Permainan menyusun gambar ini baik untuk mendidik minda dan peribadi anak-anak. (Gambar Rawpixel)
FMT
“Puzzle” atau susun suai gambar merupakan salah satu permainan yang mendidik minda anak-anak. Ia merungkai kepingan gambar untuk disusun menjadi gambar yang sempurna.
Permainan ini menguji minda dan membantu mempertajamkan memori anak anda. Ikuti manfaat lain bermain “puzzle” kepada minda anak-anak:
1. Membantu menyelesaikan masalah
Matlamat permainan ini adalah untuk menyelesaikan satu bentuk gambar. Oleh itu, apabila bermain “puzzle”, otak anak-anak akan sentiasa berjalan mencari cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Sekaligus, permainan ini mengajar anak-anak untuk sentiasa menyelesaikan masalah dan bukan lari darinya.
2. Mempertajamkan memori anak
Bermain “puzzle” akan menjadikan ingatan anak menjadi lebih tajam. Ini kerana dengan bermain puzzle, anak dapat memahami langkah dan petunjuk untuk menyelesaikan permainan tersebut.
Secara tidak langsung, anak akan mengingat pola dan kepingan gambar yang sesuai dengan bentuk “puzzle” tersebut.
3. Mengasah kemampuan peribadi anak
Puzzle terdiri dari berbagai bentuk dan gambar, huruf atau angka. Setelah selesai bermain, anak-anak akan mempelajari pelbagai perkara baru melalui penglihatannya.
4. Melatih kecerdasan melihat visual
Melihat kepingan gambar ini akan membantu melatih anak-anak melihat visual dengan lebih tepat. Ia juga membentuk kebolehan berfikir dengan cepat dan lebih kreatif.
Kanak-kanak yang sering bermain “puzzle” memiliki kemampuan melihat visual yang istimewa dari yang tidak bermain. Ini kerana mereka yang bermain puzzle akan meningkatkan kemampuan mengenali dan memahami bentuk, ukuran, warna, dan ruang.
5. Melatih keterampilan sosial
Bermain “puzzle” akan melatih anak-anak untuk belajar mengenai kesabaran dan kerjasama. Bentuk “puzzle” yang beragam terkadang membuatnya mudah untuk dikerjakan, tetapi ada juga yang sukar.
“Puzzle” yang sukar memerlukan masa untuk menyelesaikannya. Ini akan melatih kesabaran mereka.
6. Melatih koordinasi mata dan tangan
“Puzzle” merupakan permainan yang memerlukan kemampuan penglihatan dan tangan yang baik.
Apabila bermain “puzzle”, anak-anak akan melatih kemampuan mereka untuk menghubungkan apa yang dilihat mata dan bagaimana tindak balas yang dilakukan oleh tangan.
7. Melatih tumpuan
Apabila bermain “puzzle”, anak akan fokus untuk menyelesaikannya. Ia akan memberi sepenuh tumpuan untuk menyelesaikan permainan tersebut hingga selesai.
Ini menunjukkan bahwa “puzzle” sangat berguna untuk melatih konsentrasi anak-anak.
Namun, apabila mula bermain, ibubapa perlu memberi tunjuk ajar dan membantu anak-anak bermain. Ini adalah untuk mengelakkan mereka dari merasa kecewa apabila tidak dapat menyatukan gambar-gambar “puzzle” dengan betul. |