CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2163|Reply: 4

Tak Tahu, Tak Berdosa Makan Daging Diragui Status Halal - Mufti - Berita Harian

[Copy link]
Post time 29-12-2020 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Selepas pendedahan ini, wajib umat Islam mengelak makan daging diragui status halal - Wan Salim. FOTO NSTP


Nur Izzati Mohamad
[email protected]

GEORGETOWN: Umat Islam dianggap tidak berdosa jika sebelum ini termakan daging yang diragui status halalnya, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, umat Islam juga tidak perlu bimbang atau takut jika merasakan melakukan dosa kerana termakan daging tidak halal dalam keadaan tidak mengetahui statusnya.

Katanya, sebelum isu status halal daging import dibongkar pihak berkuasa dan menjadi kontroversi, semua orang tidak mengetahui apa-apa, maka orang memakannya tidak berdosa.

Berikutan itu, beliau berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah perkara lalu yang bukan disengajakan dan diharap memberi petunjuk kepada semua untuk meninggalkan makanan yang 'syubhah' (meragukan).

"Dulu kita tidak tahu apa-apa, maka ia tidak berdosa dan selepas ini wajib untuk kita meninggalkannya (makan daging diragui status halal) yang menimbulkan keraguan.

"Maka, dalam isu ini umat Islam tidak perlu bimbang dan takut," katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan taktik kartel menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina ke negara ini.

Kartel yang dipercayai melakukan kegiatan sejak 40 tahun lalu itu membungkus semula daging menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh negara.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor pada 1 Disember lalu.

Wan Salim menambah, daging yang berada di pasaran itu halal kerana ia haiwan ternakan dan bukannya najis tetapi isu berkenaan timbul kerana cara penyembelihan dikatakan tidak mengikut syariat Islam.

"Bagaimanapun, umat islam diminta berhati-hati dan merujuk kepada pihak berkaitan supaya tidak terbeli benda yang syubhah (meragukan)," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Sewajarnya perkara yang tiada pengetahuan hendaklah ditinggalkan segera tanpa keshahihannya. Umat akhirzaman ini terlalu banyak onak durinya. Tambahan pula suasana kini diselubungi dengan pelbagai fitnah terutamanya kehidupan bervirus make usin  nervous.

Teringat akan kisah amirul mukminin Saidina Abu Bakr termakan daging hasil daripada amalan tilikan hamba nya yang dulu sebelum memeluk islam adalah seorang ahli nujum.. Apakah jadi atau dilakukan oleh Amirul Mukminin setelah tahu dari mana hasil daging tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Disaat kita buat perkara tu, memang tak berdosa... tapi hati kita makin lama makin hitam... selepas hati dah hitam, susah nak berilmu dan beramal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ada ke yg tak tau benda basic camni,
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 06:58 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 31-12-2020 07:01 AM
bakingsoda replied at 30-12-2020 11:00 AM
ada ke yg tak tau benda basic camni,

true, in this context , i agree with you.

i think semua muslims tahu yg benda ni tak tersengaja bagi pihak pengguna , end user kita kata  so memang tak ada masalah dosa ke tak , ditanggung pihak yg mengedar dan menerima daging tu lah.

cuma kitarisau status daging sebelum ni  - yg sebelum ni tu bukan bermakna 7 hari lepas atau 2 bulan lepas , kan? daging yg dijamah secara tak sedar imported ke tak , selama 7 thn sebelum ni dan sepanjang tempoh 10 tahun, sebab katanya benda ni dah berlanjutan lama.

scarry.

kita tak tahu pun status kesihatan haiwan2 ini

apa yg i takut ialah  penyakit bawaan partikel yg datang bersama daging like prions

yups

macam ni
Prion diseases or transmissible spongiform encephalopathies (TSEs) are a family of rare progressive neurodegenerative disorders that affect both humans and animals. They are distinguished by long incubation periods, characteristic spongiform changes associated with neuronal loss, and a failure to induce inflammatory response.
The causative agents of TSEs are believed to be prions. The term “prions” refers to abnormal, pathogenic agents that are transmissible and are able to induce abnormal folding of specific normal cellular proteins called prion proteins that are found most abundantly in the brain. The functions of these normal prion proteins are still not completely understood. The abnormal folding of the prion proteins leads to brain damage and the characteristic signs and symptoms of the disease. Prion diseases are usually rapidly progressive and always fatal.


https://www.cdc.gov/prions/index.html







- agency vet pantau bebenda ni
- dan ada kerjasama antara  bidang dalam menangani implikasi dan isu ini

Additional studies are under way to identify if any prion diseases could be occurring at a higher rate in people who are at increased risk for contact with potentially CWD-infected deer or elk meat. Because of the long time it takes before any symptoms of disease appear, scientists expect the study to take many years before they will determine what the risk, if any, of CWD is to people.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.048418 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list