CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 2

Elak Beli Daging Import Buat Seketika - Berita Harian

[Copy link]
Post time 29-12-2020 09:08 AM | Show all posts |Read mode

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim


Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]

IPOH: Umat Islam disaran menggunakan kuasa pengguna dengan tidak memakan daging import khususnya lembu buat sementara waktu sehingga keyakinan mengenai status halal daging terbabit diperakui sepenuhnya.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, berkata orang ramai boleh menggunakan kuasa mereka itu sehingga penjual serta pengusaha hasil produk itu 'akur' dengan keperluan status halal.

Katanya, kuasa pengguna juga boleh digunakan untuk mewujudkan gerakan supaya siasatan telus dapat disegerakan berhubung kontroversi penjualan daging import diragui status halalnya.

"Umat Islam boleh terus membeli daging lembu tempatan (seperti biasa) yang mana di samping dapat mengelakkan keraguan mengenai status halalnya, ia juga dapat membantu penternak lembu tempatan.

"Gelombang yang diwujudkan juga berperanan supaya urusan proses import daging atau makanan lain dilakukan dengan menepati piawaian sijil halal," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas tindakan harus dilakukan pengguna susulan pihak berkuasa membongkar perbuatan kartel penjual daging import yang menjual daging diragui status halalnya minggu lalu.

Zamri berkata, jika umat Islam masih ada rasa ragu, mereka perlu berhenti sementara membeli daging import di pasaran berpandukan hadis Nabi Muhammad SAW supaya meninggalkan sebarang keraguan dalam urusan seharian.

Beliau berkata, bagi mengelakkan keraguan, umat Islam perlu mendapatkan maklumat sahih dan tidak tergesa-gesa menyebarkan laporan yang belum ditentukan kesahihannya

"Pihak berwajib juga diharap mengumumkan jenama daging terbabit dalam pemalsuan sijil halal selain menyegerakan siasatan supaya pihak terbabit diheret ke muka pengadilan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik tak payah beli daging import selama lamanyaa.. full stop.. mkn daging pun bkn elok pun.. mkn stahun skali udah.. mkn time korban.. masa tuu melantak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 11:18 AM | Show all posts
Rasanya sejak isu tersebar dah ramai tak nak beli dah.  Kalau dipasaraya pun penuh je lagi tempat daging beku ni berbanding sebelumnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.037649 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list