CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1403|Reply: 3

Wan Faezah Menggigil Seluruh Badan - Harian Metro

[Copy link]
Post time 28-12-2020 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Wan Faezah berdoa supaya adiknya Wan Nashaifudin yang dikhuatiri lemas dijumpai. FOTO Rosli Ilham


Rosli Ilham
[email protected]

Marang: "Badan saya menggigil sebaik mendapat tahu berita itu," kata Wan Faezah Wan Latif selepas adiknya, Wan Nashaifudin, dilaporkan lemas di pantai Jambu Bongkok, malam kelmarin.

Wan Faezah, 50, berkata, dia dimaklumkan berita mengejutkan itu daripada dua rakan adiknya yang datang ke rumahnya di Kuala Berang, jam 7.20 malam tadi.

"Saya pelik apabila dua rakan adik tiba di rumah tanpa kehadirannya. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya.

"Mulanya saya sangka mereka nak beritahu adik demam namun (saya) sangat terkejut dan menggigil seluruh badan bila (dimaklumkan) adik hilang di laut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wan Faezah berkata, mulanya dia masih curiga dengan berita itu namun kedua-dua rakan adik meyakinkannya.

"Saya tanpa membuang masa terus bersama adik beradik yang lain bergegas ke tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu adalah ketika anak ketiga daripada enam beradik itu berkunjung ke rumahnya kira-kira dua minggu lalu.

"Ketika bertemu, dia (adik) tidak menunjukkan sikap pelik dan kelihatan biasa sahaja," katanya.

Jumaat lalu, Wan Nashaifudin dipercayai lemas ketika beriadah di pantai berkenaan bersama enam rakannya, kira-kira jam 6.15 petang.

Mangsa dikatakan lemas selepas dipukul ombak besar sebelum ditarik ke tengah laut.

Sehingga kini Wan Nashaifudin masih belum ditemui. Usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan pihak berkuasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 07:39 PM | Show all posts
moga korban ditemui amin
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. Semoga family arwah tabah dgn ujian ini.. Dan semoga arwah di tempatkan dgn org2 soleh dlm syurga nnt. Amin. Takziah sekali lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 11:20 AM | Show all posts
Musim tenkujuh ni elakanlah bermandi mandi di pantai atau di sungai banyak bahayanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.037764 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list