CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1158|Reply: 3

'Kubur' Ribuan Basikal - Harian Metro

[Copy link]
Post time 12-1-2021 07:50 AM | Show all posts |Read mode

Ribuan basikal ditempatkan di sebuah kawasan lapang di Chengdu, barat daya China.


Beijing: Sebuah kawasan lapang di Chengdu, barat daya China diibaratkan kubur untuk ribuan basikal.

Kawasan itu dijadikan stor meletakkan basikal rosak milik syarikat sewaan negara itu.

Namun, jumlahnya meningkat saban hari sehingga menjadi lautan basikal terpakai.

Daripada hanya beberapa basikal, kawasan itu kini menempatkan ribuan basikal.

Jurugambar, Jackie Xie sempat merakam gambar di kawasan berkenaan berkata, basikal rosak itu menunggu giliran dibaiki.

"Mereka hantar basikal ke sini untuk dibaiki dan ada untuk dilusuhkan sebagai besi buruk.

"Kawasan ini menjadi tempat simpanan sementara kerana sebuah bangunan baru dibina di sini," katanya seperti dilaporkan portal thesun.co.uk.

Menurutnya, syarikat itu menyewakan basikal kepada orang ramai dengan hanya mengimbas kod pada telefon bimbit.

"Selepas menunggang, mereka boleh meletakkan basikal dengan menguncinya di mana saja.

"Malah harga sewaan ditawarkan amat berpatutan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 05:19 PM | Show all posts
Wow banyaknya nampak macam masih boleh dibaiki
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh byk gitu tak larat nak repair.kang hujung2 rosak karat je.ruginya laa
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak gitu sempat ke nak baiki..? Jd besi buruk jee laa jawabnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.043654 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list