CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1046|Reply: 2

Laungan Azan 'Hidupkan' Hati - Harian Metro

[Copy link]
Post time 6-1-2021 09:03 AM | Show all posts |Read mode

Nur Rieya.


Nurul Husna Mahmud
[email protected]

MENGENALI sosok wanita berusia 48 tahun ini yang penuh ceria dan murah dengan senyuman, penulis tidak menjangkakan dia pernah melalui fasa kemurungan.

Malah setiap tutur kata penulis buku Perjalanan Seorang Muallaf, Nur Rieya Ali Abdullah yang begitu tenang dan sentiasa mengungkap rasa syukur dengan nikmat diberikan Ilahi tidak mencerminkan dia pernah mengalami bebanan hidup.

Kata Nur Rieya, dia tidak lari dengan ujian hidup selain pernah mengalami tekanan yang cukup hebat sehinggakan sanggup mengambil keputusan menamatkan hidup sendiri .

Tindakan itu didorong rasa sudah putus harapan selain beranggapan dirinya tidak memberi makna apa-apa pada dunia selepas lama bertahan dengan masalah sendi dan saraf kronik serta konflik rumah tangga pula tiada kesudahan.

"Saya antara wanita kurang bernasib baik apabila cuba bertahan dalam hubungan rumah tangga yang memeritkan.

"Berkahwin pada usia 23 tahun dan bertahan dengan penderaan bekas suami hampir 20 tahun kerana waktu itu masih memikirkan anak-anak.

"Dalam pada masa yang sama, satu demi satu masalah termasuklah tahap kesihatan semakin terjejas apabila saya menghidapi masalah saraf otot kronik seperti Fibromyalgia dan penyakit Autoimmune.

"Saya bukan sahaja tidak boleh bekerja dengan baik, malah urusan rumah tangga juga terganggu apabila penyakit berkenaan menyebabkan saya terpaksa menahan kesakitan dan ketegangan sepanjang hari. Keadaan itu menjadikan kemurungan saya bertambah buruk pada 2012.

"Saya rasa 'kosong' dan mula hilang kawalan pada diri serta mengambil jalan mudah iaitu dengan menelan bekalan ubat sebulan dalam sekelip mata," katanya turut memiliki kad Orang Kurang Upaya disebabkan masalah gangguan saraf otot yang kronik itu.

Ekoran itu dia pengsan akibat pengambilan ubat berlebihan yang membawanya mengenali erti ketenangan sebaik mendengar laungan azan Asar yang berkumandang ketika tersedar.

"Sedar sahaja daripada pengsan, telinga menangkap suara azan dan saya yang masih beragama Hindu ketika itu buat pertama kali dapat menghayatinya.

"Rasa tenang serta-merta datang dan membuatkan terus lupa masalah yang saya hadapi. Lalu saya nekad memeluk agama Islam dan hal itu dikhabarkan pada anak sulung," katanya.

Cabaran lebih besar bagi Nur Rieya apabila ketika itu terpaksa meninggalkan dua anaknya yang masih di usia remaja selepas mengambil keputusan memeluk Islam.

"Kekuatan saya selepas memeluk Islam ialah 'bebaskan' diri daripada suami yang pada ketika itu satu ancaman. Saya juga terpaksa meninggalkan anak kerana itu satu-satunya pilihan untuk mereka dan saya selamat.

"Saya tekad untuk peluk dan pelajari Islam meskipun tahu akan diancam kerana Islam adalah cahaya saya di hujung kegelapan.

"Meskipun sakit, tidak dapat bekerja dan kehidupan dilalui susah tetapi saya lebih tenang dan ibu turut memberi sokongan kerana dia lihat saya gembira apabila memeluk Islam," katanya.

Dalam menyusuri hidup sebagai saudara baru, kata Nur Rieya, nasibnya lebih baik apabila dia mendapat restu keluarga sendiri selain sokongan rakan yang sanggup membantu.

"Kebanyakan wanita memeluk Islam, isu terbesar ialah mereka ini hilang tempat bergantung dan tiada pelindungan kerana dibuang keluarga.

"Lebih sukar apabila sudah berkahwin, ada yang terpaksa tinggalkan anak dan hilang tempat tinggal.

"Saya sendiri walaupun ibu kandung terbuka menerima, tetapi untuk pulang ke rumah dia cukup sukar kerana memikirkan soal keselamatan dan persekitaran tidak memungkinkan saya boleh belajar mengenai Islam. Jadi ketika mula-mula keluar rumah bekas suami, saya minta pelindungan kawan yang beragama Islam," katanya.

Dugaan ditempuh empat tahun bergelar saudara baru, dia fokus perjalanan untuk menimba ilmu meskipun ada kalanya terpaksa mengalas hidup dengan minum air paip. Dia meneruskan hidup ketika itu berbekalkan wang bantuan zakat dan elaun kelas demi mendalami Islam.

Dalam meniti kehidupan sebagai Muslimah yang taat, Nur Rieya bersyukur apabila kini mendapat bimbingan suami tercinta ustaz Muhd Ali Rali Abdullah, 48.

"Bagi wanita pernah melalui episod hitam dalam perkahwinan lalu, saya akui ada kebimbangan untuk berkahwin semula tetapi doa menjadi penguat untuk mencari pasangan lebih baik.

"Alhamdulillah, suami bukan sahaja dapat membimbing tetapi menghargai saya sebagai wanita dalam kehidupannya," katanya.

Menceritakan detik pertemuan dengan Muhd Ali Rali, Nur Rieya mengakui tidak menyangka sapaan suami menerusi Facebook menjadi satu lamaran ketika pertama kali berjumpa.

Kata Nur Rieya, suami ketika itu ditemani seorang lagi kenalan yang juga seorang ustazah terus bertindak melamar saya menjadi isterinya.

Nur Rieya menerima lamaran kerana yakin ia petanda doanya dimakbulkan supaya Allah menemukannya dengan seorang pembimbing ketika itu.

"Ustaz Rali mempunyai dua kakak dan kehilangan ibu tercinta ketika dia sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keadaan itu membuatkan dia tahu menghargai wanita termasuklah saya sebagai isteri.

"Tidak kiralah sama ada lelaki itu ayah, abang, adik apatah lagi suami, mereka ini adalah pelindung kepada wanita dalam keluarga. Mereka perlu melayan dengan lemah-lembut kerana wanita sifatnya sebegitu dan kehormatan adalah penting bagi mereka.

"Dalam kehidupan pasangan, suami dan isteri lebih harmoni jika masing-masing saling menyokong antara satu sama lain. Seperti kehidupan saya dengan ustaz, kami juga mempunyai masalah kesihatan dan saling menjaga antara satu sama lain amat penting.

"Ustaz banyak bantu saya dalam hal rumah tangga apabila sakit saraf dan sendi datang," katanya turut mengakui suaminya itu turut mempunyai hubungan harmoni dengan keluarganya.

Nur Rieya juga aktif dalam usaha membantu Muslimat terutama saudara baru menerusi penyertaan dalam kerja dakwah dan sukarelawan apabila terbabit dengan Persatuan Inspirasi Muallaf.

"Selain menyokong kerja dakwah suami, saya juga aktif membantu Muslimat yang berdepan pelbagai konflik terutama saudara baru. Mereka perlukan bimbingan terutama membabitkan hal akidah dan ibadah sebagai perisai untuk mereka mengharungi hidup," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2021 09:25 AM | Show all posts
Orang sekarang lebih terbuka ya indian chinese convert to Islam. Teringat kes sekeluarga kena sembelih sebab convert

Baru2 ni aku tanya member kristian yang alim macam rahib, ko berani convert ke kalau lelaki melayu yang pinang? Dia kata ok..aikk open minded dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 01:36 PM | Show all posts
Seiring perubahan zaman ramai mereka ni makin terbuka nak fahami bab agama.  Dulu2 macam satu taboo bila sebut bab agama lain.  Banyak keluarga dah boleh terima mereka walau dah masuk islam sebab sedar yang berbeza hanya agama hubungan kekeluargaan tetap sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.131351 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list