View: 2469|Reply: 10
|
Selain Covid-19, Ada 5 Penyakit Pelik Dilaporkan Sepanjang 2020
[Copy link]
|
|
Tidak dapat disangkal lagi, Covid-19 merupakan penyakit paling memberi kesan sepanjang 2020. Namun, tahukah anda terdapat beberapa penyakit lain yang dianggap aneh turut berlaku pada tahun ini?
Masalah kesihatan ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Berikut adalah penyakit aneh yang dilaporkan sepanjang 2020 selain Covid-19.
Gambar Hiasan
1. Kencing hijau
Seorang lelaki berusia 62 tahun di Chicago, Amerika Syarikat ketika kencing mendapati air kencingnya berwarna hijau.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati, air kencing berwarna hijau ini terjadi disebabkan kesan sampingan yang sangat jarang berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Dilaporkan, beberapa hari sebelumnya, lelaki tersebut diberi ubat bius dikenali sebagai propofol. Warna air kencing lelaki itu bagaimanapun kembali normal selepas pengaruh ubat itu hilang.
Terdapat beberapa penyakit berlaku yang tak dapat dijelaskan.
2. Batu kapur pada usus
Seorang wanita dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah. Selepas pembedahan diakukan, doktor menemui batu kapur berukuran 4 sentimeter di dalam ususnya.
Berdasarkan laporan jurnal BMJ Case Reports, batu kapur itu hidup dan membesar dalam tubuh wanita itu hampir sepanjang hidupnya.
3. Air kencing bertukar alkohol
Air kencing seorang wanita berubah menjadi alkohol padahal wanita itu tidak pernah mengambil sebarang minuman keras beberapa hari sebelumnya.
Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati terdapat kuman dalam air kencingnya sehingga berlaku proses penapaian glukosa menjadi alkohol.
Gambar Hiasan
4. Organ bergerak
Normalnya, organ dalam badan manusia berada di tempat sama setiap masa. Namun, berbeza dengan keadaan seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat. Limpanya bergerak ke bahagian tubuh lain selama 48 jam.
5. Tiga ginjal
Seorang lelaki di Brazil mengejutkan doktornya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati dia mempunyai tiga ginjal.
Ginjal ketiga yang ditemui itu berada dalam keadaan normal dan terletak di bahagian kiri badan dan melekat berdekatan punggungnya.
Memiliki tiga ginjal merupakan perkara luar biasa tetapi boleh berlaku malah terdapat 100 kes yang dilaporkan sebelum ini. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kencing merah
Setelah melantak 2 biji red dragon fruit sekali gus dan menyangka telah datang period yar |
|
|
|
|
|
|
|
anakmak: Kencing merahSetelah melantak 2 biji red dragon fruit sekali gus dan menyangka telah datang period yar
Muntah merah sbb makan tembikai byk sgt sampai muntah..{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 penyakit dunia akhir zaman ni |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 penyakit dunia akhir zaman ni |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 penyakit pelik tapi yang no 5 tu dah ada beberapa kes juga sebelum ni |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pepatah melayu ada mengatakan minum alkohol itu ialah air kencing syaitan...
so apa kata siasat wanita itu, adakah beliau dari alam lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit dulu2 lagi pelik2. Polio tu kalau keluar balik nanti ramaila jadi sister ngesut. Tak sabar nak tgk hasil golongan anti vax ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|