Fakta tentang najis bayi anda

Semua yang anda perlu tahu tentang apa yang ada di dalam lampin bayi andaIa agak melucukan bagaimana ramai ibu bapa obses dengan segala benda yang bayi mereka lakukan, termasuk juga apa yang mereka hasilkan di dalam lampin mereka. Tetapi sejujurnya, najis bayi anda dapat memberitahu banyak perkara tentang kesihatan mereka, jadi ia sangat berguna jika anda lebih memberikan perhatian kepada lampin kotor mereka. Tetapi bagaimana anda hendak tahu apa yang normal dan apa yang tidak? Mengenali najis bayi baru lahir andaBerita baiknya, bayi anda tidak membuang air besar ketika di dalam rahim. Tetapi berita buruknya adalah najis bayi anda untuk beberapa hari pertama merupakan sejenis bahan yang melekit, kehijauan-hitam yang bernama mekonium. Ia diperbuat daripada cecair amnion, lendir, sel kulit dan benda-benda lain yang bayi anda telah hadam ketika di dalam rahim. Sangat menakjubkan, bukan? Selepas beberapa hari pertama, jika anda memberi , najis bayi anda akan berubah menjadi berair, berwarna kuning biji sawi, jika anda memberi susu formula, najisnya berwarna coklat atau hijau Susu ibu cepat dicerna, jadi jangan terkejut jika bayi anda membuang air besar selepas setiap penyusuan. Semua bayi kurang membuang air besar apabila mereka semakin membesar tetapi kekerapannya tidaklah sepenting konsistensi. Najis kerap yang lebih berair daripada selalu atau hijau bermakna bayi anda mungkin mengalami cirit-birit, manakala najis yang keras dan berketul-ketul, terutama sekali dipalit dengan warna merah atau hitam, bermakna bayi anda mungkin sembelit.
|