CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2510|Reply: 13

Pengantin ‘makan beradab’ di KFC

[Copy link]
Post time 17-2-2021 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Pengantin ‘makan beradab’ di KFC


NURDIANA Amirah Khairil Asnizar dan suaminya, Hazrin Amree yang berpakaian pengantin makan di KFC selepas majlis pernikahan mereka di Seri Iskandar, dekat Parit baru-baru ini. – IHSAN ANGAHPHOTOG

    Oleh SAYED HESHAM IDRIS
    17 Februari 2021, 9:00 am

IPOH: Walaupun tanpa majlis kenduri dan bersanding disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majlis pernikahan sepasang pengantin baharu di Seri Iskandar dekat Parit baru-baru ini menjadi
kenangan manis buat mereka apabila terpaksa ‘makan beradab’ di restoran makan segera KFC.

Pasangan berkenaan, Nurdiana Amirah Khairil Asnizar, 25, dan suaminya, Hazrin Amree, 26, pada awalnya bercadang untuk makan tengah hari di restoran di sekitar bandar Seri Iskandar selepas selamat diijab kabul di Pejabat Agama Islam Seri Iskandar.

Namun kebanyakan premis makan di kawasan itu menutup perniagaan disebabkan PKP.

Nurdiana Amirah yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur berkata, berikutan itu timbul idea spontan untuk mereka makan tengah hari di KFC di Seri Iskandar.

“Saya dan suami okey saja makan tengah hari di KFC, tempatnya selesa, sejuk sebab ada aircond, belum pernah lagi orang buat pengantin makan tengah hari di KFC, tak sangka pula ada yang kata kami ‘makan beradab’ sebab baru selesai akad nikah.

“Ketika itu, memang ada orang yang memerhatikan gelagat kami kerana dengan baju pengantin makan di KFC, tapi saya dan suami tak kisah malah ia menjadi kenangan pada hari perkahwinan kami,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 09:44 AM | Show all posts
lepas ni mcd, pizza hut, masing2 nak berlawan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 12:13 PM | Show all posts
suweet...
selamat pengantin baru...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:25 PM | Show all posts
Ok jer jimat belanja dari upah catering lagi mahal
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 01:37 PM | Show all posts
tk jemu ke mkn kepci?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Suatu ketika dulu, KFC mekdi ni tempat kegemaran utk keluarga, kawan2 raikan apa2. Birthday ke Naik pangkat ke, farewell ke, dapat straight A ke.

Sekarang ni org Malaysia makan mekdi KFC hari2. Jadi bila pengantin buat mcm ni rasa lain sikit.

Selamat pengantin baru. Bersederhana tu bagus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jimat tenaga takpayah tonyoh kuali
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok ape. Rare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 04:50 PM | Show all posts
Kalau boleh, nak buat resepsi kat KFC. Save budget.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 06:48 PM | Show all posts
cyber_mania replied at 17-2-2021 02:16 PM
Suatu ketika dulu, KFC mekdi ni tempat kegemaran utk keluarga, kawan2 raikan apa2. Birthday ke Naik  ...

hahaha ..igt dulu kecik2..special occasion je kot baru lah merasa KFC..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 07:29 PM | Show all posts
Tahniah semoga bahagia hingga ke Jannah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah dah kawen
pedulikkan je kata2 nista acik2 kepam ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Over lh
Mkn je lh kt rmh
Igtkn lapar perut je
Lapar perhatian jgk ni

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel je I Rasa. Kawan I kawen time pkp pun makan kat restoren tepi jalan ramai2..agak panas..so better kfc la Kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.414673 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list