View: 2473|Reply: 11
|
2 Tahun Mencari Sinar Ilahi - Berita Harian
[Copy link]
|
|
Maisarah Abdullah lega selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Agama Islam di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban. - Foto NSTP/Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria
[email protected]
SEREMBAN: "Selama dua tahun saya menanti peluang menjadi saudara baharu, baru hari ini saya dapat mengucapkan dua kalimah syahadah," kata Maisarah Abdullah, 42, ketika ditemui selepas memeluk Islam, semalam.
Menurutnya, sejak dua tahun lalu dia sentiasa mencari peluang tetapi tidak berjumpa dengan orang yang boleh membawanya menjadi Muslim sejati.
"Tidak dapat digambarkan bagaimana leganya sebaik bergelar Muslim dan benarlah kata sahabat saya, sebaik mengucapkan dua kalimah syahadah, saya seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan.
"Sebaik saya dapat menghubungi seorang ustaz (Abdul Mutalib Manap), saya di bawa ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi, akhirnya saya dapat merealisasikan hasrat yang sudah lama terpendam dan jadilah saya seorang Muslimah dan pastinya ia kenangan terindah dalam hidup saya," katanya.
Terlebih dahulu dia memaklumkan kepada tiga anaknya berusia 13 hingga 17 tahun mengenai hasrat hati yang sudah lama terpendam dan mereka merestuinya.
"Dua anak lelaki berusia 16 dan 17 tahun berada di Singapura bekerja di sana, cuma anak bongsu perempuan tinggal bersama saya," katanya yang juga ibu tunggal sejak lima tahun lalu.
"Saya tidak memaksa tiga anak mengikut saya memeluk Islam dan biarlah mereka membuat keputusan sendiri apabila dewasa kelak, namun saya percaya mereka akan mengikuti langkah saya memeluk agama yang suci ini," katanya.
Maisarah berkata, dia ikhlas memeluk Islam dan mahu belajar dengan keluarga angkatnya di Gombak, Selangor.
"Selepas ini saya mahu berhijrah ke Gombak dan mahu belajar Islam lebih mendalam terutama soal solat, puasa dan semua berkaitan Islam supaya saya boleh menjadi Muslimah yang baik.
"Saya tidak ada adik beradik, juga ibu bapa dan ia memudahkan saya membuat keputusan penting selepas tertarik dengan rakan-rakan yang beragama Islam," kata pemilik nama asal, G Puwaneswary.
Sementara itu, Abdul Mutalib, 54, yang juga penceramah bebas berkata, dia dihubungi Maisarah yang memaklumkan berminat dengan Islam dan bersedia menjadi seorang Islam.
"Saya sebenarnya ada hal mustahak di kampung kerana abang saya baru meninggal dunia tetapi yang ini lebih penting dan menjadi kewajipan saya memudahkan hasratnya mahu memeluk Islam selepas menunggu dua tahun.
"Alhamdulillah, hasratnya tercapai dan saya berharap dia akan menjadi Muslimah yang baik dengan bantuan keluarga angkatnya di Gombak," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.. Semoga diberikan kekuatan utk hadapi ujian sebagai mualaf..
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan beliau.. aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Actually , dalam membicarakan bab bab hidayah ni
apa yg kita faham tentang
TAUFIK & Hidayah
yg mana penting dulu ?
aoa yg penting dalam pengekalan hidayah?
apa bentuk bentuk hidayah
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusannya utk belajar drp keluarga angkatnya.
Btw, dolu2 iols ada sorang kaka senior bernama hidayah... beriya dia nak cari dan kawen dgn mamat bernama taufik.. last2 tak jumpa, kawen je dgn org bernama selain taufik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kak maisarah
Saye takkan mengislamkan lelaki semata-mata untok D~ |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kan i perasan satu bende kalau mualaf india atau cina ni
dioranng punya bahasa mmg fasih betul.
Especially India la. kira kalau diorang chat on call kita tak tau dia India atau Malay
sebab bahasa melayu dia sangat fasih.
Last 2 month ago RTM ada rancangan Juara Ponggal ke apa ntah ( Nyanyi2 utk kaum india )
Juri dia pengacara dia peserta semua adalah kaum india.
sekali dia nyanyi lagu Jamal Abdillah dengan wani tu
ada suara budak lelaki india sebiji macam jamal abdillah . fasih bahasa melayu
paling best budak india tu menang juara. mmg puas hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
i ada dengar kuliah tu hari kat utube. ustaz abdullah khairi ada jelaskan apa beza hidayah dan taufik ni.
tapi i tak berapa suka sangat ustaz ni sebab kadang2 dia suka bertempik ( meninggi suara )
sebab masa i dengar ceramah ustaz ni biasnaya i nak masuk tido.
bila dia bertempiik i mmg terbangun terus.
|
|
|
|
|
|
|
|
i sebenarnya i jealous dengan geng2 mualaf yang jadi muslim di hujung hayat ni
sebab andai kata dia meninggal esok lusa. confirm2 azab kubur tu tak berapa nak kena.
tapi kita yang muslim semenjak celik mata ni hujung hujung kita macam mana agaknya.
tengok isu krismas tu hari. berapa ramai orang batal akidah.
Tu tak sembang pasal daging Import yang tetiba jadi tak halal.
kalau i ada modal i nak lari ke Sweden atau Greece sana.
Sebab duduk negara orang yang 5 rukun Islam tu mmg sah kita buat tu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 6-1-2021 02:36 AM
Biasanya kan i perasan satu bende kalau mualaf india atau cina ni
dioranng punya bahasa mmg fasih ...
India mmg fasih bahasa Kebangsaan. |
|
|
|
|
|
|
|
I terasa gitu juga jeles ketinggian darjat seseorang, cuma besar dugaan mualaf ni
Taktau cemana nak explain rukun islam yang buat hari2 ni, kami buat sebab cinta agama lagi takut berdosa
Kesian kalau dapat semua kewajipan sebagai muslim tapi rasa tak mampu dan runsing
Kena cinta Allah dulu baru cari pasangan
Agama apa pun iman sendiri2 jaga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|