Terasa Safari Pada iPhone Anda Lembab? Ini Cara Optimumkan Kelajuannya
Buat pengguna iPhone, adakah korang ada mengalami masalah prestasi seperti internet yang lembap semasa menggunakan safari ? Namun ianya kelihatan baik-baik sahaja sewaktu menggunakan aplikasi lain seperti Youtube, Netflix dan sebagainya?
Sekiranya ya, jangan khuatir anda tidak keseorangan. Ramai yang turut mengalami isu ini namun ianya boleh diselesaikan dengan mudah. Jadi tanpa membuang masa di bawah kami kongsikan cara untuk anda meningkatkan kembali kelajuan Safari anda.
Langkah pertama, masuk ke menu Setting .
Skrol ke bawah dan tekan Safari
Seterusnya, skrol down ke bawah dan pilih butang Advanced
Tekan butang Website Data
Tunggu habis loading kemudian pilih Remove all website data.
Dengan memilih Remove all website data semua sejarah data yang tersimpan sejak pertama kali anda menggunakan peranti tersebut akan dikosongkan. Ini akan menjadikan aplikasi pelayar anda ini kembali laju dalam memproses data.