View: 901|Reply: 0
|
Berdebar Tunggu Keputusan Ujian Calitan
[Copy link]
|
|
“Sangat bimbang apabila mengenangkan emak di wad sendirian selepas dimasukkan ke hospital dan berdebar menanti keputusan ujian calitan kami sekeluarga yang dijangka keluar esok,”
Itu kata Madiana Misrol.
Kisah Madiana, mendapat perhatian selepas wanita itu berkongsi video ibunya, Jainap Abdullah, diambil petugas kesihatan di rumah dengan ambulans untuk dibawa ke Hospital Sungai Buloh,Selangor pada Jumaat selepas dijangkiti Covid-19.
Menurut Madiana, video itu sekadar dimuat naik untuk koleksi peribadi dan tidak menyangka ia mendapat perhatian warganet hingga tular di laman sosial.
Bercerita lanjut, Madiana yang menetap di Kampung Sungai Yu,Kuala Selangor berkata, dia dan ahli keluarga terkejut selepas mendapat tahu ibunya dijangkiti Covid -19.
Katanya dia terkejut kerana ibunya banyak menghabiskan masanya di rumah dan cuma ke sebuah pusat dialisis pada 1 Disember lalu bagi menjalani rawatan dan menjalani ujian saringan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|