Seramai 12 warga tempatan termasuk empat wanita ditahan reman selama 21 hari bermula hari ini di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 untuk siasatan kes sindiket Macau Scam yang membabitkan kerugian RM11 juta.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas menerima permohonan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 (1) POCA.