dan handphone kan? Kenapa tak gunakan smartphone anda dengan pintar? Download apps ni untuk membantu penglihatan anda dengan menggunakan pelbagai kuiz dan mainan.
2. Mystic Messenger
Siapa yang kenal Mystic Messenger ni? Ramai tak yang tau Mystic Messenger? Tahun lepas MM ni agak popular di kalangan peminat anime dan cosplayer. Kenapa? Sebabnya? Anda boleh cuba game ni untuk mengetahui sebabnya!
3. What if..
What if……. Apa akan jadi jika……. Ramai tak yang selalu tanya soalan macamni dengan diri sendiri? Sekarang anda boleh guna apps ni untuk menanya diri anda soalan yang anda tidak pernah terfikir! Lepas tu undi la yes or no dan ketahui berapa ramai orang yang setuju dengan anda! 4. Miss wind
Miss Wind nigame yang amat menenangkan. Siapa yang tengah bosan atau geram boleh cuba aplikasi ni sebab lagu background dia memang menenangkan dan juga art dia yang sangat lawa.. Ni memang apps yang sesuai untuk orang yang bosan dan tak nak jadi makin geram.
5. Viridi
Aplikasi ni pun best juga waktu tengah bosan, buka je aplikasi ni anda boleh menanam tumbuhan anda sendiri dan anda tidak perlu sentiasa menjaga aplikasi ni. Waktu bosan je buka dan main lah sehingga anda bosan lagi hahaha!
6. Paper Planes
Aplikasi yang membenarkan anda untuk membuat kapal terbang menggunakan smartphone anda lepas tu anda boleh menerbangkan kapal terbang anda! Jangan terbuang phone tau semasa menerbangkan kapal terbang anda. Anda juga boleh menangkap kapal terbang daripada orang lain! 7. Wattpad
Yang minat membaca pasti tahu apps ni kan? Apps ni amat popular dikalangan pembaca disebabkan banyak buku-buku yang menarik dalam apps ni dan semua percuma! Lepas tu anda boleh baca buku ni online ataupun download buku yang anda nak dan baca offline tanpa sebarang gangguan. 8. ColorMe: Adults Colouring BookTahun lepas coloring book for adult memang popular kan? Tau tak ada apps untuk mewarna? Anda tak perlulah nak membeli buku coloring yang mahal tu! Download je apps ni dengan percuma dan anda boleh membawa coloring book ni ke mana-mana sahaja!
9. Pointless Button THE BUTTONING
Siapa yang memang dah bosan sangat tu, ni ha sesuai untuk anda. Anda tekan lah butang ni seberapa banyak kali yang anda nak, lepas tu anda dapat kumpulkan markah dah naik ranking. Siapa yang boleh tahan main game ni, saya respect la… Saya tak boleh main game ni. 10. Curiosity – Get Smarter DailyBosan tapi tak nak buang masa? Ni apps untuk anda! Anda boleh melayari “blog” atau artikel dalam aplikasi ini dan menambah pengetahuan anda semasa anda bosan. Banyak fakta yang menarik anda akan pelajari daripada aplikasi ni. Jangan percaya bulat-bulat tau! Try google dulu untuk pastikan. 11. TreadmillAnda ada tak rakan-rakan yang selalu cakap jari dia dah lah pendek, lepas tu gemuk pula tu, tak lawa lah jari dia. Ada tak? Saya kenal dua orang macam tu! Ni apps yang sesuai untuk mereka! Cepat-cepat bagitau mereka apps ni, nanti masa bosan bolehlah exercise jari dia yang pendek dan gemuk jadi kurus! 12. Bored Button
Anda dah cuba semua 11 apps kat atas? Ni apps jika anda memang dah bosan nak mati. Dengan satu butang sahaja anda dapat mencuba pelbagai aplikasi yang akan membantu anda untuk tidak menjadi bosan. Harap-harap siapa yang download apps ni dah tak bosan ataupun dah jumpa benda yang lebih berfaedah..
10 Aplikasi Yang Sangat Berguna Bagi Pengguna Android Setelah operating-system Android diperkenalkan pada tahun 2008, ia menerima sambutan yang hangat hingga ke hari ini dan mampu bersaing dengan keluaran Apple, iaitu iOS. Sejak akhir 3 tahun ini, pengeluaran telefon pintar Android semakin rancak dengan syarikat besar dari China iaitu Huawei, Xiaomi dan Vivo yang bersaing kuat dengan Samsung. Aplikasi adalah sebuah perisian yang mempunyai fungsi-fungsi tersendiri untuk membantu pengguna. Oleh yang demikian, banyak developer telah membangunkan aplikasi yang terbaik untuk pengguna Android serata dunia. Maka, marilah kita ketahui 11 aplikasi yang sangat berguna kepada setiap individu yang mempunyai peranti Android ini. 1. VPNVirtual private network (VPN) ialah teknologi yang mewujudkan sambungan yang selamat dan encryption ke atas rangkaian yang kurang selamat iaitu internet. Untuk menjaminkan keselamatan, data anda akan melalui tunnel yang selamat dan keselamatan pengguna VPN akan terjamin, khususnya daripada penggodam, kerajaan dan bos syarikat. Bukan itu sahaja, VPN ini akan menjaga privasi anda sepanjang melayari internet. Namun, anda mestilah menggunakan VPN yang mempunyai reputasi yang baik agar data maklumat anda tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mari baca 5 VPN terbaik yang percuma. 2. Clean Master & SD MaidKedua-dua aplikasi ini merupakan aplikasi yang paling wajib untuk dipasangkan pada telefon pintar Android anda bagi meningkatkan kelajuan telefon pintar. Clean Master berupaya untuk mengosongkan memori storan, meningkatkan performance sebuah peranti dan membersihkan virus. Bahkan, ia akan menjamin keselamatan dan privasi gadget anda. Tak guna Clean Master pun tidak menjadi masalah, kerana Android terkini selalunya hadir dengan aplikasi pembersihan yang disiap pasang.
Manakala SD Maid, ia akan membersihkan fail yang tertinggal apabila sebarang aplikasi telah dinyahpasang. Ia juga berupaya untuk buang fail yang tak berguna seperti logs, reports dan lain-lain. Untuk mencapai 2-kali ganda pembersihan, anda perlu root telefon Android anda supaya proses pembersihan oleh kedua-dua aplikasi ini lebih mendalam (di mana ia memerlukan akses root).
3. Google PhotosGoogle Photos merupakan galeri gambar daripada Google yang serba canggih. Ia dilengkapi dengan fungsi edit, filter, dan save-photo-to-cloud. Gambar anda akan disimpan secara automatik ke Google Drive dan anda boleh cari semula dengan mudah melalui Google Photos. Apa yang seronoknya, anda boleh mengurangkan storan telefon anda dengan fungsi cloud tersebut. Baca juga: 5 Perkara Menarik Mengenai Google Photos 4. Google DriveGoogle Drive, siapa yang tak pernah guna ? Pentingnya Google Drive ini untuk setiap golongan sama ada pelajar, guru, pekerja mahupun bos. Ia merupakan medium storan di awan yang percuma untuk digunakan dan selamat. Di samping menyimpan fail-fail penting, anda boleh menghantar URL fail tersebut yang boleh dimuat-turun kepada penerima. 5. ShareItShareIt merupakan aplikasi yang sangat berguna untuk proses perpindahan fail antara dua gadget – sama ada Android, iOS dan Windows. Dengan ShareIt, anda boleh transfer fail dan data sehingga 40x lebih laju berbanding Bluetooth dengan teknologi WiFi. Mudah sahaja sebenarnya Cara Menggunakan Aplikasi ShareIt. 6. System App RemoverSystem App Remover merupakan aplikasi yang sangat berkuasa untuk rooted phone. Apa yang dimaksudkan ialah anda boleh uninstall aplikasi sistem, pre-installed ataupun bloatware. Aplikasi-aplikasi ini kebanyakkan tidak berguna dan hanya menambahkan storan telefon anda – seperti Samsung App Store ataupun OneDrive. 7. MX PlayerJika anda penggemar movie dan drama, sudah pastinya anda akan menyukai MX Player. Hal ini kerana ia merupakan video-player yang sangat bagus dan stabil. Ia juga berupaya membantu anda menonton filem bersama subtitle, secara automatik ataupun manual. Anda boleh baca Cara Menggunakan Subtitle Dengan MX Player. 8. GO KeyboardBagi pengguna Android, anda mesti mahu install aplikasi Go Keyboard kerana ia dilengkapi dengan emoji dan boleh dihiaskan. Tapi, tahukah anda tentang kehebatan Go Keyboard yang anda tidak tahu ? Sebenarnya, aplikasi ini amat berguna untuk seseorang yang menggunakan telefon pintar sebagai medium untuk melakukan kerja-kerja. Ia akan mempercepatkan penaipan anda dengan fungsinya tersendiri. Ia boleh permudahkan proses copy dan editing dengan lebih mudah.
9. Google MapsAnda pasti tahu kan mengenai Google Maps? Ia merupakan aplikasi canggih untuk mencari sesuatu tempat atau lokasi. Apa yang menariknya, latest update membolehkan anda menggunakan Google Maps dengan Offline. Ini bermaksud anda boleh download sesebuah kawasan tertentu dan anda tidak perlukan sebarang internet data untuk kegunaan kemudian. Ia amat stabil dan sangat berguna. 10. LastPassLastPast merupakan pengurus-password anda dan boleh mencipta kata laluan yang kukuh. Segala informasi akan disimpan dalam vault dan menyimpan password untuk segala akaun media sosial anda. Penciptaan password yang kukuh boleh menghalang anda daripada digodam dengan mudah, bahkan mengambil masa beratus-ratus tahun. Anda takut lupa kata laluan? Gunakan LastPass dan ia akan kekal di sana. KesimpulanKesemua aplikasi tersebut amatlah berguna dan bermanfaat jika kita tahu cara penggunaannya. Kebanyakkan aplikasi yang dicadangkan adalah percuma dan selamat untuk digunakan. Dengan adanya teknologi yang disediakan oleh aplikasi-aplikasi tersebut, anda mampu meningkatkan gaya hidup anda. sumber
10 Aplikasi Yang Berguna Untuk Kehidupan Seharian Setiap hari, setiap cabaran yang kita akan hadapi. Sedikit demi sedikit kita tempuhi dengan kesukaran. Namun, setelah era telefon pintar muncul, kehidupan kita juga lebih mudah bukan?
Artikel ini akan memaparkan aplikasi yang berguna kepada kita untuk digunakan setiap hari. Malah, aplikasi yang dipilih ini semuanya percuma. Rugi kalau kita tak pakai kan? Teruskan membaca.
-------------------------------------------------------
ok.korang trylah mana berkenan..saya adalah suka
1 apps ios,taklah rajin try error segala apps,banyak
kerja lain boleh di buat lagi,hehe..apps youtube player
dia boleh playback masa kita guna apps lain2,malah
display off pun,lagu masih boleh playback, takat ni
dia macam premium youtube yang kita kena bayar
tu,supaya tak ada iklan bagai. cuma ini free punya
|