CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7034|Reply: 18

Kes Canny Ong - Ahmad Najib Disyaki Sebagai Penjenayah Psychopath!

[Copy link]
Post time 8-3-2021 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Kes Canny Ong - Ahmad Najib Disyaki Sebagai Penjenayah Psychopath!

Kisah pembunuhan kejam terhadap seorang wanita yang tidak bersalah ini rasanya sudah diketahui oleh masyarakat umum di Malaysia. Kes rogol dan pembunuhan kejam Canny Ong bukan sahaja mendapat liputan media tempatan, tapi media luar juga turut membuat liputan terhadap kes ini. Bagaimanapun, kes ini wajar diceritakan sekali lagi buat generasi muda untuk dijadikan sebagai iktibar.


Kadang-kadang tu bukan suka-suka orang tua kita larang untuk keluar malam sorang-sorang. Mungkin sebab kes-kes jenayah yang pernah terjadi di negara kita yang membuatkan mereka risau dengan keselamatan diri kita. Jadi kes jenayah ini melibatkan seorang wanita bernama Canny Ong yang dirogol dan dibunuh kejam oleh seorang lelaki bernama Ahmad Najib pada tahun 2003.

Malam Bersama Keluarga Bertukar Mimpi Ngeri
Pada malam 13 Jun 2003, dikatakan Canny Ong bersama keluarganya serta rakan-rakan baru sahaja menikmati makan malam di restoran yang terletak di Bangsar Shopping Centre. Sekitar jam 10.30 malam mereka selesai meluangkan masa bersama dan beransur pulang. Semasa hendak membayar parkir, Canny Ong menyedari tiket parkirnya tertinggal di dalam kereta dan dia pun bergegas mengambil tiketnya itu di tingkat bawah bangunan. Manakala ketika itu ibu dan adik perempuannya menunggunya di tingkat atas.


Setelah hampir 20 ke 30 minit Canny Ong tidak memunculkan diri, maka ibunya mula merasa risau dan menelefonnya. Perasaan cemas kian memuncak apabila panggilan telefon tidak dijawab. Ibunya bersama dengan adik perempuannya kemudian bergegas ke tempat parkir kereta, tapi alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati kereta Canny Ong tidak kelihatan di situ. Pada saat itu mereka menyedari Canny Ong berkemungkinan diculik bersama kenderaannya.

Terserempak Dengan Polis, Namun…
Selepas si penculik itu berjaya menculik Canny Ong bersama kenderaannya, dia membawanya ke satu kawasan lain sehinggalah dua anggota polis yang sedang meronda menahan mereka. Menurut anggota polis tersebut, pada asalnya dia berasa curiga dengan keadaan sebuah kereta yang berada di tepi jalan. Semasa melakukan pemeriksaan, dia mendapati terdapat seorang lelaki Melayu dan seorang wanita Cina berdua-duaan di dalam kereta. Anggota polis tersebut mengesyaki ini mungkin pasangan kekasih kerana Ahmad Najib tidak menunjukkan sebarang reaksi yang mencurigakan.



Anggota polis tersebut kemudian meminta kad pengenalan diri dari mereka berdua, dan tiba-tiba ternampak Canny Ong yang duduk di tempat penumpang membuat isyarat seolah-olah sedang berdoa. Mungkin isyarat untuk meminta pertolongan daripada anggota polis tersebut. Disebabkan berasa curiga, anggota polis tersebut pun meminta Ahmad Najib untuk keluar daripada kenderaan. Tapi mungkin penjenayah itu lebih tangkas, enggan mengikut arahan dan terus memecut laju tanpa menghiraukan kad pengenalannya tadi.

Maka berlakulah aksi kejar mengejar di antara mereka sehingga anggota polis itu sempat melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta. Tapi itu tidak menghalang penjenayah tersebut dan dia terus memecut laju kenderaannya sehingga hilang daripada pandangan polis tersebut.

Saksi Lain Yang Sempat Melihat Canny Ong
Selepas memandu ke kawasan lain dengan tayar yang sudah bocor, Ahmad Najib dikatakan memberhentikan kenderaan dan cuba menukar tayar tersebut tetapi gagal. Waktu itu sekitar jam 12 tengah malam, seorang wanita yang dikenali sebagai Aminah dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dia memberhentikan kenderaannya di tepi jalan, kira-kira 20 kaki dari kenderaan yang dipandu Ahmad Najib itu.

Ahmad Najib yang ternampak Aminah kemudian keluar dari kereta dan menghampiri Aminah untuk meminjam car jack. Ketika itu, Aminah sempat memandang ke arah kereta mereka dan ternampak lambaian seorang wanita seperti meminta tolong. Sebaik sahaja Ahmad Najib selesai menukar tayar dan pergi memandu dari tempat itu, Aminah mula percaya ada sesuatu yang tidak kena dan segera membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.

Dirogol, Dibunuh Dan Dibakar!
Menurut laporan, Canny Ong telah dirogol di dalam keretanya di bawah jejantas yang masih dalam pembinaan berhampiran Taman Datuk Harun di Jalan Kelang Lama sekitar jam 1 ke 5 pagi (14 Jun 2003). Kemudian, dia turut dibunuh dengan dua tikaman pisau. Tubuh Canny Ong telah dihenyak ke dalam lubang sempit di tepi lebuh raya dan ditindih dengan dua tayar besar berisi simen. Tapi itu tidak cukup buat Ahmad Najib untuk menghapuskan bukti jenayahnya.



Pada 15 Jun 2003, Ahmad Najib dilihat telah membeli dua botol petrol di sebuah stesen minyak Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Dia kemudian kembali ke lokasi dia membuang mayat Canny Ong dan menjiruskan petrol yang dibelinya untuk membakar mayat mangsa sehingga rentung.

Pada 17 Jun 2003, seorang pengurus tapak binaan lebuh raya bagi Projek Lebuh Raya Pantau Baru (NPE) telah menemukan satu mayat yang rentung hangus di situ dan terus membuat laporan polis. Selepas itu, pada 20 Jun 2003, pihak polis telah membuat serbuan dan tangkapan terhadap Ahmad Najib di kediamannya di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Beberapa bahan bukti seperti baju dan juga seluar telah diambil sekali oleh pihak polis.

Berdasarkan laporan bedah siasat, mayat Canny Ong dijumpai dalam keadaan kedua-dua tangannya diikat dengan sehelai kain sebanyak tiga lilitan. Dalam masa yang sama terdapat juga kesan cedera parah di bahagian abdomen mangsa. Walaupun terdapat kesan tikaman, laporan menyatakan kematian Canny Ong adalah akibat dijerut dan dicekik di leher.

Penjenayah Disyaki Sebagai Psikopat
Antara persoalan terbesar yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini adalah motif pembunuhannya. Dikatakan Ahmad Najib tidak mempunyai sebarang motif untuk menyerang dan membunuh mangsa. Jenayah yang dilakukannya juga dikatankan dalam keadaan spontan dan tanpa sebarang perancangan. Jadi hal ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan sama ada Ahmad Najib ini seorang Psikopat ataupun tidak. Menurut rakan-rakan yang mengenali Ahmad Najib, dia merupakan seorang yang mudah untuk bersosial dan dilihat tidak menimbulkan sebarang masalah.



Sememangnya mereka yang mengalami gejala psikopat ini melalui kehidupan yang serba normal, serta mampu untuk memperdaya orang sekeliling dengan keperibadiannya yang baik.

Jadi mungkin sebab itu agak sukar untuk orang sekeliling mengetahui samada seseorang itu psikopat ataupun tidak. Ahmad Najib merupakan seorang pekerja pencuci kabin kapal terbang. Dia juga sebenarnya mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.

Perbicaraan ke atas Ahmad Najib berlangsung selama 13 tahun, dan ia dianggap sebagai perbicaraan kes jenayah paling lama berlangsung dalam lanskap jenayah Malaysia.

Dengan bukti kukuh seperti kesan air mani Ahmad Najib yang dijumpai bersama mayat Canny Ong, maka Ahmad Najib dijatuhkan hukuman gantung. Pada 23 September 2016, selepas waktu subuh, Ahmad Najib selesai menjalani hukumannya. Dia dikatakan telah insaf dengan jenayah yang dilakukannya itu.


Sumber : www.koolfm.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2021 09:31 PM | Show all posts
bukan nak bangkitkan isu lama......tetapi kes ni akhirnya pelaku disifatkan sebagai Psikopat
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada apa yang perlu diungkit.dua2 dah selamat di alam barzakh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tgh tunggu kes wanita yg ditemu mati dgn kesan jerut di leher di kajang.psikopat juga ke.takutnye
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kes ni paling buat iol ingat sebab banyak moment yang canny ong boleh diselamatkan tapi dah ajal dia even kena tahan polis pun terlepas.

Mayat yang dah dibakar pun masih boleh kesan dna kedua2. Memang sgt takdir kejadian ni nak berlaku. takdir najib takkan boleh terlepas dan takdir canny memang dah sampai waktu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi parking dekat bsc mmg sunyi betul. antara parking yg paling sunyi penah iols pegi. dats why boleh ada kes jenayah dekat situ.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2021 05:34 AM | Show all posts
boleh try tengok documentary pasal kes ni dekat channel Crime Investigation.

cuma dalam documentary tu takde pulak highlight pasal wanita nama Aminah yang bagi pinjam car jack.

rasa ralat sungguh sebab ada 2 encounter  yang berpotensi untuk selamatkan mangsa especially dengan polis yang buat rondaan tapi still boleh terlepas.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:43 AM | Show all posts
takde ke eh sapa2 wartawan ke yg jumpa ahmad najib ni dlm penjara dan interview utk kisah sebenar kenapa dia buat gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 10:58 AM | Show all posts
ada yg speku najib dgn canny ni ada hubungan la apa la..
kes ni mmg hot betul, hakim2 pun sampai berbagi dua keputusan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 02:15 PM | Show all posts
Trial sampai 13 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 02:37 PM | Show all posts
Kurang2 kes ni ada kesudahan berbanding yg lg satu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 03:20 PM | Show all posts
citer ni byk sangat cover up...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 01:30 PM | Show all posts
mula2 mcm x sangka je ahmad najib ni pembunuh tu......
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 03:25 PM | Show all posts
apa jadi skng anak bini si pembunuh tu kan....?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 03:26 PM | Show all posts
awanysss replied at 9-3-2021 10:58 AM
ada yg speku najib dgn canny ni ada hubungan la apa la..
kes ni mmg hot betul, hakim2 pun sampai be ...

mmg tak la.... misteri sgt speku mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 03:32 PM | Show all posts
WIFEY_KETIAK replied at 16-3-2021 03:26 PM
mmg tak la.... misteri sgt speku mcm tu

ada dulu kat tv3 dokumetari pasal ni..sbb tu kes ni misteri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Psycho betul
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib ni pun before case Canny Ong xde rekod jenayah kan...apa la yg triggered dia kidnap lps tu rogol bunuh & bakar

Bercampur baur perasaan kes ni dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
memang ingat kes ni..masa tu pecaya xpecaya je dia ni bunuh sbb asik senyum je..bila pikir2 scary gila..mcm mana la tiba2 dia boleh buat mcm tu siap sekali dh standby pisau nak tikam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.109650 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list