CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1813|Reply: 10

Sakit Mata Lihat Sikap Si Pengotor - Harian Metro

[Copy link]
Post time 27-12-2020 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk Padang Tengku bergotong royong mengutip sampah di sepanjang Lebuhraya CSR Merapoh ke Gua Musang berhampiran Padang Tengku. FOTO ROSELAN AB MALEK


Roselan Ab Malek
[email protected]

Lipis: "Sakit mata memandang melihat sampah-sarap bertaburan di atas dan di tepi Lebuhraya (CSR) Merapoh ke Gua Musang berhampiran Kampung Padang Tengku, di sini, kerana ia akan berlaku setiap cuti perayaan dan cuti sekolah."

Begitu kata Aminuddin Mohd Hashim, 41, berhubung sikap dan mentaliti kelas ketiga pengguna jalan raya apabila membuang sampah dari kenderaan sesuka hati ketika melalui jalan berkenaan.

Aminuddin berkata, dia bersama kira-kira 10 individu mengambil inisiatif mengutip sampah-sarap yang bertaburan itu berhampiran Kampung Padang Tengku, di sini, hari ini.

Katanya, mereka terpanggil untuk melakukan khidmat masyarakat itu selepas mendapati kawasan berkenaan terlalu kotor dan berbau busuk.

"Aktiviti (mengutip sampah) ini tidak dirancang dengan teliti, saya sekadar ajak kawan-kawan terdekat sahaja selepas bersarapan di sebuah warung, pagi tadi.

"Dalam masa dua jam, kami berjaya mengutip 20 beg plastik hitam besar, macam-macam kami jumpa, yang paling banyak sisa bekas makanan, plastik, tin minuman dan lampin pakai buang," katanya.

Katanya, dia kini merancang mengadakan program amal itu secara bulanan pada setiap hujung bulan disebabkan jumlah sampah lebih banyak.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Tengku, Datuk Mustafa Long berkata, beliau memuji sikap anak muda Padang Tengku apabila sanggup mengutip sampah secara sukarela.

Menurutnya, isu sampah itu sudah berlarutan sejak sekian lama terutama setiap kali musim perayaan khususnya cuti panjang di mana Jalan Padang Tengku ke Gua Musang, Kelantan akan penuh dengan kenderaan.

"Pengguna sepatutnya bersyukur kerana kerajaan menyediakan jalan raya yang lebih selesa dan sewajarnya ia dijaga terutama dari segi kebersihan.

"Agama Islam pun mengutamakan soal kebersihan dan sampah dibuang ke tempat sepatutnya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Peliks la
Rengsa sangat ke simpan jap dlm kete..
Dah tahu jalan jauh...bawak plastik bag utk buang sampah..eeeeiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 27-12-2020 03:54 PM
Peliks la
Rengsa sangat ke simpan jap dlm kete..
Dah tahu jalan jauh...bawak plastik bag utk buang ...

Biasa yg suka buang merata ni mmg jenis pengotor pun, dalam kereta pun bersepah. Jenis kereta bersih wangi ni biasa iols tengok pandai je buang sampah kat tong sampah. Jenis pengotor dan mengotorkan ni mmg paling jijik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik.. harap bg keinsafan kat org lain..
nk komen lebih masih awal lg.. tunggu org lain masuk dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 27-12-2020 04:47 PM
Biasa yg suka buang merata ni mmg jenis pengotor pun, dalam kereta pun bersepah. Jenis kereta bers ...

Itu lah...
Iols siap beli plastik kat kedai eco utk get ready bebila iols nak.buang rwsit bagai makan ke.apa...buang terus..
Masa isi minyak..terus buang
Hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan diorg ni ke bangsa solat tepi jalan tu? Solat tepi jalan buang sampah pun tepi jalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2020 09:15 AM | Show all posts
Melampau nya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 10:48 AM | Show all posts
pengotornyaaa... dh tau nk jalan jauh nak makan2 dlm kereta sediakan lah plastik beg singgah mana2 jumpa tong sampah buang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 01:58 PM | Show all posts
Benda ni didikan daripada waktu kecil, perkara asas untuk jangan membuang sampah merata-rata
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 02:03 PM | Show all posts
Kalau dah pengotor tu pengotor juga cakap ler beribu kali pun mana nal berubahnya kecuali tindakan tegas dikenakan kepada yang melakukannya
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan org. Ni babi. Xde otak betul. Bodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078997 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list