CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2992|Reply: 13

Sering Mengantuk Kerana Tidak Cukup Tidur? Ini Cara Nak Kira Jam Tidur Ikut Peri

[Copy link]
Post time 30-1-2021 03:03 AM | Show all posts |Read mode





Komitmen hidup seperti bekerja, aktiviti riadah mahupun hiburan mungkin boleh mengganggu jam tidur anda dan menjadikannya tidak konsisten.


Apabila tidak cukup tidur, mula lah berasa grumpy, bad mood dan sebagainya. Itu belum termasuk kesan kekurangan tidur terhadap kesihatan!


Terdapat 2 aspek penting yang perlu dipertimbangkan mengenai tidur, jumlah tidur yang anda perolehi dan konsistensi dalam masa.


Mengapa tidur begitu penting?







Kualiti tidur anda secara langsung mempengaruhi kesihatan mental, fizikal dan juga kualiti hidup anda, ini termasuk produktiviti, keseimbangan emosi, kesihatan otak dan jantung, sistem imun, kreativiti, daya hidup, dan juga berat badan anda.


Ketika anda berusaha untuk memenuhi tuntutan jadual harian yang sibuk, atau merasa sukar untuk tidur pada waktu malam, anda mungkin tidak kisah untuk kehilangan beberapa jam daripada waktu rehat anda.


Tetapi kehilangan tidur yang minimum juga akan mempengaruhi mood, tenaga, ketajaman mental, dan kemampuan anda dalam menangani tekanan.


Tanpa waktu rehat yang mencukupi, anda tidak akan dapat berfungsi pada tahap optimum ketika bekerja, belajar, mahupun berkomunikasi.


Dengan menangani masalah tidur dan meluangkan waktu yang sepatutnya untuk tidur pada setiap malam, tenaga, kecekapan, dan kesihatan anda secara keseluruhan pasti akan meningkat.


Antara kesan kekurangan rehat pada waktu malam


Anda mungkin menganggap kehilangan tidur bukanlah satu masalah yang besar, namun kenyataannya, kekurangan tidur mempunyai pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan.


Kekurangan tidur mempengaruhi penilaian, koordinasi, dan masa reaksi anda serta boleh dianggap sama seperti seseorang yang ‘mabuk.’


Kesan-kesannya boleh merangkumi:


- Keletihan, kelesuan, dan kekurangan motivasi


- Tinggi risiko mengalami kemurungan


- Dorongan seks menurun, menyebabkan masalah hubungan


- Aktiviti otak terganggu: Masalah pembelajaran, tumpuan, dan ingatan


- Berkurangnya kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah menyebabkan kesukaran membuat keputusan


- Ketidakupayaan untuk mengatasi tekanan, kesukaran menguruskan emosi


- Penuaan kulit pramatang


- Sistem imun yang lemah menyebabkan kerap terkena jangkitan dan selesema


- Kemahiran motor terjejas dan peningkatan risiko kemalangan


Peningkatan risiko masalah kesihatan yang serius termasuk strok, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, dan barah tertentu


Cadangan waktu dan cara mengira jam tidur







Waktu tidur yang diperlukan bagi seseorang individu itu berbeza mengikut peringkat umur, seperti:


- Bayi yang baru lahir (0 hingga 3 bulan): Jangka waktu tidur menjadi 14 hingga 17 jam setiap hari (sebelumnya 12 hingga 18 jam)


- Bayi (4 hingga 11 bulan): Jarak tidur dikurangkan sebanyak dua jam menjadi 12 hingga 15 jam (sebelumnya 14 hingga 15 jam)


- Kanak-kanak (1 hingga 2 tahun): Jarak tidur dikurangkan satu jam menjadi 11 hingga 14 jam (sebelumnya 12 hingga 14)


- Kanak-kanak prasekolah (3 hingga 5 tahun): Waktu tidur diturunkan satu jam menjadi 10 hingga 13 jam (sebelumnya 11 hingga 13)


- Kanak-kanak usia sekolah (6 hingga 13 tahun): Jarak tidur dikurangkan satu jam menjadi 9 hingga 11 jam (sebelumnya 10 hingga 11)


- Remaja (14 hingga 17 tahun): Jarak tidur diturunkan satu jam menjadi 8 hingga 10 jam


- Dewasa muda (18 hingga 25 tahun): Jarak tidur adalah 7 hingga 9 jam (kategori umur baru)


- Dewasa (26 hingga 64 tahun): Jarak tidur tidak berubah dan tetap di sekitar 7 hingga 9 jam


- Orang dewasa lebih tua (65 tahun ke atas): Jarak tidur adalah 7 hingga 8 jam (kategori umur baru)


- Bagi mengira jam tidur pula bermula dengan masa yang dipilih untuk anda bangun daripada tidur, jangka waktu tidur yang bersesuaian dengan usia anda dan juga tempoh masa 15 minit yang diperlukan untuk tidur.




Tip untuk mendapat tidur yang lebih baik


Untuk meningkatkan kualiti tidur anda, pertimbangkan tip berikut.

Ketika siang hari:


- Bersenam secara teratur. Masa berolahraga yang terlalu dekat dengan waktu tidur boleh menyebabkan tidur terganggu


- Cuba untuk tidak nap lama, terutamanya pada waktu petang


- Cuba untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari


Sebelum waktu tidur:


- Hadkan pengambilan alkohol, kafein, dan nikotin. Bahan-bahan ini berpotensi mengganggu tidur anda dan menyukarkan tidur


- Matikan alat elektronik sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur. Cahaya daripada alat ini akan merangsang otak anda dan menjadikannya lebih sukar untuk tidur


- Biasakan rutin yang santai sebelum tidur, seperti mandi atau mendengar muzik yang menenangkan


- Matikan lampu sejurus sebelum tidur untuk membantu otak anda ‘faham bahawa sudah tiba waktunya untuk tidur







Sumber : hellodoktor.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2021 10:15 AM | Show all posts
Lena kroh kroh semalam cukup rehat dah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni iols buka sleep meditation music je untuk dapatkan deep sleep
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
9 jammmmm untuk akak. Hahahahahaha. Gamaknya pukul 8 malam lah akak kena tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu paling optimum untuk tidur adalah antara 10pm - 2am. Segar bugar betul bangun time study dulu. Sekarang sampai subuh la lajaknya
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
meisapoya: Waktu paling optimum untuk tidur adalah antara 10pm - 2am. Segar bugar betul bangun time study dulu. Sekarang sampai subuh la lajaknya


Bukan 10-4am ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu kje shift xdpt la tido 8 jam straight
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:14 PM | Show all posts
ade kawan i olls pakai diffuser utk dptkan deep sleep...teringin nak try...berkesan ke huh?tanye kawan i olls dia kata sgt berkesan blablabla...rupa2nya dia jual produk ituuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 11:27 AM | Show all posts
Info yang menrik
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Need 7-9 hours eh. Adeh, i still can't change my current sleep pattern though i really want to. Maybe i did not try hard enough?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls beli candle tuk dptkan deep sleep...harap berkesan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
my_irina replied at 2-2-2021 01:14 PM
ade kawan i olls pakai diffuser utk dptkan deep sleep...teringin nak try...berkesan ke huh?tanye kaw ...

Bebetul berkesan ke diffuser ni ye. Ada sesapa penah try tak
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:11 PM | Show all posts
kul 9mlm dah start bukak pc buat keja
kalo penat sgt stop before kul 12mlm

kul 12mlm tidolah.. kul 5pagi dah bangun subuh

siang tu takderlah ngantuk
tapi ujung mggu memang tido awal skit

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu.dpt tidoq pun max 6 jam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.095879 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list