CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 993|Reply: 2

Kini Mampu Cipta Berlian Dalam Makmal - Harian Metro

[Copy link]
Post time 27-12-2020 03:35 PM | Show all posts |Read mode

Antara berlian buatan makmal. FOTO AFP


Sydney: Berlian lazimnya terbentuk selepas karbon termampat dan dipanaskan jauh di bawah permukaan bumi selama berbilion tahun, ia menjadikan berlian sebagai antara perhiasan paling bernilai tinggi.

Bagaimanapun, saintis di Australia kini mencipta inovasi dan mampu mencipta berlian di dalam makmal, pada suhu bilik, dan hanya dalam masa beberapa minit.

Sepasukan penyelidik diketuai oleh Universiti Kebangsaan Australia (ANU) dan Universiti RMIT di Melbourne mencipta dua jenis berlian dengan menggunakan tekanan tinggi sama seperti tekanan sekiranya 640 gajah Afrika 'berdiri di hujung kasut ballet.'

Menurut penyelidik berkenaan, pasukan mereka berjaya mencipta dua jenis berlian, satu adalah jenis yang lazimnya dipakai sebagai perhiasan.

Satu lagi adalah jenis Lonsdaleite -yang boleh dijumpai secara semula jadi di kawasan yang terkena impak meteorit (tahi bintang), namun ia lebih keras berbanding kebanyakan berlian lain.

CNN melaporkan berlian sintetik ini bukannya perkara baharu, tetapi ia sudah direka di dalam makmal sejak 1940-an, dalam usaha untuk menghasilkan berlian yang lebih murah dan mesra alam sekitar.

Tetapi penyelidik teruja apabila dapat mencipta berlian pada suhu bilik, terutamanya berlian Lonsdaleite yang dapat digunakan untuk memotong bahan yang sangat padu di tapak lombong.

"Mencipta sesuatu yang amat sukar ditemui seperti adalah matlamat jangka panjang projek ini," kata Xingshuo Huang, penyelidik ANU di dalam kajian berkenaan.

"Mampu untuk mencipta dua jenis berlainan pada suhu bilik adalah perkara amat mengujakakan pertama kali di dalam makmal kami."

Berlian buatan makmal lazimnya dicipta dengan mendedahkan karbon kepada haba yang amat panas.

Bagi membentuk berlian, penyelidik mengaplikasikan tekanan yang amat kuat bagi menghasilkan impak untuk atom korban itu beralih dari satu tempat ke tempat lain, kata profesor fizik di ANU.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi murah ke? Atau same je harga?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.051618 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list