CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: sarah82

Shroud of Turin

[Copy link]
Post time 24-10-2020 02:48 PM | Show all posts
sarah82 replied at 18-10-2020 05:18 PM
Aku ada tempek depan2..ttg latest kajian berdasarkan kesan2 luka pada kain ni..

Vatican masih  ...

Ooo belum dapat dibuktikan rupanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ivysaur replied at 24-10-2020 02:48 PM
Ooo belum dapat dibuktikan rupanya.

Belum.. Ikut karbon dating. Kain ni dihasilkan pada abad 11 @ 12 Masihi.. 1100 tahun selepas Jesus Nazareth disalibkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Geoffroi de Charny ni melalui sumber2 pembacaan aku adh seorg kesatria(knight). Tiada rekod bgmana atau dr mana de Charny ni memperoleh kain ni mahupun keberadaan kain ni spjg 1300 thn sejak pengebumian Jesus di luar Jerusalem.

Menambah kpd tulisan Sarah mengenai kisah ketulenan shroud ni -  Setlh gereja Lirey mempamerkn kain tsb, ia mula menarik ramai pengunjung & juga memperoleh wang yg byk. W/bgmanapun, ramai ahli penting gereja masih ragu2 akan ketulenan kain tsb. Sekitar 1388, Pierre d'Arcis, bishop of Troyes, France, menhtr satu laporan kpd Pope Clement VII mendakwa seorg artis tlh mengaku memalsukan kain tsb. Tmbh d'Arcis, ketua gereja Lirey tahu yg ia adh palsu namun masih menggunakannya utk mengumpul wang. Pope seterusnya mengisytiharkn kain tsb bknlah kain pengebumian Christ yg sbnr. Namun, menurut beliau, gereja Lirey boleh terus mempamerkn kain tsb jika ia mengaku bhw kain tsb adh icon agama buatan manusia & bkn sbg tinggalan sejarah. Kini, Pope Francis masih menggambarkan nya sbg icon.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni aku tmbh sedikit detail psl Marguerite @ Margeret de Charny yg Sarah ceritakan.

Pd 1418, ketika Perang Beratus Tahun (Hundred Years' War) hampir smpai ke Lirey, cucu perempuan Geoffroi de Charny, Margaret de Charny & suaminya menawarkn utk menyimpan kain tsb di istana mrk. Suaminya tlh mengeluarkn resit atas transaksi tsb mengakui bhw kain tsb bknlah kain pengebumian tulen Jesus, dan berjanji akan memulangkn kain tsb apabila keadaan kembali selamat. Bagaimanapun, Margaret kemudiannya enggan memulangkn kain tsb, sebaliknya, membawa nya merata, serta mewar-warkannya sbg kain pengebumian Jesus yg tulen. Pd 1453, Margaret de Charny menjual kain tsb dgn menukarnya dgn dua buah istana, kpd house of Savoy (yg kemudiannya tlh menaiki takhta di Itali). Sbg hukuman menjual kain tsb, Margaret tlh hidup dlm buangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 25-10-2020 11:48 AM
Ni aku tmbh sedikit detail psl Marguerite @ Margeret de Charny yg Sarah ceritakan.

Pd 1418, keti ...

Perghhhh.. Kira mmg suami margaret ni dah akui yg kain kapan ni bukan kain kapan Jesus.. Kiranya berpadanan la dgn hasil ujian carbon-14 dating. Tapi mcm biasa vatican masih tak menerima.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 25-10-2020 11:43 AM
Geoffroi de Charny ni melalui sumber2 pembacaan aku adh seorg kesatria(knight). Tiada rekod bgmana a ...

Pope Clement VII ni masa dia jadi Pope dia kena hadap mcm2 masalah.. Dan dia cuba satukan penganut kristian masa tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pd 1502, house of Savoy tlh menyimpan kain tsb di Sainte-Chapelle, Chambéry (skrg satu bhgian di France). Pd 1532, chapel tsb tlh terbakar. Kebakaran ini tlh menyebabkan bhgian perak di bekas yg melindungi kain tsb cair, dan bhgian ini tlh jatuh ke atas sebahagian kain tsb. Kesan terbakar & kesan air di mana api dipdmkan masih kelihatan sehingga kini (ni yg Sarah citer tu). Pd 1578, house of Savoy tlh memindahkn kain tsb ke Cathedral of Saint John the Baptist di Turin (yg kemudiannya menjd sebhgian dr Itali). Sejak itu, ia kekal berada di situ kecuali semasa Perang Dunia Kedua, bila Itali memindahkannya bg tujuan keselamatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 25-10-2020 11:55 AM
Pd 1502, house of Savoy tlh menyimpan kain tsb di Sainte-Chapelle, Chambéry (skrg satu bhgian di Fr ...

Itali tau walaupun Germany adalah sekutu tapi Hitler tengah gila cari barang2 yg dikatakan berkuasa utk dia jadikan simpanan.. Nanti aku translate tentang Spear of Destiny
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwln keselamatan utk shroud ni sgt ketat. Ia jrg dipamerkan kpd umum dan dipantau dgn kamera keselamatan serta dilindungi gelas kalis peluru. Tp bila dah ketat sgt, boleh menyebabkan komplikasi dlm sesetgh keadaan. Pd 1997, berlaku kebakaran di Cathedral of Saint John the Baptist. Pihak bomba terpaksa memecah empat lapisan gelas kalis peluru itu utk menyelamatkn kain tsb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 25-10-2020 12:02 PM
Kwln keselamatan utk shroud ni sgt ketat. Ia jrg dipamerkan kpd umum dan dipantau dgn kamera keselam ...

Salah satu sebab selain keselamatan.. Adalah sebab nak jaga artifak juga.. Ada sesetengah yg x boleh terdedah kepada udara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pd April 2020, Turin Archbishop, Cesare Nosiglia, mengumumkan dgn penularan covid-19 yg menyebabkan dunia terkesan, penduduk dunia boleh melihat Shroud of Turin ini secara online pd hr Easter. Pd hari Khamis sblm hari Easter 2020, Itali melaporkn sebyk 143,626 kes Covid-19 dan  18,279 kematian disebabkn virus ini. Archbishop Nosiglia berkata permintaan daripada ribuan orang utk melihat kain tsb semasa krisis global covid-19 memberi motivasi kpd beliau utk menyiarkn secara langsung gambar shroud ini, yg kali terakhir dipamerkan utk tontonan umum pd 2015.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 25-10-2020 11:51 AM
Perghhhh.. Kira mmg suami margaret ni dah akui yg kain kapan ni bukan kain kapan Jesus.. Kiranya b ...

Ada aku baca psl byk kajian saintifik ttg ketulenan shroud ni. Tp mls lak aku nk tulis sbb byk, kekeke. Yg hang dah tulis tu dah memadai
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 25-10-2020 11:57 AM
Itali tau walaupun Germany adalah sekutu tapi Hitler tengah gila cari barang2 yg dikatakan berkuas ...

Zaman Hitler toksah ckp la. Mmg byk harta karun dia weh. Paintings, relics. Menarik baca. Pergh, byk tajuk hang nk bukak best2 ni. Looking forward ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 25-10-2020 12:17 PM
Ada aku baca psl byk kajian saintifik ttg ketulenan shroud ni. Tp mls lak aku nk tulis sbb byk, ke ...

Nanti aku cari lagi tentang kajian yg depa buat..kajian carbon dating pun dah cukup kuat sebenarnya utk tunjukkan yg kain ni adalah palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 25-10-2020 12:05 PM
Salah satu sebab selain keselamatan.. Adalah sebab nak jaga artifak juga.. Ada sesetengah yg x bol ...

A'ah. Aku ada sorg member keje as curator/gallery manager. Nk menten sesuatu artifak tu byk keje, kena berhati2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.091749 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list