View: 1111|Reply: 4
|
Remaja Malaysia Kumpul Dana Untuk Hospis Malaysia - FMT
[Copy link]
|
|
Visaghan berharap dapat mengumpul RM20,000 untuk Hospis Malaysia dalam pertengahan Januari.
Reena Sekaran
KUALA LUMPUR: Visaghan, pelajar berusia 17 tahun dari Sekolah Antarabangsa St. John ini bukan seperti remaja biasa. Masanya banyak dihabiskan untuk mengumpul dana bagi membantu pusat jagaan paliatif di Hospis Malaysia.
Usaha ini bukanlah yang pertama kali dia melakukan kerja amal. Pada 2019, Visaghan telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM27,000.00 semata-mata untuk menyempurnakan impian terakhir sahabat keluarganya iaitu untuk mengutip sumbangan buat Hospis Malaysia.
“Uncle Jegadeva adalah jiran dan telah menjadi kawan keluarga kami. Dia sangat baik dengan kanak-kanak dan selalu bercerita kepada kami tentang Hospis Malaysia,” ujar Visaghan yang menambah Uncle Jegadeva juga merupakan bekas pesakit di Hospis Malaysia dan menerima jagaan paliatif dari pusat tersebut.
Diinspirasikan dari Uncle Jegadeva, dia mendedikasikan dana tersebut untuk membantu Hospis Malaysia untuk terus bertahan dalam keadaan pandemik ini.
“Sebelum dia meninggal dunia, dia mahu mengutip dana untuk membantu Hospis Malaysia dan kerana itulah kami merasa mempunyai hubungan yang rapat dengan tempat ini dan ia membuatkan saya faham kepentingan jagaan paliatif ini.”
Berikutan pandemik, Hospis Malaysia yang bergantung sepenuhnya daripada sumbangan orang ramai mengalami masalah kewangan dan mereka telah meminta bantuan dari Visaghan dan keluarganya.
“Hospis Malaysia menelefon ibu saya dan menerangkan situasi mereka dan meminta bantuan kami untuk mencari dana tambahan,” ujar Visaghan.
Menurut Visaghan, rancangan awal pencarian dana ini adalah dengan mengadakan tayangan gambar sama seperti yang dilakukan pada 2019. Tetapi kerana pandemik, ibunya mencadangkan rancangan lain iaitu menjual hadiah memandangkan masih lagi dalam perayaan Krismas dan tahun baru.
Dengan bantuan ibu, Visaghan mencari hadiah tersebut yang mana semuanya datang dari India seperti sampul surat, kotak, beg, skaf, sarung, gaun, kurta Lucknow Chikan dan pakaian ‘Indowestern’.
Antara barangan yang dijual bagi tujuan pengumpulan dana untuk Hospis Malaysia.
Pengumpulan dana ‘Uncle Jegadeva dalam memori’ memaparkan barangan yang diberi harga serendah RM50 hingga RM200.
Barangan bercetak tangan ini diterbangkan khas dari India dan ianya berharga dari RM50 hingga RM200.
Barangan ini cukup menarik dengan cetakan tangan pada kayu jati yang diwarnakan dan kain kapas atau sutera dari India.
Biarpun sedang menghadapi ‘International General Certificate of Secondary Education’ (IGCSE) pada bulan Disember lalu, Visaghan terus berusaha mengumpulkan penderma yang menyumbang pada 2019 dan menghampiri mereka sekali lagi untuk dana yang dikutipnya sekarang.
Sehingga hari ini, Visaghan telah mencapai 50% dari sasarannya untuk mendapatkan RM20,000 dan berharap dapat mengumpul 50% lagi pada pertengahan Januari nanti.
“Dengan keadaan pandemik pada 2020, saya tidak dapat memberikan harapan yang tinggi terhadap pengumpulan dana ini memandangkan ramai yang terkesan dari segi kewangan. Setiap ringgit amat berharga dan kerana itulah saya amat berterima kasih terhadap semua penderma yang telah banyak membantu.
Visaghan dan keluarganya yang banyak membantu.
“Kami menghubungi penyumbang yang telah menyumbang pada 2019 dan ianya sangat luar biasa apabila melihat keikhlasan rakyat Malaysia yang terus memberikan sumbangan. Malah, ahli keluarga juga banyak membantu dari 2019 lagi.
Visaghan yang bercita-cita untuk mempelajari bidang perundangan satu hari nanti menjelaskan bahawa dia mendapat inspirasi untuk membantu orang lain dari ibunya sendiri.
“Ibu telah membuat banyak kebajikan untuk membantu orang ramai. Kerja amal pertamanya adalah dana untuk sekolah menengah yang diasaskan oleh Uncle Jegadeva sendiri. Dia yang banyak membantu saya dalam merencanakan dana ini,” ujarnya.
Evelyn Foo, pengurus komunikasi di Hospis Malaysia turut kagum dengan kerja keras Visaghan. Dia berkata, dana yang dikutip oleh Visaghan akan membantu Hospis Malaysia untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada komuniti.
“Kami adalah organisasi yang 100% tidak menjana keuntungan dan berharapkan kepada sumbangan orang ramai dan syarikat korporat sahaja. 80% dari kos keseluruhan akan digunakan kepada khidmat jagaan pesakit dan ia termasuk kos jururawat jagaan paliatif yang berkunjung ke rumah pesakit dan ianya diberi percuma.
“Kami juga menyediakan peralatan perubatan dan ubat-ubatan. Tahun lalu apabila kami mendengar Visaghan dan keluarganya mencari dana untuk Hospis Malaysia, kami merasa sangat berbesar hati dan isteri Uncle Jegadeva juga sangat tersentuh dengan usaha ini.
“Visaghan bukan hanya mencari dana tetapi telah mengujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang Hospis Malaysia dan kepentingan pusat jagaan paliatif kepada masyarakat,” ujar Evelyn sambil tersenyum.
Anda juga boleh membantu kerja amal ini dengan membeli barangan yang ditawarkan disini atau hubungi Visaghan di talian 012-5943987. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yuran sekolah international kau brp satu sem? |
|
|
|
|
|
|
|
Palliative mmg byk membantu keluarga pesakit yg hampir masanya utk kurangkan tekanan dan mengurang kesakitan pesakit.. Aku sokong wei... |
|
|
|
|
|
|
|
Moga di permudahkan usaha budak ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|