CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 0

Angkara Covid-19, Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prest

[Copy link]
Post time 18-1-2021 10:11 AM | Show all posts |Read mode

Pelajar antara paling terkesan akibat wabak koronavirus ini. (Gambar Rawpixel)


FMT

Wabak penyakit COVID-19 telah memberi impak besar ke atas semua sektor, termasuk pendidikan. Norma baharu dihadapi pelajar ternyata menjadi cabaran kepada proses pembelajaran.

Bukan itu sahaja, wabak penyakit ini juga telah memaksa sektor pendidikan untuk menjalankan pembelajaran atas talian bagi mengekang penularan koronavirus.

Secara tidak langsung, norma baharu ini memberikan pelbagai kesan ke atas para pelajar dari segi pengalaman dan jangkaan pembelajaran.

Antara kesan yang dibawa oleh pandemik ini kepada pelajar:

Wabak penyakit Covid-19 dan sektor pendidikan

Wabak ini telah meninggalkan kesan yang besar kepada pelajar dan menurut tinjauan yang dijalankan oleh Esteban Aucejo, Jacob French, Maria Paola Ugalde Araya, dan Basit Zafar:

· 13% majlis konvokesyen masih tertunda kerana Covid-19, manakala pelajar berpendapatan rendah lebih cenderung untuk terkesan sebanyak 55%.

· 40% kehilangan pekerjaan, latihan praktikal serta tawaran kerja. Data membimbangkan ini sedikit sebanyak mengganggu kesihatan mental para pelajar dalam jangkaan dan perancangan masa hadapan mereka.

Pengalaman dan jangkaan para pelajar

Pengalaman yang dihadapi pelajar dalam era norma baharu ini agak membimbangkan atas pelbagai kekangan yang menyulitkan proses pembelajaran.

Satu tinjauan oleh Pearson dan Wonkhe, pembelajaran atas talian telah menjadi satu cabaran bagi mereka dan memberikan kesan terutamanya terhadap kesihatan mental.

Masalah internet, kewangan, pembahagian tugasan dan banyak lagi melemahkan semangat belajar mereka berbanding dengan pembelajaran di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, cara pihak universiti dan sekolah menguruskan interaksi dan pembelajaran atas talian juga dikatakan meningkatkan kegelisahan dan memberi kesan negatif kepada kesejahteraan pelajar.

Hasil tinjauan kepada hampir 3,500 pelajar mendapati:

  • 71% mengatakan mereka sering ‘berjuang’ dengan motivasi dan minat untuk teruskan pelajaran.
  • 65% mengatakan mereka sukar untuk kekalkan perhubungan dengan teman sebaya dan tenaga pengajar.
  • 63% mengatakan pelajar berasa kurang bersedia untuk melaksanakan tugasan dan aktiviti kursus.
  • Separuh lagi pula mengatakan mereka menghadapi kesukaran dalam menguruskan masa di rumah.


Angka-angka ini mengecewakan kerana pembelajaran atas talian yang dilakukan dengan baik mampu menjadi sama efektif, malahan kadangkala lebih berkesan berbanding di dalam kelas.

Malangnya, ia tidak mampu menjadi pengalaman yang menyeronokkan buat kebanyakan pelajar atas kekangan peribadi yang dialami.

Jangkaan

Berdasarkan tinjauan tersebut, pelajar mahukan pembelajaran yang lebih interaktif, dengan ceramah prarakaman yang lebih sedikit, dan lebih banyak peluang untuk bertanya.

Bukan itu sahaja, mereka mahukan perhatian lebih daripada pensyarah atau guru, dengan lebih banyak sokongan secara perseorangan (one-to-one).

Tambahan lagi, mereka mahukan pertolongan dalam mengakses teknologi dan sumber pembelajaran, di samping meminta pihak universiti atau sekolah untuk lebih jelas dalam komunikasi perancangan yang dirancang.

Namun, dalam masa yang sama mereka juga risau akan tahun mendatang.

Ini kerana dengan kesulitan proses pembelajaran dialami para pelajar sekarang mampu memberi kesan terhadap prestasi pembelajaran mereka.

Konklusinya

Dengan kehadiran pandemik Covid-19 yang masih membelenggu dunia, para pelajar masih perlu untuk kekal bergantung pada pembelajaran atas talian.

Walaupun ia menjadi satu cabaran besar kepada mereka, pihak pentadbiran yang bertanggungjawab termasuk ibu bapa harus mengambil tindakan dan melakukan inisiatif yang dapat membantu para pelajar.

Bagi pelajar di luar sana yang bergelut dengan pembelajaran norma baharu ini, moga dikuatkan semangat dan kekal positif kerana semua yang terjadi pastinya mempunyai hikmah pada masa hadapan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.084132 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list