CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3055|Reply: 6

KASUT KELUARAN SIME DARBY NI PERNAH BUATKAN ROCKSTAR MENANGIS

[Copy link]
Post time 2-2-2021 02:27 PM | Show all posts |Read mode
KASUT KELUARAN SIME DARBY NI PERNAH BUATKAN ROCKSTAR MENANGIS

Golongan muda zaman sekarang sangat mementingkan konsep hypebeast dalam hidup mereka. Kalau korang nak tahu, hypebeast bermaksud seseorang yang sangat menyukai barangan fesyen berjenama, terutamanya pakaian dan kasut.
Bercerita tentang pakaian berjenama ni, pasti ramai tak tahu bahawa Malaysia pernah mempunyai sebuah jenama kasut yang sangat popular pada era 80-an yang berjenama Aliph. Zaman tu kalau pakai kasut Aliph ni, korang dianggap seorang yang ‘hypebeast’.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya……
Syarikat Sime Darby merupakan pengeluar utama kasut Aliph
Siapa sangka syarikat Sime Darby ialah pengeluar utama kasut Aliph yang bertapak di Alor Gajah, Melaka pada era 80-an dan nama untuk syarikat kasut itu ialah Sime Darby Footwear Sdn. Bhd. Fokus utama pelanggan mereka pada masa itu ialah golongan lelaki muda dan semua jenis kasut mereka tidak pernah mengecewakan.

Mesti korang tak percaya dengan harganya kerana ia dijual dalam RM 20 hingga RM 70 sepasang. Sime Darby Footwear Sdn. Bhd. pernah mengeluarkan beberapa jenis kasut Aliph yang terkenal antaranya:
  • Aliph Marathon.
  • Aliph International.
  • Gold Smith.
  • Rider.
  • Terri.


Mereka mula mendapat populariti dalam kalangan masyarakat selepas menggunakan satu strategi pemasaran iaitu menjadikan rockstar sebagai model memandangkan pada masa itu demam rock kapak mula merebak di Malaysia. Tajaan kasut Aliph untuk kumpulan Search merupakan titik permulaan mereka menjadi popular.

Bukan itu saja, gaya Amy Search pada masa itu juga sangat menarik perhatian orang ramai kerana berambut panjang, berseluar sendat dan memakai kasut Aliph. Sime Darby juga pernah mengeluarkan kasut yang mempunyai logo search.

“Menceburi dunia seni, bagi saya seorang selebriti harus peka dengan gaya, penampilan dan sentiasa ke depan. Begitu juga dengan perjalanan hidup kita sebagai manusia, penghujungnya semua orang mahukan sesuatu yang baik.” – Amy Search, petikan dari Berita Harian.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2021 02:27 PM | Show all posts
Banyak juga kumpulan rock tanah air terkenal yang ditaja oleh kasut Aliph seperti Lefthanded, Wings dan SYJ. Setiap kumpulan rock ini diberikan peluang untuk bekerjasama dalam membuat reka bentuk kasut mengikut citarasa dan identiti mereka.

Tak cukup dengan itu, mereka juga pernah menerima tajaan penempatan produk (product placement) dalam filem-filem tempatan, seperti:

Rozana Cinta (1987).
Jejaka Perasan (1986).
Ragam Pemandu (1989).

Namun, pada pertengahanera 90-an, kasut Aliph mula mengalami masalah kerana……

Faktor penurunan harga getah dan kemelesetan ekonomi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 02:28 PM | Show all posts
Syarikat Sime Darby Footwear Sdn. Bhd. terpaksa menjual saham kepada syarikat Dunlop Malaysia Industries Sdn. Bhd. kerana faktor kemelesetan ekonomi dan penurunan harga getah.

Jadi, banyak barangan selain kasut Aliph yang dihasilkan seperti tayar, tilam, bola golf, sarung tangan dan barangan yang berasaskan getah. Dunlop juga mengeluarkan barangan lain yang bukan berasaskan getah seperti botol air, stokin, beg, sweater dan barangan sukan demi menjana nama Aliph.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 02:29 PM | Show all posts
Bukan itu saja, disebabkan permintaan yang tinggi jadi, harga kasut Aliph semakin mahal kerana ingin menjaga kualiti. Daripada sinilah muncul pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kasut tiruan Aliph. Sime Darby Footwear cuba mengeluarkan amaran dan surat saman kepada sesiapa yang keluarkan kasut Aliph tiruan, tetapi mereka tak berjaya melawan lambakan penjual kasut tiruan mereka di pasar malam.

Oleh kerana mengikut permintaan masyarakat supaya harga kasut Aliph diturunkan, Sime Darby Footwear mengeluarkan kasut Aliph dengan harga yang murah tetapi kualiti rendah. Namun, Aliph mendapat kecaman selepas melakukan strategi sebegini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 02:29 PM | Show all posts
Pada masa yang sama, Sime Darby Footwear terpaksa bersaing dengan jenama-jenama dari luar negara seperti Nike, Puma, Adidas dan sebagainya. Satu lagi kelemahan, kasut Aliph hanya dijual secara domestik sahaja dan tidak dijual di seluruh dunia.

Walaupun pengeluaran kasut Aliph terhenti tetapi ramai pemburu kasut yang…..

Masih menyimpan kasut Aliph kerana dianggap barang antik



Selepas pengeluaran kasut Aliph ditamatkan, ramai orang masih mencari kasut Aliph ini kerana ia dianggap sebagai barang yang sangat nostalgik dan antik. Jika sekarang korang pakai kasut Aliph ni ketika outing, kemungkinan orang sekeliling yang mengetahuinya akan kagum dengan korang.

Punyalah hebat kasut Aliph ni sampaikan ada yang menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal. Tambahan pula, harga lebih mahal jika kasut Aliph itu versi tajaan rock band lebih-lebih lagi Search dan Wings. Cuba korang cari di internet atau pergi ke mana-mana pasar karat dan lihat berapa harga yang diletakkan. Sebenarnya, harga sampai beribu pun orang tetap akan beli kerana masih ada lagi peminat.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 02:30 PM | Show all posts
Perkara ini dapat dibuktikan dengan dua orang pemuda iaitu Mohamad Amer Ishak dan Mohamad Mirza Zikri Husin yang sanggup menghabiskan RM 80, 000 dan menjelajah ke seluruh Malaysia, Brunei serta Singapura demi mengumpulkan koleksi kasut Aliph.

“Selain Aliph Wings, Gold Smith dan Troopers turut sukar ditemui jadi tidak hairanlah ada yang menawarkan kasut jenis ini dengan harga yang tidak munasabah, namun sebagai peminat tegar jenama ini harga bukanlah ukuran sebaliknya kepuasan mendapatkan sesuatu yang belum dimiliki.” – Mohamed Amer Ishak, petikan dari Harian Metro.

_____

“Kasut ini ada sejarah tersendiri dan percaya atau tidak ramai ahli kumpulan rock terdahulu sebak melihat koleksi kasut ini masih dijaga rapi pengumpul seperti kami.” – Mohamad Mirza Zikri Husin, petikan dari Harian Metro.

Jelaslah bahawa kasut Aliph ini masih meninggalkan kesan sejarah terhadap masyarakat sekarang sehingga kini. Oleh itu, korang sepatutnya bangga kerana Malaysia pernah mempunyai sebuah jenama kasut yang hebat seperti jenama luar negara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 05:29 PM | Show all posts
Sebab tu antara kasut yang masih mampu milik oleh kebanyakan orang ketika itu berbanding jenama lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.341389 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list