CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1169|Reply: 1

'Setiap Kali Kejadian Lemas Berlaku, Hati Saya Menangis' - Harian Metro

[Copy link]
Post time 28-12-2020 05:32 PM | Show all posts |Read mode

Farimah menunjukkan pakaian suaminya sebelum hilang di laut kira-kira tiga tahun lalu. - Foto Rosli Ilham


Rosli Ilham
[email protected]

Marang: "Setiap kali berlaku kejadian lemas, hati saya akan menangis," kata Farimah Ibrahim yang kehilangan suaminya selepas dikhuatiri lemas kira-kira tiga tahun lalu dan hingga kini jasadnya masih belum ditemui.

Suaminya, Zakaria Omar, 58, seorang nelayan dipercayai lemas ketika menangkap ikan di kawasan Pantai Jambu Bongkok pada 12 Ogos 2017.

Farimah, 53, berkata, suaminya itu dipercayai terjatuh ke laut dan bot gentian kaca milik Zakaria ditemui penduduk di pesisir pantai kira-kira lapan kilometer dari pengkalan Jambu Bongkok pada hari yang sama.

"Sejak kehilangan suami, saya tak boleh dengar berita orang lemas, saya akan sedih dan pasti teringatkan arwah suami.

"Walaupun sudah lama hilang, saya masih teringat suami dan ketika bersedih pakaian arwah akan menjadi tempat saya melepaskan rindu," katanya.

Menurutnya, setiap malam Jumaat saya akan membacakan surah Yasin dan sentiasa berdoa untuk berjumpa dengannya di akhirat nanti

Katanya, walaupun kesedihan terhadap suaminya masih belum hilang, dia sekali lagi diuji apabila anaknya, Nurul Hazrina, 23, dijemput Ilahi akibat pada April tahun lalu.

"Besar ujian Ilahi terhadap saya, hilang dua insan tersayang namun saya reda dan sabar menghadapi ujian itu, "katanya.

Menurutnya, sejak kehilangan suaminya itu, dia tidak pernah ke pantai kerana pasti akan menangis teringatkan suaminya itu.

"Bot gentian kaca milik suami saya tidak jual kerana akan dijadikan sebagai kenangan kami berdua.

"Banyak kenangan bersama suami, dia sangat baik. sepanjang 30 tahun hidup bersamanya dia tidak pernah memarahi saya termasuk memukul anak-anak," katanya.

Farimah berkata, dia turut bersedih dengan kejadian yang menimpa mangsa lemas, Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, yang ditarik ombak ketika mandi berhampiran rumahnya.

"Syukur pada Ilahi mayatnya berjaya ditemukan dan saya berharap kepada ahli keluarga mangsa supaya tabah menghadapi ujian itu," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mak cik diberi kekuatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.187999 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list