CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2465|Reply: 8

Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Denga

[Copy link]
Post time 2-10-2020 11:04 PM | Show all posts |Read mode



“Ajai, kau nervous ke? Tangan bergetar je dari tadi,” seloroh Farid dengan teman sekerjanya. Kalau anda perasan, memang kadang-kadang tangan kita akan bergetar, sama ada semasa membuat sesuatu ataupun semasa rehat.
Apakah punca sebenar keadaan ini dan adakah ia normal? Jom, artikel ini akan membantu anda memahami keadaan ini selanjutnya.'


Tangan bergetar dengan tremor, sama ke?







Tremor ialah pengecutan otot yang tidak disengajakan dan berirama yang menyebabkan getaran atau gegaran pada seluruh badan.
Secara umumnya, pergerakan ini mudah diperhatikan di bahagian tangan, tetapi boleh berlaku di lengan, kepala, pita suara, kaki dan seluruh tubuh.
Keadaan ini boleh berlaku secara berkala atau berterusan. Selalunya, ia berlaku dengan sendirinya atau berlaku akibat gangguan lain.
Tangan bergetar paling kerap berlaku pada orang dewasa pertengahan umur dan warga tua. Meskipun begitu, ia boleh berlaku dalam semua lingkungan umur. Pergerakan ini secara amnya mempengaruhi lelaki dan wanita sama rata.
Jangan risau, keadaan ini tidak membahayakan nyawa anda! Namun, sesiapa yang mempunyai keadaan ini akan berasa sukar bahkan mustahil untuk melakukan pekerjaan atau tugas seharian.


Punca tangan bergetar

Secara umumnya, getaran tubuh disebabkan masalah atau gangguan di bahagian otak yang mengawal pergerakan kita.
Sebilangan besar jenis getaran masih tidak diketahui puncanya, walaupun terdapat beberapa bentuk yang berkait dengan keturunan.


1. Getaran fisiologi

Sebenarnya, keadaan tubuh badan menggigil atau bergetar kadangkala ialah normal.
Contohnya, jika anda melunjurkan kedua-dua tangan ke depan, tangan anda pasti akan bergetar sedikit. Getaran ini boleh menjadi lebih ketara dalam sesetengah situasi seperti:
Kadang-kadang, getaran tubuh yang kita rasakan merupakan isyarat daripada badan yang menunjukkan bahawa anda memerlukan rehat, makan,  atau perlu mengurangkan kafein dan sebagainya.


2. Keadaan neurologi

Beberapa keadaan neurologi yang boleh menyebabkan tangan bergetar ialah:


a) Sklerosis berbilang

Ramai orang yang didiagnosis dengan keadaan ini akan mengalami sedikit getaran tubuh. Getaran sering berkembang apabila penyakit merosakkan sistem saraf pusat yang mengawal pergerakan.


b) Strok








Strok iskemia berlaku apabila terdapat gumpalan darah menyekat saluran arteri, yang menghalang darah untuk sampai ke otak.
Ini boleh mengakibatkan kerosakan berterusan pada laluan neurologi dan menyebabkan getaran.


c) Parkinson

Getaran merupakan tanda awal penyakit Parkinson. Biasanya, Parkinson terjadi pada orang yang berusia di atas 65 tahun.
Berbeza dengan tremor esensial, tangan penderita Parkinson akan selalu bergetar meskipun dalam keadaan rehat. Tangan bergetar akan menjadi lebih ketara semasa tekanan atau emosi yang kuat.


d) Kecederaan otak traumatik

Kecederaan fizikal pada otak juga boleh merosakkan saraf yang berperanan dalam mengkoordinasikan pergerakan tubuh. Tangan bergetar boleh berlaku apabila kecederaan mempengaruhi saraf tertentu.


3. Gangguan pergerakan

Salah satu gangguan pergerakan yang biasa dijumpai ialah tremor esensial. Faktor terjadinya tremor esensial masih belum diketahui sepenuhnya, tetapi saintis percaya ia berkait dengan genetik dan usia.
Getaran biasanya mempengaruhi kedua-dua belah badan, tetapi akan nampak lebih ketara pada tangan yang dominan.


4. Kesan sampingan ubat-ubatan

Ubat-ubatan tertentu juga boleh mengakibatkan getaran termasuklah:

  • Sebilangan ubat penyakit lelah
  • Amfetamin
  • Kafein yang diambil berlebihan
  • Kortikosteroid
  • Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit psikiatri dan neurologi
Dapatkan nasihat daripada doktor anda jika anda mempunyai getaran akibat kesan sampingan ubat-ubatan sebelum berhenti mengambil ubat tersebut.


5. Keadaan psikiatri






Gangguan psikiatri yang kerap dikaitkan dengan tangan bergetar ialah kemurungan, kecelaruan keresahan, serangan panik atau gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD).
Gejalanya berbeza mengikut individu tetapi sering bermula secara tiba-tiba dan boleh mempengaruhi semua bahagian badan.
Getaran tubuh lebih ketara pada masa tekanan dan berkurang atau hilang sepenuhnya ketika tekanan berkurangan.


Masalah kesihatan lain yang berkait dengan tangan bergetar

Terdapat beberapa masalah kesihatan yang lain berkait dengan keaadaan ini seperti:
Konklusi

Walapun ia tidak membawa maut, tetapi keadaan ini boleh mengganggu kehidupan seharian anda.
Anda haruslah mendapatkan rundingan daripada doktor sekiranya keadaan anda semakin teruk dari masa ke masa atau mempengaruhi aktiviti harian anda.






Sumber : hellodoktor.com



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2020 11:29 PM | Show all posts
Kak ipar pernah kena bedah tangan sebab camni.le...good info
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg caffeine addicted tu yes bole bergetar jgk.. i pernah alami dn doc suggest krgkn kopi. I bercawan2 kopi sehari,now dh slow down ke 2 cwn dh xde simptom.sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu ciri hyperthyroid pun hand tremor jugak.

Hulurkan tangan lurus ke depan dan observe ada tremor/getar ke tak.

Bagi patient hyperthyroid yang dah terkawal, simptom ni kadang2 hilang
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Iol makan ventolin kadang2 jer tremors, kadang ok. Tapi kalau ambik caffien mmg lah tremors. Sambil tu amik iktibar mcm2 perkara {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mine is neurological
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2020 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
I no 1. Haritu tahan marah sangat sampai ketar2 tangan. Mesti orang tu ingat i takut kat dia. Padahal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang-kadang jadi jugak. Cholestrol tinggi so mmg simptom stroke agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2020 09:44 AM | Show all posts
Biasa nampak orang macam atlet yang dah lanjut usia kena penyakit parkinson ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.417578 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list