CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2252|Reply: 9

Persandingan tertangguh sejak 9 bulan. Pengantin pakai baju biasa ja bersanding

[Copy link]
Post time 26-12-2020 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan suami isteri bersanding selepas 9 bulan tertangguh


MUAZ Borhan (tiga dari kiri) dan Norshahanani Shahinor (tiga dari kanan) pada resepsi perkahwinan mereka di Jitra, Kedah hari ini.

    Oleh JAMLIAH ABDULLAH
    26 Disember 2020, 9:23 pm


KUBANG PASU: Hasrat keluarga pasangan suami isteri, Muaz Borhan, 23, dan Norshahanani Shahinor, 26,  dari Taman Suria Jitra di sini melihat mereka bersanding tercapai hari ini selepas tertangguh sejak sembilan bulan lalu.

Majlis kenduri kahwin mereka sepatutnya diadakan pada April lalu tetapi tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak pandemik Covid-19.

Menurut Muaz yang bekerja di salah sebuah resort di Langkawi,  dia dan isteri diijab kabulkan pada 5 Disember tahun lepas seterusnya dilangsungkan kenduri sebelah pengantin perempuan di Jitra.

“Majlis kenduri sebelah saya pula dijadualkan pada April lepas, namun tertangguh akibat PKP. Memang semua tempahan katering sudah dibuat tetapi kami terpaksa tangguh.

“Kenduri ini pun ikut hati tak mahu langsungkan tetapi ibu saya, Che Zaini Abdul, 52, teringin tengok saya naik pelamin, jadi saya dan isteri akur,” katanya di sini hari ini.

Majlis yang diadakan di sebuah restoran di sini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pasangan pengantin itu juga hanya berpakaian biasa berwarna merah tua sedondon dan bersanding di atas pelamin ringkas yang disediakan bagi memenuhi permintaan keluarga.

Sementara itu, bapa kepada pengantin lelaki, Borhan Abdul Hamid, 57, berkata, majlis meraikan perkahwinan anak ketiga daripada empat beradik itu diadakan bagi menghimpunkan ahli keluarga terdekat.

“Anak saya tidak mahu mengadakan majlis ini kerana  hampir setahun berlalu tetapi bagi menghormati permintaan saya, isteri dan keluarga maka Muaz menurut sahaja,” katanya. – UTUSAN

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2020 11:48 PM | Show all posts
okay , cool tahniah. kenapa ye kalau pakai baju ? bila sanding ? anehkah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:54 PM | Show all posts
Kalau kita  buat spt yg orang lain selalu buat, ianya biasa, tak ade kelainan atau keistimewaan.   Tetapi bila Muaz   bersanding dgn pekaian biasa  atas pelamin yg serba ringkas, inilah keunikannya, lain drp yg lain dn di luar kelaziman.  Majis yg jimat dn selamat.  Selamat berbahagia to Muaz n isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Taman Suria Jitra....la dekat dah..taman yg aku selalu pi bila mengidam nak makan nasi lemak kak Janda...tahniah...semoga kekal hingga ke SyurgaNYA dan semoga dimurahkan rezeki dalam pelbagai bentuk.

skrg proses urusan nikah cepat..kwn aku baru ni dlm sebulan settle..akad nikah dan buat kenduri sikit kat rumah...tara...done...jimat
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-12-2020 12:11 AM
Taman Suria Jitra....la dekat dah..taman yg aku selalu pi bila mengidam nak makan nasi lemak kak Jan ...

Lama gak sebolan.. seminggu dua xley setel ka?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 27-12-2020 12:46 PM
Lama gak sebolan.. seminggu dua xley setel ka?

dia janda... Kena settle urus2 lain bukti kata dia dah cerai... Ironinya dia diceraikan sebab bekas suami dia ada wanita lain... Dia pulak terkontang kanting juga survive masa mula2 bercerai tahun lepas dgn anak 2 org... Cukup setahun,  Allah bagi jodoh yg lebih baik.. Si ex suami skrg dah la jobless nikah dgn aweks pun tak lagi.

Kawan aku tu bukan saja dapat suami baru.. Bisnes spa mobila dia buat pun makin bertambah laku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-12-2020 12:49 PM
dia janda... Kena settle urus2 lain bukti kata dia dah cerai... Ironinya dia diceraikan sebab beka ...

Wah happy ending.. till jannah lah. Ye la ne cerai cmni bkn salah ibu tunggal tu.. smg sarah berjodohan jua akhirnya

Emmm untung org zaman la.. nikah pon bole online.. zaman dulu payah gak nak2 lagi lain negeri.. isi kertas kan hehehe pas isi hang isi ak punya lak gitooo..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 27-12-2020 02:35 PM
Wah happy ending.. till jannah lah. Ye la ne cerai cmni bkn salah ibu tunggal tu.. smg sarah berjo ...

Tu la.. Moga kekal ke jannah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 02:24 PM | Show all posts
Ok ler tu untuk tatap ahli keluarga je terutama mak pak pasti mereka yang paling teruja nak sediakan jugak untuk anak walau serba ringkas ingatan tu lebih utama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
akak harap masyarakat normalize majlis kecik2 ni. makan2 baca doa je dah la. tak perlu pun nak sewa set karaoke lepas tu yg menyanyinye tak reti2 nak stop.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049053 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list