CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 3

Padang Hoki 'Barai' - Harian Metro

[Copy link]
Post time 28-12-2020 05:28 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan ‘daif’ Padang Hoki Sintetik MDP di Taman Megah Pontian, Johor.


Saiful Affendy Sapran & Firdaus Hashim
[email protected]

Kuala Lumpur: Sebut saja pencapaian skuad hoki negara di peringkat antarabangsa, banyak kejayaan sudah diraih termasuk layak lapan kali ke pusingan akhir Piala Dunia dan sembilan kali layak secara merit temasya Sukan Olimpik.

Selain itu, Malaysian Tigers juga memenangi dua pingat perak Sukan Asia sekali gus jelas meletakkan Malaysia antara kuasa besar hoki dunia.

Malah, kedudukan skuad negara dalam ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) juga cukup hebat dengan Malaysian Tigers kini menghuni tangga ke-11 dunia daripada 137 negara yang aktif dalam sukan terbabit.

Ia belum lagi diambil kira kejayaan beberapa kejohanan jemputan atau Sukan Sea, taraf skuad hoki negara jauh meninggalkan pasukan lain terutama pasukan Asia Tenggara yang gagal menyaingi kemantapan skuad hoki kebangsaan.

Kehebatan pasukan juga menyaksikan ramai bintang hoki dilahirkan di bumi Malaysia ini hingga turut dijulang sebagai antara pemain hoki terbaik dunia dengan beberapa tonggak negara pernah berada dalam senarai pemain pilihan dunia.

Penyerang legenda negara, Datuk Mirnawan Nawawi, penjaga gol terbaik Asia, S Kumar, pakar pukulan sudut penalti berbahaya dunia, Mohd Amin Rahim serta penyerang terbaik Asia selama dua tahun berturut-turut 2017-2018, Faizal Saari antara watak yang menghidupkan dunia hoki negara.

Bagaimanapun, di sebalik gambaran hebat itu sebenarnya terdapat seribu satu cerita yang agak pahit untuk ditelan dan diterima oleh penggemar hoki tempatan terutama di selatan dan timur tanah air.

Mungkin 'kecantikan' beberapa stadium hoki di Lembah Klang seperti Stadium Hoki Bukit Jalil dan Stadium Hoki Kuala Lumpur sudah cukup untuk menyedapkan mata kita, namun lain kisahnya di beberapa gelanggang hoki yang boleh dikategorikan sebagai teruk, daif dan memalukan.

Paling dukacita, sudah tentunya padang hoki Majlis Daerah Pontian (MDP) Taman Megah Pontian yang sudah terbiar hampir tiga tahun sejak 2017.

Gelanggang hoki berkenaan yang dibangunkan dengan kos jutaan ringgit difahamkan hanya sempat digunakan selama tujuh bulan bermula Mac 2017 sebelum ia ditutup pada Oktober tahun sama berikutan masalah permukaan padang yang rosak secara tiba-tiba.

Masalah sama turut dihadapi oleh penggiat hoki di daerah Pasir Mas, apabila Stadium Hoki Kijang Emas - satu-satunya padang hoki di negeri itu - tidak dilengkapi beberapa kemudahan seperti tandas dan surau.

Semua ini sudah tentunya merencatkan pembangunan sukan hoki negara dan tanggungjawab itu tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), sebaliknya semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun Kerajaan Pusat perlu sama-sama bertanggungjawab kerana ia adalah agenda nasional yang dilaburkan menggunakan duit rakyat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak iols pun hockey player dolu2. Team suar pendek
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ko cari menteri untuk jatuh kat padang hoki tu mana tahu hari esok nya dah siap repair srmua dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 11:23 AM | Show all posts
Sayang bila kemudahan dah disediakan tapi tak jaga dan dikawal selia dengan baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.233492 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list