|
Kontraktor, Aina Mardiah Ferdaus, 33, turut melakukan kerja-kerja berat seperti kontraktor lelaki. FOTO AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Mohd Khidir Zakaria
[email protected]
Rembau: Kecil-kecil cili api. Itu perumpamaan sesuai menggambarkan kegigihan wanita bertubuh kecil ini yang mampu bergelar kontraktor pembinaan yang dipelopori golongan lelaki.
Bukan sekadar menguruskan projek pembinaan malah Aina Mardiah Ferdaus, 32, turut turun padang dan membuat kerja-kerja berat biarpun mempunyai ramai pekerja lelaki.
Aina berkata, dia mula berminat dengan kerjaya ini sejak kanak-kanak lagi apabila sering mengikut arwah ayahnya, Ferdaus Adnan yang juga seorang kontraktor dan juga arkitek pembinaan.
"Arwah ayah sering membawa saya ke tapak projek sejak saya berusia sembilan tahun lagi. Sejak itu saya menanam azam mahu mengikut jejaknya sebagai kontraktor pembinaan.
"Saya kemudian menyambung pelajaran sehingga memperolehi Ijazah Kejuteraan Awam di Universiti Selangor (Unisel). Ketika itu saya sudah berani mengambil projek mengubah suai rumah.
"Setiap kali cuti semester, saya mengambil peluang belajar selok belok bidang ini yang kebanyakannya dipelopori kaum lelaki," katanya ketika ditemui di tapak projek menyiapkan sebuah rumah di Rembau di sini.
Katanya, atas nasihat ayah, saya membuka sebuah syarikat pembinaan sendiri walaupun ketika itu masih lagi bergelar penuntut di Unisel.
"Habis sahaja belajar, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan terus mengurus syarikat sendiri walaupun ada cabaran seperti pernah ditipu sehingga ratusan ribu ringgit oleh rakan kongsi.
"Namun saya bangkit kembali dan mengambil rakan kongsi wanita muda, Norhanani Mohamed, 27, yang menguruskan kewangan syarikat serta pentadbiran. Manakala saya menumpukan tugas di lapangan," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Dia kini gembira kerana menerima banyak projek di beberapa negeri seperti di Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
"Saya perlu bergerak pantas bagi mengejar masa setiap projek yang mesti disiapkan dalam masa yang ditetapkan," kata Pengarah Urusan A&Z Cahaya Venture itu.
Tambahnya, syarikatnya tidak ada masalah beroperasi dalam keadaan pandemik Covid-19 melanda negara.
Rakan kongsinya, Norhanani berkata, dia gembira dapat bekerja bersama dengan Aina yang komited bertugas di lapangan atau di tapak projek.
"Saya banyak belajar darinya cara menguruskan syarikat. Ramai memandang rendah hanya kerana kami wanita dan berkecimpung dalam bidang yang dikuasai lelaki.
"Sesekali saya turun juga di tapak projek untuk melihat permasalahan dan cara menyelesaikannya," katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya berlambak juga wanita yg ada sykt pembinaan. Bukannya depa buat 100% pun. Hantar sebutharga, undi, kalau dapat projek, cari tukang. Ada ketika je turun site... |
|
|
|
|
|
|
|
najib888 replied at 14-1-2021 09:06 AM
Rasanya berlambak juga wanita yg ada sykt pembinaan. Bukannya depa buat 100% pun. Hantar sebutharga, ...
Betul jugak, but depa very strong will la...dah la keje sekeliling lelaki...surely banyak cabaran |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|