Edited by RosLinda111 at 25-11-2020 10:31 AM
Manfaat keakraban dengan China tanpa gadai kedaulatan
HUBUNGAN diplomatik antara Malaysia dengan China sudah dimeterai sejak 1974. Berpegang kepada semangat kesaksamaan, kepercayaan dan saling menghormati sepanjang 46 tahun, persahabatan dua negara ini sebenarnya mencoret sejarah kerjasama yang amat berjaya merangkumi pelbagai bidang.
China juga menjadi antara negara penyumbang sumbangan bantuan COVID-19 terbesar kepada Malaysia. Negara Tembok Besar itu turut menjadi negara pertama menghantar pasukan perubatannya ke Malaysia bagi membantu barisan hadapan kita memerangi COVID-19 dan melandaikan lengkungan penularan. Malaysia bukan negara yang gemar memilih kaedah ketenteraan, namun konsisten mengemukakan nota bantahan kepada negara yang kapal mereka menceroboh perairan negara.
Malaysia juga tidak akan melayan sebarang tuntutan pihak asing ke atas perairan negara. Jika dilayan, maka secara tidak langsung kita mengiktiraf tuntutan mereka. Justeru, melayan tuntutan tidak akan Malaysia lakukan sampai bila-bila.
|