CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1887|Reply: 2

[WORLD WAR 1]: KENAPA PEMBUNUHAN FRANZ FERDINAND MEMBAWA KEPADA WW1?

[Copy link]
Post time 14-12-2020 02:29 AM | Show all posts |Read mode
Pada amnya, Archduke Franz Ferdinand (FF) bukanlah seorang individu yang disukai oleh golongan atasan, golongan pemimpin, sesetengah rakyat2 juga jiran-jiran pada empirenya. Juga, bolehlah dikatakan, FF juga tidak menyukai mereka itu semua. Jika demikian, kenapa pembunuhan FF membawa kepada WW1, walhal banyak pihak tidak menyangjungi beliau?

Archduke FF bukanlah orang yang sepatutnya menerajui empire Austro-Hungary yang berpengaruh itu bila Emperornya ie Franz Joseph (FJ) yang selalu berperang mulut dengannya, meninggal. Crown Prince empire itu membunuh diri, dan ayahanda FF pula (yang jatuh menjadi heir kepada takhta tadi) mati kerana Thyphoid. Secara tiba-tiba FF mendapati dirinya menjadi orang pertama untuk mewarisi takhta ini dari Emperor FJ. Ini tidak disukai ramai; lebih tidak disukai oleh golongan Istana ialah pilihan FF untuk mengahwini Sophie, Duchess of Hohenberg; mereka menekan FF agar bersetuju bahawa jika berkahwin juga, anak2 mereka tidak akan mewarisi takhta Empire ini. Pada 1 July 1900, mereka berkahwin.

Sebagai seorang Archduke pun, FF bukanlah seorang yang digemari. Beliau kasar, tidak menghormati Royalty lain, dan tidak menyukai pemimpin2 negara lain. Beliau memandang rendah penduduk2 di dalam Empirenya. Orang2 Hungary dianggap rendah, kampung, miskin, petani dan hina oleh FF. Orang2 Serbia dianggap sebagai pigs dan subhumans. Dari segi kepimpinan pula, FF sering bertelagah dengan pendapat pemimpin2 lain. Jadi, kenapa kematian FF membawa kepada WW1, padahal beliau bukanlah Emperor pun?

Ada 2 karakter pada FF yang historians kata menjadikan beliau ada credibility. Walaupun peribadinya tidak disukai, namun FF memberi perhatian kepada kawasan2 dibawah Empirenya dan cenderung memberi sedikit autonomy kepada mereka. Ini dilihat sebagai suatu yang positive hari ini. Yang paling penting, FF adalah satu2 batu penghalang kepada terjadinya konflik terbuka dengan Russia. Ini kerana, FF memegang prinsip bahawa untuk Empire Austro-Hungary menjadi releven, Russia perlu ditangani dengan bijak dan perlu ada hubungan baik dengan Empire itu. Ini selalu membawa kepada ketegangan dikalangan pemimpin2 pihak Austro-Hungary dan sekutu2 mereka.

Jadi, apabila FF mati ditembak oleh Gavrillo Princip, hilanglah pagar yang menghalang konflik terbuka pelbagai pihak di Eropah ketika itu. Empire Austro-Hungary terus mengisytihar perang keatas Serbia. Tiada lagi orang yang selama ini menghalang pergaduhan dengan Russia dan kuncu2nya, lalu dengan cepat, WW1 pun meletus lalu membawa kepada terbunuh secara directnya 22 million askar dan orang awam, dan kecederaan kepada 23million yang lain (military sahaja). Kekalahan adalah outcome kepada Austro-Hungarian Empire, memuntahkan sebuah negara kecil Austria dan sebuah negara lemah Hungary dari perang besar ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 09:38 AM | Show all posts
Seperti biasa TT, info yang sangat menarik dan bermanfaat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 05:36 AM | Show all posts
Supersirap replied at 14-12-2020 09:38 AM
Seperti biasa TT, info yang sangat menarik dan bermanfaat

terima kasih; awak la bukathread pendek, 3 4 perenggan tentang Gavrillo Proincip ke etc. Tunjuukan keadaan sebenar dia ie dia dah nak give up sebabtakde activity pun di tempat yg dia jaga (utk serang FF.. masa tu ad 7 org  jaga area yg mungkin FF lalu)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.826536 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list