Malaysia - China setuju teruskan rundingan RGL PUTRAJAYA: Pertemuan dua hala Malaysia - China hari ini bersetuju untuk meneruskan rundingan membabitkan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) antara kedua-dua negara bagi memudahcara pergerakan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan lawatan rasmi. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ketika pandemik COVID-19 kelihatan seperti tiada pengakhiran, adalah penting supaya kedua-dua negara merancang dan berbincang lebih awal.
|