View: 2022|Reply: 8
|
Tidak Berbuat Apa Seharian Namun Badan Masih Lesu? Mungkin Ini Penyebabnya
[Copy link]
|
|
Tidak Berbuat Apa Seharian Namun Badan Masih Lesu? Mungkin Ini Penyebabnya
Tidak dinafikan mempunyai jadual kerja yang padat sehingga memerlukan anda berkejaran dalam mengesar masa sememangnya meletihkan. Bukan sahaja anda malah kami juga kerap mengalaminya.
Namun bagaimana pula dengan situasi dimana anda masih terasa letih, lesu, penat dan sebagainya walhal anda pada hari itu langsung tidak melakukan apa-apa aktiviti.
Mesti ramai tertanya-tanya bukan?
Perkara ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia. Ia kebiasannya berlaku disebabkan pilihan gaya hidup yang salah, dan juga masalah kesihatan lain seperti:
Dalam hal ini, lebih baik untuk merujuk dengan pakar kesihatan anda untuk mengetahui cara yang lebih baik untuk merangsang paras tenaga
Dari segi gaya hidup pula, terdapat beberapa perkara yang turut menyumbang kepada keadaan ini antaranya waktu tidur yang kurang, pengambilan ubatan, diet yang tidak betul serta pengambilan kafein yang berlebihan
Justeru untuk mengawalnya anda hanya perlu mengubah tabiat harian anda dan anda akan merasakan perubahannya.
Namun harus diingatkan menurut Public Health Malaysia, ianya juga boleh terjadi disebabkan kesakitan mental atau dalam bahasa lainnya Depression.
Menerusi Era, secara ringkasnya kemurungan terjadi tanpa disedari oleh penghidapnya . Ia akan menyebabkan mereka sentiasa bersedih , keletihan dan ketiadaan tenaga, selain mudah marah dan hilang minat dalam melakukan aktiviti harian
Akibatnya, badan akan sentiasa terasa tidak bemaya, letih dan lesu sedangkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal pada hari tersebut
Sekiranya keadaan ini berterusan selama 2 minggu atau lebih, anda perlu segera melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan .
SumberHM MYHEALTHMYLIFE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iols lesu sbb tak dpt pi massage reflexology bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang satu hari tu aku melekat depan pc jer siapkan report.. mmg rasa lesu jaa.. dgn aircond lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa minum 100 plus zero terus bertenaga |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ada rasa lesu2 ni tp agaknya ubat yg den ambik kot |
|
|
|
|
|
|
|
Badan banyak lemak kalau tak gerak lembik je la, jadinya bagusla bersenam..aku tengok budak sekarang dah macam mak budak |
|
|
|
|
|
|
|
Bila badan lesu cuba bangun kemas rumah..berkebun ke..senaman ke..nanti hilang la lesu tu |
|
|
|
|
|
|
|
dulu pun pernah camni....
rupanya hemoglobin low sebab every mth heavy menses...
bila menses ambil sangobion...
mula2 doc yg prescribe...
pastu aku mkn sendiri je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|