|
Leptospirosis yang juga dikenali sebagai Penyakit Kencing Tikus ialah sejenis penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia (penyakit zoonosis). Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira
CARA DAN PUNCA JANGKITAN
Bakteria ini terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda haiwan liar yang lain
Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah lembab yang dicemari dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteria Leptospira.
Bakteria Leptospira juga boleh memasuki tubuh manusia melalui luka atau kudis
di kulit dan lapisan mukosa seperti selaput mata dan lapisan dalam mulu
TANDA DAN GEJALA
Tanda dan gejala muncul dalam tempoh 2 -10 hari (adakalanya sehingga 30 hari) dari masa terdedah kepada jangkitan.
Antara tanda dan gejala tersebut adalah:
- Demam yang tinggi
- Sakit kepala
- Menggigil (chills)
- Sakit otot
- Muntah
- Jaundis (penyakit kuning)
- Radang mata
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Batuk
- Ruam di kulit.
SEGERA DAPATKAN RAWATAN
Jika mengalami tanda dan gejala penyakit ini dalam tempoh 2 minggu selepas mengunjungitempat-tempat rekreasi atau berkelah.
RAWATAN
Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. Rawatan awal dengan antibiotik dapat mengelakkan komplikasi dan kematian
GOLONGAN BERISIKO
- Pengunjung tempat rekreasi atau berkelah
- Pemburu
- Kaki Pancing
- Petani / pesawah /peladang
- Penternak
- Pekerja veterinar
- Pekerja penyelenggaraan perparitan dan pembetungan
- Pekerja dan pelanggan premis makanan yang kotor
[sumber: infosihat]
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Abang pernah kena...warded...mujo sembuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|